Satu pengalaman yang menarik selama 6 hari di tengah hutan di Lawas - Gunung Ugui. Berkampung di sebuah tapak retreat - doa S.I.B bersama-sama dengan lebih kurang 130 peserta kem. Kawasan tapak perkhemahan ini sangat semulajadi dikelilingi oleh hutan pokok yang rimbun serta menghijau. Betapa setiap kali udara dihirup, ia begitu segar dan nyaman. Terutama diawal pagi. Jauh daripada pencemaran asap, bau, ataupun bunyian yang kurang menyedapkan. Apa yang kedengaran hanyalah cengkerik dan burung berkicau riang.
Tawa riang...
Dapat dirasakan betapa riangnya kicauan burung serta bunyian serangga yang menghuni hutan ini. Setiap awal pagi, petang dan mahupun malam hari, hanya ada satu melodi yang dihasilkan, iaitu melodi riang gembira mereka. Mereka seakan-akan menyatakan kebesaran serta terima kasih kepada alam yang begitu sempurna ini, hasil daripada ciptaan dari Tuhan yang maha esa. Rimbunan pokok-pokok ini telah menjadikan satu kehidupan yang sempurna lagi harmoni diantara makhluk-makhluk hidup yang lain yang menghuni rimbunan pokok hutan tersebut.
Melodi Riang...
Satu irama yang hanya dapat didengar dan terhasil daripada keharmonian antara alam semulajadi ini dan kehidupan yang lain. Melodi ini bertambah indah lagi kedengaran apabila diayun oleh irama dari tiupan angin yang mendayu seakan melengkapkan lagi irama melodi riang ini. Hanya ada satu perkataan, "SEMPURNA". Ya SEMPURNA kerana ini adalah ilham daripada si Maha Pencipta itu inginkan terjadi kepada segala ciptaan Nya. Semua yang diciptakan Nya memuliakan Dia atas kebesaran dan kehebatan hasil karya tangan Nya itu...
Apabila mendengar akan melodi riang tersebut, sesamamu respon dengan mengatakan..."How Great is thy art..." "sungguh besar anugerah karya Nya". Jadi, betapa kecilnya kita ini dihadapan Nya, atau dalam kata lain, "siapa lah kita ini di hadapan Nya?"... Terima kasih ku kepada alam ini yang mengajar aku akan erti BETAPA BESARNYA KARYA TANGAN TUHAN ITU...
No comments:
Post a Comment