Hi, kali ini, sesamamu mahu membawa satu permintaan daripada si pokok tentang apa yang kita boleh buat. Mungkin nampak mudah dan senang, tetapi kalau kita tidak mengambil serius tentangnya, mungkin akibatnya juga besar.
Si pokok tidak meminta kita membuat perkara besar seperti, menanam semula pokok, membuat halangan di jalan-jalan pembalakan, atau pun membuat demonstrasi jalanan, tetapi, si pokok hanya menggalakkan kita untuk mengingat dan melakukan langkah yang kecil untuk menyokong pemeliharaan alam dan ciptaan Tuhan ini.
Setiap hari ada waktunya...
Ya, si pokok mendorong kita untuk mengingati dan mengambil langkah bertindak untuk menjaga dan memelihara alam dan ciptaan Tuhan ini. Dia cadangkan setiap hari RABU kita akan mengambil masa untuk berfirkir dan bertindak "G-Green Wednesday"-Keep our nature"kampen.
Apa macam? Jadi, apabila setiap hari RABU menjelang tengah malam tu, kita sudah bermula berfirkir dan bertindak "G-Green".
Ini merupakan tanda sokongan kita kepada pemiharaan dan pemulihan hutan dan segala yang hidup di sana dan secara tidak langsung, kita akan sama-sama membantu dunia kita daripada kian parah ini terus parah dan "parai" suatu hari nanti.
Kita mungkin boleh buat...
Si pokok ada memberi cadangan kepada kita bagaimana kita dengan "small action" tu boleh terlibat sama dalam kampen "G-Green Wednesday" ini. Antaranya ialah;
* Pakai baju Hijau setiap hari RABU dan tanda sokongan kepada kampen ini. (Kita ingat)
* Pos apa sahaja tentang pemuliharaan dan penjagaan alam setiap hari Rabu dalam FB. (Kita ingat)
* Kurangkan tempoh penggunaan elektrik (Hawa dingin, komputer ...)
* Kongsi kenderaan ke pejabat
* Pakai basikal atau jalan kaki ke pejabat atau kampus(Yang dekat lah)
* Elak tempah penerbangan setiap hari Rabu (Jika ada pilihan)
* Tidak membasuh rambut pada hari Rabu.
* Jangan membeli Surat Khabar pada hari Rabu.
* Skip makan pagi atau tengahari atau malam. (Mana-mana kita mahu skip)
Dan banyak lagi. Apa yang si pokok cadangkan ini adalah sesuatu yang praktikal yang kita boleh lakukan dengan mudah dan senang.
Ayo...kita sama-sama mengingati Alam dan segala ciptaan Tuhan ini. Hanya satu hari dalam seminggu iaitu hari Rabu, dan dengan bermula pada hari Rabu, suatu hari nanti setiap hari - hari itu kita ingat "G-Green". Dan kenapa hari RABU? Atau dalam bahasa tempatan - kenapa hari tiga? Mungkin saya akan jawab melalui petikan daripada Alkitab dalam buku Kejadian Bab 1:9-13...Di mana darat dan tumbuhan telah diciptakan pada hari ketiga...bermakna pada hari ke-3 bumi sudah HIJAU....yeah!!!!
selamat beramal
Cuci rambut? Auk jak lah...hehehe.. Apa kata tidak memotong rumput selama 3 bulan? heheh.. -Thurston
ReplyDelete