sesamamu

Tuesday, June 28, 2011

Apabila Bakelalan bersuara semua terdiam kaku...

Setiap dada akhbar arus perdana telah merumuskan perjalanan persidangan undangan negeri Sarawak seminggu yang lepas dengan sebulat suara menyatakan "hanya wakil rakyat Bakelalan menyatakan sikap profesional dan kematanganya apabila mengutarakan hujahnya". Malah kebanyakan akhbar senada mengatakan, "keadaan dewan amat tenang dan kedua belah pihak hanya berdiam memberi sepenuh perhatian kepada segala hujah yang disampaikan oleh wakil Bakelalan tersebut.

Dan pada hari ini, apabila sesamamu mendengar daripada seorang menteri penuh daripada kerajaan BN memberi pujian dan penghargaan kepada kematangan ADUN Bakelalan itu.

Bakelalan bersuara...

Bukan rakyat menolak kerajaan, bukan rakyat menolak pembangunan, tetapi pengundi Bakelalan telah bersuara menyatakan betapa ada "ketidak adilan dan tiadanya Kebenaran" dalam segala hurusan harian di kawasan N70 ini. Apa yang terjadi ialah, rakyat telah bersuara dan sekali lagi rakyat mahu suara mereka BENAR-BENAR  kedengaran di Dewan yang mulia ini. Mungkin selama ini wakil-wakil rakyat mereka daripada BN bersuara tetapi, bagi mereka yang ada dikedudukan dan darjat yang tertinggi di dalm dewan itu ambil tidak kisah tentang suara-suara itu sehinggalah rakyat memilih YB Baru Bian menjadi suara mereka.
Dan ternyata pilihan itu tidak meleset. Malah jarum yang jatuh kelantai pasti akan kedengaran bunyinya ketika si Bakelalan bersuara di dalam dewan yang mulia itu.

Wahai penduduk Bakelalan...

Pilihan anda adalah satu pilihan yang tepat malah sungguh berani. Kalian sebenarnya telah memberi satu kayu kukur kepada keseluruhan rakyat Sarawak untuk benar-benar melihat kepada "keadilan dan kebenaran" itu sebagai kunci kepada majunya sesebuah kawasan tersebut. Kenapa harus dikutuk dan dihina bagi rakyat yang telah membuat keputusan tersebut? Kenapa harus dicaci dan ditolak keluarga yang melawan arus perdana politik di negara kita ini? Kenapa? dan kenapa?

Sepatutnya, kita harus sedar betapa nama Bakelalan itu telah dimartabatkan di Dewan undangan Negeri Sarawak yang mulia ini oleh kerana wakil kamu yang kamu pilih itu telah benar-benar bersuara untuk kamu...

wahai penduduk Bakelalan...


Satu ucapan yang bernas...

Sesamamu telah mendapatkan satu salinan ucapan daripada wakil rakyat Bakelalan itu, dan nyata, setiap isi hujah yang disusun rapi dengan penuh teratur itu nyata menggamit setiap telinga yang mendengar. Doa si wakil Bakelalan untuk negeri Sarawak yang tercinta mengakhiri ucapannya yang "ON Time" tanpa diberi amaran oleh "Tuan Speaker" Dewan yang mulia itu.

Doa Bakelalan kepada Sarawak adalah petikan daripada sebuah buku dalam Alkitab, iaitu Buku Amos bab 5:24..."Dan tanpa menghiraukan latar belakang politik kita yang berbeza, saya menyeru kita semua memastikan KEADILAN DAN KEBENARAN mengalir deras seperti Sungai Rejang yang hebat itu keseluruh negeri Sarawak yang tercinta ini".

Sesamamu percaya, semua wakil-wakil rakyat yang diamanahkan amanah yang mulia daripada rakyat Sarawak kali ini akan menjadikan Dewan yang mulia ini sebagai medan untuk membawa keyakinan Rakyat Sarawak kepada dasar demokrasi yang ada itu. Banyak lagi wakil-wakil rakyat yang mampu bersuara bagi kawasan yang dia wakili itu dan bagi rakyat yang memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka.

Mari wakil-wakil rakyat ku, fokus kepada hal ehwal rakyat mu supaya kamu didengar!!!

Monday, June 27, 2011

Bilakah kali terakhir...?

Seorang pemuda yang bernama Amos berasal dari Tekoa, di kerajaan Yahuda sekitar 760-753 sebelum masihi telah meneriam wahyu dan penyataan dari TUHAN. Kebanyakan wahyu dan penyataan daripada TUHAN itu khas ditujukan kepada orang-orang NYA pada ketika itu yang telah jauh menyimpang kehidupan mereka dari TUHAN.

Dosa mereka...

