Setiap dada akhbar arus perdana telah merumuskan perjalanan persidangan undangan negeri Sarawak seminggu yang lepas dengan sebulat suara menyatakan "hanya wakil rakyat Bakelalan menyatakan sikap profesional dan kematanganya apabila mengutarakan hujahnya". Malah kebanyakan akhbar senada mengatakan, "keadaan dewan amat tenang dan kedua belah pihak hanya berdiam memberi sepenuh perhatian kepada segala hujah yang disampaikan oleh wakil Bakelalan tersebut.
Dan pada hari ini, apabila sesamamu mendengar daripada seorang menteri penuh daripada kerajaan BN memberi pujian dan penghargaan kepada kematangan ADUN Bakelalan itu.
Bakelalan bersuara...
Bukan rakyat menolak kerajaan, bukan rakyat menolak pembangunan, tetapi pengundi Bakelalan telah bersuara menyatakan betapa ada "ketidak adilan dan tiadanya Kebenaran" dalam segala hurusan harian di kawasan N70 ini. Apa yang terjadi ialah, rakyat telah bersuara dan sekali lagi rakyat mahu suara mereka BENAR-BENAR kedengaran di Dewan yang mulia ini. Mungkin selama ini wakil-wakil rakyat mereka daripada BN bersuara tetapi, bagi mereka yang ada dikedudukan dan darjat yang tertinggi di dalm dewan itu ambil tidak kisah tentang suara-suara itu sehinggalah rakyat memilih YB Baru Bian menjadi suara mereka.
Dan ternyata pilihan itu tidak meleset. Malah jarum yang jatuh kelantai pasti akan kedengaran bunyinya ketika si Bakelalan bersuara di dalam dewan yang mulia itu.
Wahai penduduk Bakelalan...
Pilihan anda adalah satu pilihan yang tepat malah sungguh berani. Kalian sebenarnya telah memberi satu kayu kukur kepada keseluruhan rakyat Sarawak untuk benar-benar melihat kepada "keadilan dan kebenaran" itu sebagai kunci kepada majunya sesebuah kawasan tersebut. Kenapa harus dikutuk dan dihina bagi rakyat yang telah membuat keputusan tersebut? Kenapa harus dicaci dan ditolak keluarga yang melawan arus perdana politik di negara kita ini? Kenapa? dan kenapa?
Sepatutnya, kita harus sedar betapa nama Bakelalan itu telah dimartabatkan di Dewan undangan Negeri Sarawak yang mulia ini oleh kerana wakil kamu yang kamu pilih itu telah benar-benar bersuara untuk kamu...
wahai penduduk Bakelalan...
Satu ucapan yang bernas...
Sesamamu telah mendapatkan satu salinan ucapan daripada wakil rakyat Bakelalan itu, dan nyata, setiap isi hujah yang disusun rapi dengan penuh teratur itu nyata menggamit setiap telinga yang mendengar. Doa si wakil Bakelalan untuk negeri Sarawak yang tercinta mengakhiri ucapannya yang "ON Time" tanpa diberi amaran oleh "Tuan Speaker" Dewan yang mulia itu.
Doa Bakelalan kepada Sarawak adalah petikan daripada sebuah buku dalam Alkitab, iaitu Buku Amos bab 5:24..."Dan tanpa menghiraukan latar belakang politik kita yang berbeza, saya menyeru kita semua memastikan KEADILAN DAN KEBENARAN mengalir deras seperti Sungai Rejang yang hebat itu keseluruh negeri Sarawak yang tercinta ini".
Sesamamu percaya, semua wakil-wakil rakyat yang diamanahkan amanah yang mulia daripada rakyat Sarawak kali ini akan menjadikan Dewan yang mulia ini sebagai medan untuk membawa keyakinan Rakyat Sarawak kepada dasar demokrasi yang ada itu. Banyak lagi wakil-wakil rakyat yang mampu bersuara bagi kawasan yang dia wakili itu dan bagi rakyat yang memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka.
Mari wakil-wakil rakyat ku, fokus kepada hal ehwal rakyat mu supaya kamu didengar!!!
No comments:
Post a Comment