sesamamu

Monday, July 25, 2011

Perasaan Diskriminasi dan Stigma masih TEBAL...

Sesamamu mahu respon dengan petikan satu artikel pada 20 Julai 2011 yang lepas apabila dalam artikel itu, penulis menceritakan pengalamannya serta rakan-rakan kurang upaya yang lain apabila dilayan tidak seperti yang diharapkan sewaktu bertandang ke Satdium Negara Bukit Jalil untuk melihat perlawanan Bolasepak persahabatan antara Liverpool FC dan Kesebelasan Pilihan Malaysia.

Pada 16 Julai yang lepas, penulis telah dilayan dengan tidak sewajarnya walaupun didalam laman web rasmi Konmpleks Sukan Bukit Jalil menyatakan ada kemudahan letak kereta dan tempat duduk untuk mereka yang kurang upaya.

Siapa kamu???

Tetapi, setelah beliau sampai di Stadium Bukit Jalil, lain yang dia alami dan segala kemudahan yang dinayatakan di dalam laman web rasmi tersebut hanyalah satu khayalan semata. Dia sendiri telah diarahkan untuk tidak meletakkan kenderaannya di kawasan letak kenderaan yang sepatutnya khas untuk mereka yang kurang upaya, tetapi malangnya, tempat letak kereta tersebut telah disediakan khas untuk VVIP dan keluarga kerabat Diraja.
Siapalah mereka ini kan? dah lah kurang upaya, manakan mungkin kalau ada kerabat raja mahupun orang kenamaan yang lain yang mahu meletakkan kenderaan mereka ditempat yang sepatutnya disediakan khas untuk orang yang kurang upaya diberikan kepada golongan kurang upaya ini. Mereka orang kenamaan dan kerabat Diraja inikan VVIP!

Sedih...

Yang menyedihkan, mereka ini terpaksa meletakkan kenderaan mereka sejauh 1km daripada perkarangan stadium. Bayangkan keadaan mereka yang kurang upaya ini berjalan sejauh 1km, sudah pasti sangat meletihkan bukan?
Menurut si penulis artikel ini, ada dikalangan mereka yang kurang upaya ini keletihan setelah berjalan sejauh 1km dengan keadaan fizikal yang tidak sempurna itu.
Setelah memasuki stadium, tempat duduk yang sepatutnya khas untuk golongan kurang upaya ini telah diambil oleh mereka yang sempurna ini. Apabila diminta untuk memberikan tempat duduk tersebut kepada mereka, para penonton rakyat Malaysia yang sempuran anggota badannya langsung tidak menghiraukan permintaan mereka. Seakan-akan mereka memberi penyataan bahawa "orang kurang upaya tengok dekat rumah sahaja".

Apabila kesempurnaan membatasi...

Apakah silap golongan kurang upaya ini untuk mendapat apa yang sepatutnya yang mereka miliki ditengah masyarakat majoriti ini. Mereka hanya segolongan kecil masyarakat Malaysia yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna ini. Takkan mereka hanya selayaknya menagih simpati daripada kita yang "Normal" ini?

Kita yang "Normal" ini seakan-akan menafikan hak mereka kerana kita mempunyai kedudukan status yang tinggi dalam masyarakat, kita menafikan hak mereka ini kerana kita berada, dan kita menafikan hak mereka kerana kita anggap kita sempuran dan mereka tidak sempurna-jadi mereka orang yang patut kita asingkan daripada masyarakat umum.


Siapa sebenarnya yang kurang upaya...kita yang "normal" ini atau pun mereka? Kalau kita "Norma' ataupun "sempurna" adanya, kenapa masih mempunyai sikap Dsikriminasi ataupun stigma tergadap mereka?

No comments:

Post a Comment