Mereka berdosa kepada Tuhan dengan semua aktiviti mereka yang tidak memuliakan TUHAN yang selama ini telah menyertai mereka dan melepaskan mereka daripada perhambaan dan buangan pada suatu ketika dahulu. Tetapi, setelah mereka hiudp aman damai, mereka mula lupa TUHAN yang pernah mereka sembah itu.

Mereka mula;

i. Menolak Firman Nya...menolak segala yang diperintahkan TUHAN kepada mereka.
ii. Kembali menyembah berhala...tuhan-tuhan nenek moyang mereka
iii. Tamak...harta kekayaan segalanya sehingga sanggup memeras dan menindas orang yang lemah
v. Pemimpin yang korup
vi. Penindasan terhadap orang miskin.

Oleh kerana dosa-dosa itu telah menguasai dan meracuni kehidupan umat TUHAN ini, TUHAN memilih Amos untuk menyampaikan ISI hati NYA kepada umat NYA. Untuk menyampaikan satu mesej yang berupa amaran serta peringatan akan hukuman yang menimpa mereka yang telah hidup aman dan selesa buat sekian lama menjadi satu perkara yang amat sukar bagi Amos. Apatah lagi dia bukan dari latar belakang keluarga ketua-ketua agama ataupun imam serta para rasul seperti Nabi yang terkenal.

Tetapi akhirnya, Amos memilih untuk mendengar TUHAN dan memberi perkhabaran itu kepada umat TUHAN, terutamanya mereka yang di sekitar Kerajaan Utara ketika itu-Israel.

Mesej tersebut ataupun isi hati TUHAN yang Amos dengar ketika itu boleh sesamamu ungkapkan dalam satu pertanyaan. Iaitu..."Bilakah kali terakhir...?"

Ya, Bilakah kali terakhir...?

"Bilakah kali terakhir...?" Kamu Hormat dan takut akan TUHAN?

TUHAN telah menyatakan betapa besar keperkasaan NYA, betapa hebat ciptaan NYA dan bertapa dahsyat hukuman NYA kepada kita sebagai manusia, tetapi kita masih lagi lupa ataupun pura-pura tidak tahu akan keagungan TUHAN ini. Seperti yang berlaku kepada umatNYA pada zaman Amos ini, mereka telah lupa bagaimana TUHAN yang perkasa itu telah menyertai mereka serta membebaskan mereka daripada penganiayaan sebelum ini.
Sebagi manusia biasa, kadang kala kita lupa siapa diri kita yang dicipta sedemikian rupa oleh TUHAN ini dan betapa kecilnya kita jika hendak dibandingkan dengan KEAJAIBAN TUHAN ini dalam hidup kita. Sehinggakan kita tidak lagi hormat dan takut kepada NYA.

"Bilakah kali terakhir...?" Kamu persembahkan melodi itu?

Atau dalam erti kata lain, Bilakah kali terakhir kita menyanyikan LAGU tentang keadilan dan kebenaran itu? TUHAN memberitahu Amos bahawa DIA telah "FED-UP!" dan MENYAMPAH!,  dengan semua aktiviti keagaman yang kita lakukan. Ia seperti hanya satu aktivit keagaman untuk memenuhi tuntutan keagamaan semata-mata.
Dinyatakan juga dengan secara specifik kepada Amos segala aktivit keagaman, serta lagu-lagu pujian mereka tidak mahu di dengar oleh TUHAN lagi.
Dalam konteks kita sekarang, betapa aktiviti gereja-gereja kita yang kita anggap satu pelayanan, perbuatan keagaman yang MESTI atau HARUS kita lakukan dengan harapan menyenangkan hati Tuhan ataupun beranggapan itu satu tuntutan keagaman yang BETUL untuk persembahkan kepada Tuhan bukan lagi menjadi faktor utama yang Tuhan inginkan. Sana-sini kita mendengar gereja-gereja sibuk membuat aktiviti makan malam mengumpul dana untuk pembangunan gereja, untuk membeli alat muzik gereja, untuk beli penghawa dingin baru, untuk tukar karpet baru gereja. Di sana-sini kita dengar konsert-konsert rohani, serta lagu-lagu yang penyembahan gereja yang dikatakan Penyembahan tetapi semua liriknya tentang diri kita (semua tentang aku-aku-aku) tetapi, di luar sana, berapa ramai orang yang hidup di dalam kepayahan oleh kerana tiadanya keadilan dan kebenaran itu!
TUHAN memberi tahu Amos, "yang aku mahu ialah bergulung-gulung ombak lautan KEADILAN dan menderu deras aliran sungai KEBENARAN". Itu sahaja yang TUHAN mahu sekarang!. ya Sekarang! daripada kita.
Lebih daripada Lagu yang kita dendangkan tetapi perbuatan yang TUHAN mahu. Perbuatan yang penuh dengan KEADILAN dan KEBENARAN. kerana keadilan dan kebenaran itu adalah DIA sendiri.

