sesamamu

Sunday, June 19, 2011

Tak tahu lah apa itu PEMERDAGANGAN MANUSIA???

Ini masalah tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu? Apa-apapun, ada dua isu di sini, tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu.

Tidak tahu....

Tidak tahu kerana tidak pernah mendengar tentang perkataan "permerdagangan manusia ataupun orang" ini. Ia seakan-akan satu perkataan baru di dalam tatabahasa bagi orang yang tidak tahu ini. Oleh yang demikian, sesamamu ingin meberi sedikit keterangan apa yang dimaksudkan dengan "pemerdagangan manusia" ini.
Kalau dalam bahasa Inggerisnya, ia di panggil "Human trafficking". Tetapi terjemahan yang paling dekat yang kita dapati ialah, "pemerdagangan manusia". Ini membawa erti di mana manusia diperdagangkan atau dalam erti kata lain, manusia yang menjadi produk utama aktiviti jual beli ini. Tidak kira, samada urusan pemerdagangan itu lakukan berlandaskan undang-undang ataupun secara haram, pokoknya ia melibatlan urusan jual beli manusia. Dan urusan jual beli ini adalah secara haram-tidak berlandaskan undang-undang ataupun tiada langsung undang-undang yang diperuntukkan untuk hal ini.

Dijual menjadi...

Kebanyakan manusia yang dijual ini akan menjadi hamba atau buruh paksa kepada tuannya. Dan yang kita selalu dengar ialah, banyak mereka ini dijual kepada bapa-bapa ayam yang melibatkan mereka di dalam industri seks. Mereka menjadi pekerja-pekerja seks bagi kaum lelaki yang kebulur seks itu. Mereka menjadi mangsa dan selalunya kerana terpaksa dan langsung tidak dibayar sesen pun upah hasil daripada khidmat seks itu. Setelah anak-anak gadis ini dijual kepada bapa-bapa ayam ini, maka dalam erti kata lain, mereka telah menjadi hak milik kekal bapa ayam tadi dan terpaksa berkhidmat secara percuma tanpa upa. Yang menyedihkan, ada dikalangan mereka ini masih lagi kanak-kanak bawah umur.

Ada juga yang dibeli untuk dilakukan kilang membekalkan bayi. Atau dalam erti kata lain, mereka yang telah dibeli ini akan dipaksa melakukan seks serta mengandungkan anak, selepas itu anak yang dilahirkan akan dijual kepada pasangan-pasangan yang "kepinging" sangat untuk menimbang cahaya mata, walaupun sanggup membayar dengan harga yang mahal dan melalui saluran yang tidak berperikemanusiaan ini.

Ada juga manusia yang dijual ini dijadikan hamba-hamba seumur hidup kepada pengusaha-pengusha industri perikanan, pembuatan, malah perkilangan. Apabila mereka telah dibeli, bereti mereka akan secara automatik menjadi hamba andi di zaman moden ini. Bekerja tanpa dibayar gaji walau sesen pun. Malah ada dikalangan buruh paksa ini dari kalangan budak-budak bawah umur!

Tidak kurang juga dijual untuk mendapatkan organ-organ tertentu. Setiap organ yang ada mempunyai nilai-nilai yang tertentu.

Dan banyak lagi sindiket hasil daripada jual beli manusia ini...

Dari mana bekalan manusia ini?

Kebanyakan mereka yang diperdagangkan ini sumbernya didapati daripada pelarian-pelarian politik sesebuah negara. Apabila mereka lari dari pergolakan negara asal mereka dan ingin mencuba nasib di negara baru yang mereka rasakan aman serta memberi kehidupan yang baru kepada mereka, tetapi, oleh kerana adanya kepincangan sistem pemantauan pelarian di negara baru tersebut, kebanyakan pelarian ini menjadi mangsa penguat kuasa tempatan yang mengambil kesempatan menangkap dan menjual mereka demi mendapatkan wang lebih. Ini berlaku keatas pelarian politik Myanmar yang di negara kita Malaysia ini, Telah banyak kes dilaporkan bagaimana pelarian politik Myanmar ini perlakukan tidak adil oleh penguat kuasa undang-undang tempatan kita.

Ada juga bekalan manusia ini didapati hasil daripada penculikan. Dan selalunya mereka yang diculik ini adalah kanak-kanak di bawah umur.

Tidak ambil peduli...

Ini adalah masalah peribadi seseorang yang langsung tidak mahu ambil tahu tentang hal pemerdagangan manusia ini. Bagi golongan manusia ini, yang penting perut mereka kenyang, harta mereka bertambah dan hidup mereka senang. Tidak mahu kisah tentang hal orang lain. Apatah lagi tentang perkataan "pemerdagangan manusia" ini. Jauh panggang dari api.
Manusia jenis ini masih banyak dikalangan kita.


Kita kena peka...

Bagi kita yang mahu ambil tahu, marilah kita peka dan prihatin tentang hal ini. Sila laporkan kepada pihak berkuasa kalau terdengar ada aktiviti melibatkan pemerdagangan manusia ini. Jangan ambil sikap tidak mahu ambil kisah ini...

Kita juga harus peka terhadap darimana pakaian, kasut yang kita gunakan ini. Adakah ia datang dari sumber yang betul ataupun hasil daripada pemerasan segolongan manusia yang diperlakukan sebagai hamba di zaman moden ini.

Makanan yang kita makan, siapakah yang mengusahankan nya? Adakah ia datang daripada pekerja buruh paksa hasil daripada manusia yang diperdagangkan itu?

buka mata dan telinga...menjadi mata dan telinga bagi yang tertindas.

No comments:

Post a Comment