Dosa mereka...
Mereka berdosa kepada Tuhan dengan semua aktiviti mereka yang tidak memuliakan TUHAN yang selama ini telah menyertai mereka dan melepaskan mereka daripada perhambaan dan buangan pada suatu ketika dahulu. Tetapi, setelah mereka hiudp aman damai, mereka mula lupa TUHAN yang pernah mereka sembah itu.
Mereka mula;
i. Menolak Firman Nya...menolak segala yang diperintahkan TUHAN kepada mereka.
ii. Kembali menyembah berhala...tuhan-tuhan nenek moyang mereka
iii. Tamak...harta kekayaan segalanya sehingga sanggup memeras dan menindas orang yang lemah
v. Pemimpin yang korup
vi. Penindasan terhadap orang miskin.
Oleh kerana dosa-dosa itu telah menguasai dan meracuni kehidupan umat TUHAN ini, TUHAN memilih Amos untuk menyampaikan ISI hati NYA kepada umat NYA. Untuk menyampaikan satu mesej yang berupa amaran serta peringatan akan hukuman yang menimpa mereka yang telah hidup aman dan selesa buat sekian lama menjadi satu perkara yang amat sukar bagi Amos. Apatah lagi dia bukan dari latar belakang keluarga ketua-ketua agama ataupun imam serta para rasul seperti Nabi yang terkenal.
Tetapi akhirnya, Amos memilih untuk mendengar TUHAN dan memberi perkhabaran itu kepada umat TUHAN, terutamanya mereka yang di sekitar Kerajaan Utara ketika itu-Israel.
Mesej tersebut ataupun isi hati TUHAN yang Amos dengar ketika itu boleh sesamamu ungkapkan dalam satu pertanyaan. Iaitu..."Bilakah kali terakhir...?"
Ya, Bilakah kali terakhir...?
"Bilakah kali terakhir...?" Kamu Hormat dan takut akan TUHAN?
TUHAN telah menyatakan betapa besar keperkasaan NYA, betapa hebat ciptaan NYA dan bertapa dahsyat hukuman NYA kepada kita sebagai manusia, tetapi kita masih lagi lupa ataupun pura-pura tidak tahu akan keagungan TUHAN ini. Seperti yang berlaku kepada umatNYA pada zaman Amos ini, mereka telah lupa bagaimana TUHAN yang perkasa itu telah menyertai mereka serta membebaskan mereka daripada penganiayaan sebelum ini.
Sebagi manusia biasa, kadang kala kita lupa siapa diri kita yang dicipta sedemikian rupa oleh TUHAN ini dan betapa kecilnya kita jika hendak dibandingkan dengan KEAJAIBAN TUHAN ini dalam hidup kita. Sehinggakan kita tidak lagi hormat dan takut kepada NYA.
"Bilakah kali terakhir...?" Kamu persembahkan melodi itu?
Atau dalam erti kata lain, Bilakah kali terakhir kita menyanyikan LAGU tentang keadilan dan kebenaran itu? TUHAN memberitahu Amos bahawa DIA telah "FED-UP!" dan MENYAMPAH!, dengan semua aktiviti keagaman yang kita lakukan. Ia seperti hanya satu aktivit keagaman untuk memenuhi tuntutan keagamaan semata-mata.
Dinyatakan juga dengan secara specifik kepada Amos segala aktivit keagaman, serta lagu-lagu pujian mereka tidak mahu di dengar oleh TUHAN lagi.
Dalam konteks kita sekarang, betapa aktiviti gereja-gereja kita yang kita anggap satu pelayanan, perbuatan keagaman yang MESTI atau HARUS kita lakukan dengan harapan menyenangkan hati Tuhan ataupun beranggapan itu satu tuntutan keagaman yang BETUL untuk persembahkan kepada Tuhan bukan lagi menjadi faktor utama yang Tuhan inginkan. Sana-sini kita mendengar gereja-gereja sibuk membuat aktiviti makan malam mengumpul dana untuk pembangunan gereja, untuk membeli alat muzik gereja, untuk beli penghawa dingin baru, untuk tukar karpet baru gereja. Di sana-sini kita dengar konsert-konsert rohani, serta lagu-lagu yang penyembahan gereja yang dikatakan Penyembahan tetapi semua liriknya tentang diri kita (semua tentang aku-aku-aku) tetapi, di luar sana, berapa ramai orang yang hidup di dalam kepayahan oleh kerana tiadanya keadilan dan kebenaran itu!
TUHAN memberi tahu Amos, "yang aku mahu ialah bergulung-gulung ombak lautan KEADILAN dan menderu deras aliran sungai KEBENARAN". Itu sahaja yang TUHAN mahu sekarang!. ya Sekarang! daripada kita.