"Bilakah kali terakhir...? Kamu ambil peduli tentang bangsa dan negara mu?

Sedang mereka sibuk untuk mengumpul kekayaan peribadi mereka serta ingin terus dipandang mulia lagi cantik, mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku kepada bangsa dan negara mereka. Itu yang  berlaku kepada umat TUHAN ketika TUHAN menyatakan isi hatinya kepada Amos.
Seperti yang berlaku kepada negara kita sekarang, berapa ramaikah rakyat negara ini yang ambil peduli dengan apa yang berlaku di dalam negara kita? Tentang hal ehwal politik,  sosial dan ekonomi di dalam negara kita sendiri? Kebanyakan kita sibuk dengan hal peribadi kita sendiri. Sibuk dengan hal-hal  kepuasan diri kita sahaja. Selalu tidak rasa puas! Tetapi tentang hal ehwal negara dan bangsa, kita ambil pendekatan "ada ku kesah?"....
Bagaimana dengan doa Bapa kita..."Datanglah kerajaan MU..." dan bagaimana kerajaan NYa datang kalau kita sibuk memuaskan hal diri kita sendiri atau hal gereja kita sendiri dan membiarkan hal ehwal yang tidak berkenaan di negara kita terus mencengkam kita? Bukankah kerajaan TUHAN itu berdasarkan kepada dasar KEADILAN dan KEBENARAN (Mazmur 89:14) tetapi apa akan terjadi jika kita tidak kisah tentang ketidakadilan serta tiadanya kebenaran itu?. Kita sebenarnya dalam masa yang sama berkompromi dengan si pelaku sistem negara kita yang tidak adil ini, yang terus menerus menindas mereka yang lemah!

"Bilakah kali terakhir..." Kamu melihat kemuliaan Nya?

Apabula TUHAN menunjukkan kepada Amos dalam penglihatan nya bagaimana hukuman yang TUHAN akan kenakan kepada umatnya jika mereka terus menerus melakukan dosa serta penindasan, TUHAN sebenarnya ingin memberi PERINGATANA sekali lagi kepada umat NYA 'SIAPA YANG LEBIH TERMULIA?'
Tetapi mereka masih lagi tidak sedar. Akhirnya TUHAN membenarkan hukuman itu terjadi juga kepada mereka walaupun amaran demi amaran diberikan tahukan kepada mereka melelu nabi NYA. Mereka terus memilih untuk tidak berlaku adil dan saksama, mereka memilih untuk terus menindas yang miskin, terus sibuk dengan hal peribadi mereka masing-masing, terus tidak mahu ambil peduli dengan apa yang berlaku kepada orang sekitar mereka malah alam ciptaan Nya, akhirnya, TUHAN membenarkan hukuman itu terjadi kepada mereka.
Lihat sekeliling mu, apa sahaja yang engkau lakukan kepada sesamamu serta menegakkan keadilan dan kebenaran di tengah dunia kita yang kian "korup" ini adalah satu perbuatan di mana dengan secara langsung membawa KEMULIAAN TUHAN  di tengah-tengah kita. Bukan sahaja mengambil peduli tentang sesamamu manusia, tetapi kepada alam semulajadi serta ciptaan NYA yang lain menuntut perlakuan yang adil sertabenar dariapada kita. Dengan cara ini, kita membawa kemuliaan NYA di tengah-tengah kita.

Jadi..."Bilakah kali terakhir...?"

Engkau mahu menjadi suara tu dan pelaku kepada tuntutan yang maha Kudus itu? Kalau bukan kamu, siapa lagi? Kamu yang dipanggil sebagai pengikut Kristus itu? Kamu yang dipanggil sebagai orang percaya itu?
Kamulah yang sepatutnya yang dipanggil dan menjadi nabi kecil bagi generasi mu. Seperti Amos, dia orang biasa sahaja tetapi dia berani bersuara menyatakan isi hati Bapa Di syurga kepada bangsa dan negaranya. Kerana dia mahu HORMAT dan TAKUT kepada TUHAN nya, dia mahu MENYANYIKAN  lagu tentang keadilan dan kebenaran itu, dia mahu AMBIL PEDULI TENTANG BANGSA  dan AGAMANYA serta dia mahu MELIHAT KEMULIAAN NYA datang lah....

"Bilakah kali terakhir...?'

Wednesday, June 22, 2011

Cerita pokok #9

Hi, kali ini, sesamamu mahu membawa satu permintaan daripada si pokok tentang apa yang kita boleh buat. Mungkin nampak mudah dan senang, tetapi kalau kita tidak mengambil serius tentangnya, mungkin akibatnya juga besar.

Si pokok tidak meminta kita membuat perkara besar seperti, menanam semula pokok, membuat halangan di jalan-jalan pembalakan, atau pun membuat demonstrasi jalanan, tetapi, si pokok hanya menggalakkan kita untuk mengingat dan melakukan langkah yang kecil untuk menyokong pemeliharaan alam dan ciptaan Tuhan ini.

