Minggu ini negara kita sekali lagi digemparkan dengan satu cerita di mana seorang pembantu rumah warga indonesia yang berusia 26 thaun ditemui mati. Setakat ini, sepasang suami isteri yang berusia sekitar 50an ditangkap untuk membantu siasatan. Keduanya di dakwa menyebabkan kematian kepada ke atas orang gaji ini. Hingga ke hari ini, mereka berdua masih lagi ditahan remen untuk membantu penyiasatan ini.
Orang gaji atau hamba???
Kenapa mereka ini yang terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk mencari nafkah untuk terus hidup diperlakukan sedemikian rupa. Mereka juga manusia tetapi bezanya, mereka menyerahkan diri mereka untuk menjadi pembantu rumah ataupun orang gaji kepada orang lain. Dan kebanyakannya mereka ini bekerja menjadi "hamba" kepada orang-orang yang berada. Yang mampu untuk mendapatkan khidmat tenaga mereka. Tetapi oleh kerana mereka telah menjadi orang gaji serta "hamba" mereka, tak kan mereka dilakukan sedemikian rupa.
Walaupun mereka orang gaji ataupun kita panggil hamba, mereka selayaknya diperlakukan sebagai manusia juga. Sebab mereka juga ada hak untuk terus menikmati status sebagai manusia yang menduduki bumi ini walaupun dengan wang orang yang berada ini mereka dipanggil "orang gaji ataupun hamba".
Pandangan dunia kepada Malaysia..
Sesamamu sendiri pernah berjumpa dengan seseorang yang tengah menunggu dan mencari anaknya yang sudah lama tidak kembali ke kampung halaman. Si ibu yang khuatir akan anak perempuannya yang dipercayai bekerja sebagai orang gaji di Malaysia sungguh gusar dengan cerita-cerita yang kurang menyenangkan bagaimana para pembantu rumah serta orang gaji dari negara tersebut dilayan di negara kita Malaysia.
"Anak, tolong cari anak saya di Malaysia, saya khuatir dengan dia sama ada dia hiudp ataupun mati di sana?"
Jadi, begitulah pandangan orang luar terhadap majikan-majikan di negara kita terhadap pembantu rumah dan orang gaji. Bukan semua majikan -majikan di negara kita berlaku demikian, tetapi oleh kerana satu kes, nama negara kita terjejas sekali.
Manusia yang manusia...
Emm..apa yang sesamamu maksudkan ialah, menjadi manusia yang sebenar serta mempunyai nilai-nilai kemanusiaan terhadap sesama manusia. Saling hormat menghormati hak sebagai seorang manusia.
Apalah lagi keslahan dia ni hingga diperlakukan sedemikian. Besar sangatkah kesalahannya, hingga nyawa sebagai gantinya...
ReplyDeleteAdakah dengan hanya membayar gaji yang tidak seberapa kita sudah berhak ke atas keseluruhan mereka ini. Sudahlah tenaga mereka kita kerah, maruah dan nyawa mereka juga kita ingin rampas.Mungkin mereka miskin, mungkin mereka lemah, mungkin mereka lembab...tapi satu kita kena ingat, mereka juga manusia seperti kita. Tidak ada bezanya di mata Tuhan.....
-angel-