Lebih daripada Lagu yang kita dendangkan tetapi perbuatan yang TUHAN mahu. Perbuatan yang penuh dengan KEADILAN dan KEBENARAN. kerana keadilan dan kebenaran itu adalah DIA sendiri.
"Bilakah kali terakhir...? Kamu ambil peduli tentang bangsa dan negara mu?
Sedang mereka sibuk untuk mengumpul kekayaan peribadi mereka serta ingin terus dipandang mulia lagi cantik, mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku kepada bangsa dan negara mereka. Itu yang berlaku kepada umat TUHAN ketika TUHAN menyatakan isi hatinya kepada Amos.
Seperti yang berlaku kepada negara kita sekarang, berapa ramaikah rakyat negara ini yang ambil peduli dengan apa yang berlaku di dalam negara kita? Tentang hal ehwal politik, sosial dan ekonomi di dalam negara kita sendiri? Kebanyakan kita sibuk dengan hal peribadi kita sendiri. Sibuk dengan hal-hal kepuasan diri kita sahaja. Selalu tidak rasa puas! Tetapi tentang hal ehwal negara dan bangsa, kita ambil pendekatan "ada ku kesah?"....
Bagaimana dengan doa Bapa kita..."Datanglah kerajaan MU..." dan bagaimana kerajaan NYa datang kalau kita sibuk memuaskan hal diri kita sendiri atau hal gereja kita sendiri dan membiarkan hal ehwal yang tidak berkenaan di negara kita terus mencengkam kita? Bukankah kerajaan TUHAN itu berdasarkan kepada dasar KEADILAN dan KEBENARAN (Mazmur 89:14) tetapi apa akan terjadi jika kita tidak kisah tentang ketidakadilan serta tiadanya kebenaran itu?. Kita sebenarnya dalam masa yang sama berkompromi dengan si pelaku sistem negara kita yang tidak adil ini, yang terus menerus menindas mereka yang lemah!
"Bilakah kali terakhir..." Kamu melihat kemuliaan Nya?
Apabula TUHAN menunjukkan kepada Amos dalam penglihatan nya bagaimana hukuman yang TUHAN akan kenakan kepada umatnya jika mereka terus menerus melakukan dosa serta penindasan, TUHAN sebenarnya ingin memberi PERINGATANA sekali lagi kepada umat NYA 'SIAPA YANG LEBIH TERMULIA?'
Tetapi mereka masih lagi tidak sedar. Akhirnya TUHAN membenarkan hukuman itu terjadi juga kepada mereka walaupun amaran demi amaran diberikan tahukan kepada mereka melelu nabi NYA. Mereka terus memilih untuk tidak berlaku adil dan saksama, mereka memilih untuk terus menindas yang miskin, terus sibuk dengan hal peribadi mereka masing-masing, terus tidak mahu ambil peduli dengan apa yang berlaku kepada orang sekitar mereka malah alam ciptaan Nya, akhirnya, TUHAN membenarkan hukuman itu terjadi kepada mereka.
Lihat sekeliling mu, apa sahaja yang engkau lakukan kepada sesamamu serta menegakkan keadilan dan kebenaran di tengah dunia kita yang kian "korup" ini adalah satu perbuatan di mana dengan secara langsung membawa KEMULIAAN TUHAN di tengah-tengah kita. Bukan sahaja mengambil peduli tentang sesamamu manusia, tetapi kepada alam semulajadi serta ciptaan NYA yang lain menuntut perlakuan yang adil sertabenar dariapada kita. Dengan cara ini, kita membawa kemuliaan NYA di tengah-tengah kita.
Jadi..."Bilakah kali terakhir...?"
Engkau mahu menjadi suara tu dan pelaku kepada tuntutan yang maha Kudus itu? Kalau bukan kamu, siapa lagi? Kamu yang dipanggil sebagai pengikut Kristus itu? Kamu yang dipanggil sebagai orang percaya itu?
Kamulah yang sepatutnya yang dipanggil dan menjadi nabi kecil bagi generasi mu. Seperti Amos, dia orang biasa sahaja tetapi dia berani bersuara menyatakan isi hati Bapa Di syurga kepada bangsa dan negaranya. Kerana dia mahu HORMAT dan TAKUT kepada TUHAN nya, dia mahu MENYANYIKAN lagu tentang keadilan dan kebenaran itu, dia mahu AMBIL PEDULI TENTANG BANGSA dan AGAMANYA serta dia mahu MELIHAT KEMULIAAN NYA datang lah....
"Bilakah kali terakhir...?'
No comments:
Post a Comment