Setiap hari ada waktunya...

Ya, si pokok mendorong kita untuk mengingati dan mengambil langkah bertindak untuk menjaga dan memelihara alam dan ciptaan Tuhan ini. Dia cadangkan setiap hari RABU kita akan mengambil masa untuk berfirkir dan bertindak "G-Green Wednesday"-Keep our nature"kampen.
Apa macam? Jadi, apabila setiap hari RABU menjelang tengah malam tu, kita sudah bermula berfirkir dan bertindak "G-Green". 
Ini merupakan tanda sokongan kita kepada pemiharaan dan pemulihan hutan dan segala yang hidup di sana dan secara tidak langsung, kita akan sama-sama membantu dunia kita daripada kian parah ini terus parah dan "parai" suatu hari nanti.

Kita mungkin boleh buat...

Si pokok ada memberi cadangan kepada kita bagaimana kita dengan "small action" tu boleh terlibat sama dalam kampen "G-Green Wednesday" ini. Antaranya ialah;

* Pakai baju Hijau setiap hari RABU dan tanda sokongan kepada kampen ini. (Kita ingat)
* Pos apa sahaja tentang pemuliharaan dan penjagaan alam setiap hari Rabu dalam FB. (Kita ingat)
* Kurangkan tempoh penggunaan elektrik (Hawa dingin, komputer ...)
* Kongsi kenderaan ke pejabat
* Pakai basikal atau jalan kaki ke pejabat atau kampus(Yang dekat lah)
* Elak tempah penerbangan setiap hari Rabu (Jika ada pilihan)
* Tidak membasuh rambut pada hari Rabu.
* Jangan membeli Surat Khabar pada hari Rabu.
* Skip makan pagi atau tengahari atau malam. (Mana-mana kita mahu skip)

Dan banyak lagi. Apa yang si pokok cadangkan ini adalah sesuatu yang praktikal yang kita boleh lakukan dengan mudah dan senang.

Ayo...kita sama-sama mengingati Alam dan segala ciptaan Tuhan ini. Hanya satu hari dalam seminggu iaitu hari Rabu, dan dengan bermula pada hari Rabu, suatu hari nanti setiap hari - hari itu kita ingat "G-Green".  Dan kenapa hari RABU? Atau dalam bahasa tempatan - kenapa hari tiga? Mungkin saya akan jawab melalui petikan daripada Alkitab dalam buku Kejadian Bab 1:9-13...Di mana darat dan tumbuhan telah diciptakan pada hari ketiga...bermakna pada hari ke-3 bumi sudah HIJAU....yeah!!!!

selamat beramal

Sunday, June 19, 2011

Tak tahu lah apa itu PEMERDAGANGAN MANUSIA???

Ini masalah tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu? Apa-apapun, ada dua isu di sini, tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu.

Tidak tahu....

Tidak tahu kerana tidak pernah mendengar tentang perkataan "permerdagangan manusia ataupun orang" ini. Ia seakan-akan satu perkataan baru di dalam tatabahasa bagi orang yang tidak tahu ini. Oleh yang demikian, sesamamu ingin meberi sedikit keterangan apa yang dimaksudkan dengan "pemerdagangan manusia" ini.
Kalau dalam bahasa Inggerisnya, ia di panggil "Human trafficking". Tetapi terjemahan yang paling dekat yang kita dapati ialah, "pemerdagangan manusia". Ini membawa erti di mana manusia diperdagangkan atau dalam erti kata lain, manusia yang menjadi produk utama aktiviti jual beli ini. Tidak kira, samada urusan pemerdagangan itu lakukan berlandaskan undang-undang ataupun secara haram, pokoknya ia melibatlan urusan jual beli manusia. Dan urusan jual beli ini adalah secara haram-tidak berlandaskan undang-undang ataupun tiada langsung undang-undang yang diperuntukkan untuk hal ini.

Dijual menjadi...

Kebanyakan manusia yang dijual ini akan menjadi hamba atau buruh paksa kepada tuannya. Dan yang kita selalu dengar ialah, banyak mereka ini dijual kepada bapa-bapa ayam yang melibatkan mereka di dalam industri seks. Mereka menjadi pekerja-pekerja seks bagi kaum lelaki yang kebulur seks itu. Mereka menjadi mangsa dan selalunya kerana terpaksa dan langsung tidak dibayar sesen pun upah hasil daripada khidmat seks itu. Setelah anak-anak gadis ini dijual kepada bapa-bapa ayam ini, maka dalam erti kata lain, mereka telah menjadi hak milik kekal bapa ayam tadi dan terpaksa berkhidmat secara percuma tanpa upa. Yang menyedihkan, ada dikalangan mereka ini masih lagi kanak-kanak bawah umur.

Ada juga yang dibeli untuk dilakukan kilang membekalkan bayi. Atau dalam erti kata lain, mereka yang telah dibeli ini akan dipaksa melakukan seks serta mengandungkan anak, selepas itu anak yang dilahirkan akan dijual kepada pasangan-pasangan yang "kepinging" sangat untuk menimbang cahaya mata, walaupun sanggup membayar dengan harga yang mahal dan melalui saluran yang tidak berperikemanusiaan ini.

Ada juga manusia yang dijual ini dijadikan hamba-hamba seumur hidup kepada pengusaha-pengusha industri perikanan, pembuatan, malah perkilangan. Apabila mereka telah dibeli, bereti mereka akan secara automatik menjadi hamba andi di zaman moden ini. Bekerja tanpa dibayar gaji walau sesen pun. Malah ada dikalangan buruh paksa ini dari kalangan budak-budak bawah umur!

Tidak kurang juga dijual untuk mendapatkan organ-organ tertentu. Setiap organ yang ada mempunyai nilai-nilai yang tertentu.

Dan banyak lagi sindiket hasil daripada jual beli manusia ini...

Dari mana bekalan manusia ini?

Kebanyakan mereka yang diperdagangkan ini sumbernya didapati daripada pelarian-pelarian politik sesebuah negara. Apabila mereka lari dari pergolakan negara asal mereka dan ingin mencuba nasib di negara baru yang mereka rasakan aman serta memberi kehidupan yang baru kepada mereka, tetapi, oleh kerana adanya kepincangan sistem pemantauan pelarian di negara baru tersebut, kebanyakan pelarian ini menjadi mangsa penguat kuasa tempatan yang mengambil kesempatan menangkap dan menjual mereka demi mendapatkan wang lebih. Ini berlaku keatas pelarian politik Myanmar yang di negara kita Malaysia ini, Telah banyak kes dilaporkan bagaimana pelarian politik Myanmar ini perlakukan tidak adil oleh penguat kuasa undang-undang tempatan kita.

Ada juga bekalan manusia ini didapati hasil daripada penculikan. Dan selalunya mereka yang diculik ini adalah kanak-kanak di bawah umur.

Tidak ambil peduli...

Ini adalah masalah peribadi seseorang yang langsung tidak mahu ambil tahu tentang hal pemerdagangan manusia ini. Bagi golongan manusia ini, yang penting perut mereka kenyang, harta mereka bertambah dan hidup mereka senang. Tidak mahu kisah tentang hal orang lain. Apatah lagi tentang perkataan "pemerdagangan manusia" ini. Jauh panggang dari api.
Manusia jenis ini masih banyak dikalangan kita.


Kita kena peka...

Bagi kita yang mahu ambil tahu, marilah kita peka dan prihatin tentang hal ini. Sila laporkan kepada pihak berkuasa kalau terdengar ada aktiviti melibatkan pemerdagangan manusia ini. Jangan ambil sikap tidak mahu ambil kisah ini...

Kita juga harus peka terhadap darimana pakaian, kasut yang kita gunakan ini. Adakah ia datang dari sumber yang betul ataupun hasil daripada pemerasan segolongan manusia yang diperlakukan sebagai hamba di zaman moden ini.

Makanan yang kita makan, siapakah yang mengusahankan nya? Adakah ia datang daripada pekerja buruh paksa hasil daripada manusia yang diperdagangkan itu?

buka mata dan telinga...menjadi mata dan telinga bagi yang tertindas.

Wednesday, June 15, 2011

Cerita pokok #7

Satu pengalaman yang menarik selama 6 hari di tengah hutan di Lawas - Gunung Ugui. Berkampung di sebuah tapak retreat - doa S.I.B bersama-sama dengan lebih kurang 130 peserta kem. Kawasan tapak perkhemahan ini sangat semulajadi dikelilingi oleh hutan pokok yang rimbun serta menghijau. Betapa setiap kali udara dihirup, ia begitu segar dan nyaman. Terutama diawal pagi. Jauh daripada pencemaran asap, bau, ataupun bunyian yang kurang menyedapkan. Apa yang kedengaran hanyalah cengkerik dan burung berkicau riang.

Tawa riang...

Dapat dirasakan betapa riangnya kicauan burung serta bunyian serangga yang menghuni hutan ini. Setiap awal pagi, petang dan mahupun malam hari, hanya ada satu melodi yang dihasilkan, iaitu melodi riang gembira mereka. Mereka seakan-akan menyatakan kebesaran serta terima kasih kepada alam yang begitu sempurna ini, hasil daripada ciptaan dari Tuhan yang maha esa. Rimbunan pokok-pokok ini telah menjadikan satu kehidupan yang sempurna lagi harmoni diantara makhluk-makhluk hidup yang lain yang menghuni rimbunan pokok hutan tersebut.

Melodi Riang...

Satu irama yang hanya dapat didengar dan terhasil daripada keharmonian antara alam semulajadi ini dan kehidupan yang lain. Melodi ini bertambah indah lagi kedengaran apabila diayun oleh irama dari tiupan angin yang mendayu seakan melengkapkan lagi irama melodi riang ini. Hanya ada satu perkataan, "SEMPURNA". Ya SEMPURNA kerana ini adalah ilham daripada si Maha Pencipta itu inginkan terjadi kepada segala ciptaan Nya. Semua yang diciptakan Nya memuliakan Dia atas kebesaran dan kehebatan hasil karya tangan Nya itu...

Apabila mendengar akan melodi riang tersebut, sesamamu respon dengan mengatakan..."How Great is thy art..." "sungguh besar anugerah karya Nya". Jadi, betapa kecilnya kita ini dihadapan Nya, atau dalam kata lain, "siapa lah kita ini di hadapan Nya?"... Terima kasih ku kepada alam ini yang mengajar aku akan erti BETAPA BESARNYA KARYA TANGAN TUHAN ITU...

Sunday, June 12, 2011

Orang gaji mati!!!

Minggu ini negara kita sekali lagi digemparkan dengan satu cerita di mana seorang pembantu rumah warga indonesia yang berusia 26 thaun ditemui mati. Setakat ini, sepasang suami isteri yang berusia sekitar 50an ditangkap untuk membantu siasatan. Keduanya di dakwa menyebabkan kematian kepada ke atas orang gaji ini. Hingga ke hari ini, mereka berdua masih lagi ditahan remen untuk membantu penyiasatan ini.

Orang gaji atau hamba???

Kenapa mereka ini yang terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk mencari nafkah untuk terus hidup diperlakukan sedemikian rupa. Mereka juga manusia tetapi bezanya, mereka menyerahkan diri mereka untuk menjadi pembantu rumah ataupun orang gaji kepada orang lain. Dan kebanyakannya mereka ini bekerja menjadi "hamba" kepada orang-orang yang berada. Yang mampu untuk mendapatkan khidmat tenaga mereka. Tetapi oleh kerana mereka telah menjadi orang gaji serta "hamba" mereka, tak kan mereka dilakukan sedemikian rupa.
Walaupun mereka orang gaji ataupun kita panggil hamba, mereka selayaknya diperlakukan sebagai manusia juga. Sebab mereka juga ada hak untuk terus menikmati status sebagai manusia yang menduduki bumi ini walaupun dengan wang orang yang berada ini mereka dipanggil "orang gaji ataupun hamba".

Pandangan dunia kepada Malaysia..

Sesamamu sendiri pernah berjumpa dengan seseorang yang tengah menunggu dan mencari anaknya yang sudah lama tidak kembali ke kampung halaman. Si ibu yang khuatir akan anak perempuannya yang dipercayai bekerja sebagai orang gaji di Malaysia sungguh gusar dengan cerita-cerita yang kurang menyenangkan bagaimana para pembantu rumah serta orang gaji dari negara tersebut dilayan di negara kita Malaysia.
"Anak, tolong cari anak saya di Malaysia, saya khuatir dengan dia sama ada dia hiudp ataupun mati di sana?"
Jadi, begitulah pandangan orang luar terhadap majikan-majikan di negara kita terhadap pembantu rumah dan orang gaji. Bukan semua majikan -majikan di negara kita berlaku demikian, tetapi oleh kerana satu kes, nama negara kita terjejas sekali.

Manusia yang manusia...

Emm..apa yang sesamamu maksudkan ialah, menjadi manusia yang sebenar serta mempunyai nilai-nilai kemanusiaan terhadap sesama manusia. Saling hormat menghormati hak sebagai seorang manusia.

Pemerdagangan manusia...


Satu topik yang masih hangat lagi dan masih berlaku di dalam dunia moden ini. barubaru ini "world Vision Malaysia" telah mnegeluarkan statistik menyatakan dalam 1000 orang yang yang  didapati merentas asia pasifik, 3 orang daripadanya dipercayai diperdagangkan kepada mana-mana negara sekitar asai pasifik.

Diperdagangkan untuk...

Selalu kita dengar bahawa mereka ini diperdagangkan untuk menjadi hamba-hamba seks di negara-negara tertentu. Ini berlaku kepada kebanyakan anak-anak gadis yang masih bawah umur. Tetapi perlu diingat bahawa, pemerdagangan manusia bukan sahaja setakat dijual untuk menjadi hamba seks, tetapi ada juga yang dijual untuk sektor-sektor industri tertentu. Antaranya, industri perikanan, industri pembuatan, industri pembinaan dan sebagainya. Apabila mereka ini dijual, kerahan tenaga mereka tidak akan dibayar sesen pun. Mungkin hanya sesuap nasi bagi menentukan mereka masih boleh bekerja. Yang pasti, kehidupan mereka amatlah payah dan diperlakukan seperti bukan manusia adanya.

Kita harus diingatkan...

Sesamamu mahu ingatkan kita tentang apa sahaja yang kita beli ataupun gunakan, setiap barang ataupun perkhitmatan itu kita kena tahu darimana sumbernya? Sebagai contoh, adakah kita tahu dari mana datangnya kasut yang berjenama yang kita gunakan itu? Siapa yang lakukannya? ataupun siapakah pekerja yang menghasilkan kasut yang berjenama yang kita beli dengan harga yang begitu mahal itu? Tahukah kamu bahawa, di sebalik pengeluaran mana-mana barang berjenama itu, penghasilannya adalah daripada kerehan sumber tenaga manusia yang "murah" ataupun "percuma", dan oleh kerana tabiat Tamak para pengusaha ini, mereka sanggup membeli "manusia" ini dengan harapan menjadikan manusia yang mereka beli ini "hamba" seumur hidup  kepada penghasilan barangan daripada kerahan tenaga mereka secara paksa.
Kalau kita terus beli juga barangan tersebut, kita sebenarnya sama-sama bersubahat dengan kes pemerdagangan manusia ini. Jadi apa bezanya kita dengan mereka yang menjual beli manusia ini!!!

Boikot...

Ya, sesamamu menyokong kita semua untuk memboikot mana-mana produk yang dihasilkan daripada pemerdagangan manusia ini. Ada banyak produk di pasaran sekarang yang kita harus tahu dari mana punca sumber untuk mengeluarkannya. Bukan sahaja kita mahu tahu bahawa produk tersebut harus memenuhi spesifikasi pengeluaran "produk hijau" tetapi kita harus ambil tahu juga siapa yang bekerja disebalik pengeluaran tersebut dan bagaiman mereka diperlakukan.

Persoalannya, bagaimana kita mahu tahu ada pemerdangan manusia terlibat? Sesamamu syorkan kita lebih peka dan lebih berinfomatif dengan mencari sumber-sumbernya daripada internet!

katakan TIDAK  pada pemerdagangan manusia!!!

Saturday, June 4, 2011

Pembangunan adalah hak bukan hadiah

Kenapa mesti tungggu begitu sekian lama baru menerima bekalan air bersih serta elktrik di kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak?
Sesamamu tertarik dengan satu kenyataan akhbar tentang betapa satu rumah panjang di Sri Aman sekarang mendapat bekalan air bersih. Persoalanya, kenapa baru sekarang? Sudah lebih 48 tahun Sarawak bersama dengan Malaysia, tetapi kenapa baru sekarang penduduk luar bandar Sarawak menerima kemudahan tersebut yang sepatutnya menjadi perkara asas bagi mana-mana wakil rakyat di Sarawak untuk usahakan, kalau mereka benar-benar memikirkan tentang rakyat lah.

Itu baru air, yang lain???

Bagaimana pula dengan kemudahan asas yang lain seperti bekalan elektirk dan kemudahan jalan raya yang sempurna? Boleh dikatakan, hampir keseluruhan kawasan pendalaman Sarawak belum lagi menikmati kemudahan-kemudahan asas ini. Sudah hampir 50 tahun Sarawak bersama-sama dengan Penubuhan Malaysia, tetapi sangat menyedihkan apabila melihat hampir semua rakyat Sarawak yang tinggal di luar bandar belum menikmati mana-mana kemudahan asas yang sepatutnya menjadi Hak mereka. Setelah sekian lama mengidamkan bekalan air bersih, baru sekarang dapat merasakannya dan tersu dihebohkan di dada dada akhbar tempatan Sarawak untuk menunjukkan betapa kerajaan BN yang memerintah sungguh perihatin sehingga seperti menghadiahkan kepada rakyat atas kesetiaan mereka kepada kerajaan BN buat sekian lama. Tahniah dan terima kasih, tetapi kena tunggu hampir 50 tahun kah baru dapat air bersih?

Bukan hadiah tapi HAK!!!

Suka sesamamu meningatkan kita sebagai rakyat Sarawak untuk tahu akan hak kita untuk menikmati segala kemudahan asas yang sepatutnya kerajaan yang memerintah dipertanggung jawabkan dan bagi kerajaan BN, tolong jangan sogokkan rakyat dengan pelbagai hadiah kemudahan asas itu. Sebab i bukan hadia tetapi HAK kami sebagai rakyat...

Wednesday, June 1, 2011

Cerita sebatang pokok #6

Ada seorang teman bertanyakan kepada sesamamu, "kalau kita suruh hentikan pemotongan pokok, tetapi bagaimana dengan Tuhan Yesus, kan dia juga seorang tukang kayu?, jadi bagaimana Dia mendapatkan kayu untuk untuk menjadi seorang tukang kayu? kalau tak potong pokok?"
Ini adalah satu permerhatian yang baik dan sangat bagus untuk kita sama-sama bincangkan. Ya benar sebelum Tuhan Yesus memulakan pelayanannya, Dia adalah seorang tukang kayu, bersama-sama membantu ayahnya-Yusuf. Oleh yang demikian, secara logiknya, sudah pasti tukang kayu memerlukan pokok!
Tetapi, harus kita sama-sama perhatikan, apakah si tukang kayu ini menghasilkan sesuatu yang tidak berfaedah kepada orang sekelilingnya? Apakah yang dibuat oleh si tukang kayu ini?

Potong dan mendatangkan manfaat...

Potong kayu tetapi dalam masa yang sama hasil daripada kayu tersebut digunakan untuk manfaat orang laain. Apabila sebatang pokok itu ditebang, sudah pasti keseluruhan sebatang pokok itu baik daripada daun hingga ke kulitnya mendatangkan faedah yang berguna kepada orang lain, seperti menghasilkan kertas dan pakaian daripada kulit kayu itu. Jadi, pemotongan pokok itu adalah dibenarkan dalam konteks ia memberi manfaat kepada manusia secara khususnya.
Dengan berbekalkan pendapatt bahaya Tuhan Yesus juga seorang tukang kayu dan potong kayu, manusia mulai berpendapat betapa pentingnya sebatang pokok itu untuk meneruskan kesinambungan ekonomi ataupun pendapatan seserorang untuk terus hidup!

Tetapi, apa yang berlaku sekarang ialah, pokok dipotong sewenang-wenangnya. Memang ia dilihat memberi sumber rezeki kepada si pembalak itu tetapi pemotongnya adalah secara berlebihan. Manusia mulai tamak dan rakus sehingga tidak menghiraukan kesannya kepada orang lain. Pokok mulai ditebang apabila nilai ekonominya yang dipandang terlebih besar dan bukan faedahnya kepada manusia sejagat.

Pencegahan lebih baik daripada mengubati...

Satu istilah yang selalu kita dengar sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, kempen pencegahan dan bukan pemulihan. Kerana, pemulihan adalah peringkat dimana sesuatu perkara yang buruk itu mungkin terjadi akhirnya. Tetapi pada keadaan kita sekarang ini dimana pokok semakin berkurangan, peringkat pencegahan ini harus diambil oleh kita ataupun oleh sesetengah negara sekarang. Tiada masa untuk menuding jari dan mengatakan negara itu, negara ini yang bertanggung jawab mengakibatkan duni ini tandus. Langkah pencegahan yang aktif dan pratikal harus dilakukan.

Jadi izinkan sesamamu mencadangkan antara langkah pencegahan tersebut ;
i. Penanaman semula
- Menggalakkan syarikat-syarikat pembalakan menanam semula pokok-pokok dalam tempoh masa tertentu, sebagai contoh 5-10 tahun adalah proses penanaman semula dan berhenti daripada pemotongan hutan dalam masa tersebut.

ii. Kerajaan memberi inisiatif
- Kerajaan juga berperanan memberi inisiatif kepada mana-mana syarikatt pembakakan yang terlibat didalam penanaman semula ini. Inisiatif ini akan diberi dengan mengambil kira;
a. Keluasan aktiviti penanaman semula
b. Tempoh penanaman semula
Jadi, semakin luas serta lama sesuatu aktiviti penanaman semula itu berlaku, semakin tinggi inisiatif yang kerajaan berikan kepada syarikat-syarikat pembalakan.

iii. Pengguna yang bijak.
- Kita selalu mendengar kempen kitas semula, jadi apa-apa sahaja produk dari sebatang kayu yang pengguna akhir gunakan seperti kertas, perabot dan sebagainya, biarlah kita tahu menilaikannya bahawa ia datang daripada sebatang pokok dan kitar semula jika ia tidak perlu lagi.
- Juga penguna boleh menukarkan penggunaan hasil daripada sebatang pokok kepada produk yang langsung tiada kaitan dengan pokok. Dengan menukar penggunaan hasil berasaskan daripada sebatang pokok kepada suatu hari nanti dapat mengurangkan permintaan produk tersebut.

iv. Kesederhanaan
- Ya, akhir sekali, pengguna akhir haruslah mempunyai menanam mentaliti "kesederhanaan". Kesederhanaan didalam perbelanjaan untuk memiliki perabot-perabot yang berlebihan di dalam rumah. Cukuplah setiap isi rumah hanya mempunyai perabot-perabot asas sahaja...

Mari kawan-kawan, kita sama-sama memlihara alam anugerah Bapa kita ini. Ini adalah dunia Bapa...jadi, mungkin cabaran bagi kita sebagai anggota keluarga Dia untuk memelihara dunia milik Bapa ini...