sesamamu

Saturday, July 2, 2011

akan datang...9 Julai...

Ingin sesamamu menyuarakan pendapatnya tentang isu yang sekarang ini hangat diperkatakan di negara kita sakarang ini. Ini berkaitan dengan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh beberapa NGO yang mahu melihat adanya satu pilihan raya yang bersih dan adil di negara kita. Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran, izinkan sesamamu berkongsi pendangan peribadinya ya...pandangan seorang rakyat biasa yang mahu melihat keadilan dan kebenaran menjadi DASAR kepada pembangunan Negara ku, tumpah nya darah ku...

Kenapa digembar gemburkan dengan begitu rupa?

Sebelum perhimpunan ini berlaku pada 9 Julai lagi, banyak pihak yang masih lagi teringat akan apa yang berlaku pada perhimpunan BERSIH yang pertama lagi merasakan BERSIH 2.0 ini akan membawa BENCANA kepada mereka. Dengan yang demikian, beribu laporan telah di buat kepada Polis untuk menghalang perhimpunan ini akan berlaku. Sebagai contoh, beberapa peniaga-peniaga di sekitar ibu kota telah menyuarakan kebimbangan mereka dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan untuk menghalang perhimpunan ini terus berlaku.

Tetapi, media arus perdana kita baik media elektronik mahupun cetak telah menyiarkan berita betapa "bahayanya" perhimpunan ini nanti. Pelbagai label telah diberikan kepada BERSIH 2.0 ini sehinggakan ia menimbulkan rasa kebimbangan antara yang tidak berasas kepada banyak pihak. Ditambahkan lagi dengan nasihat-nasihat yang tegas daripada pihak Polis bagi mana-mana individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kepada mempromosikan perhimpunan ini menambahkan lagi betapa "kotornya" perhimpunan ini nanti.

Siapa provokasi siapa?

Kalau diimbas kali dengan apa yang berlaku keatas perhimpunan Bersih yang pertama. Pihak berkuasa Polis telah menyembur air yang mengandungi kimia serta gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan tersebut. Persoalannya sekarang, siapa yang mula provokasi? Polis atau peserta perhimpunan tersebut?

Kalau dilihat sekarang ini, sebelum mulanya perhimpunan ini, pihak berkuasa telah memulakan provokasi kepada kumpulan BERSIH 2.0 ini. Pelbagai nama atau label telah dilontarkan kepada BERSIH 2.0. Sebelum 9 Julai lagi, pihak berkuasa telah menekan kumpulan ini dengan undang-undang yang sedia ada. Sebagai contoh, belum lagi perhimpunan ini memohon untuk mendapatkan permit, pihak berkuasa telah melabelkan BERSIH 2.0 adalah satu perhimpunan HARAM. Ini telah memulakan dan menambah rasa tidak puas hati mereka kepada keadilan yang mereka mahu tegakkan.

Cuba bertenang dan berfikiran terbuka...

Sesamamu mempunyai satu teori di mana kalaulah pihak berkuasa mahu mendengar dan memberi peluang kepada BERSIH 2.0 menganjurkan perhimpunan jalanan mereka dan cuba tidak sembur mereka dengan air berkimia atau gas pemedih mata atau Jangan mulakan kemarahan mereka, sesamamu pasti apa yang berlaku pada BERSIH yang pertama itu tidak akan berlaku.

Pada pendapat sesamamu, kekecohan yang berlaku pada BERSIH yang pertama itu hasil daripada ketidak puasan hati mereka setalah disimbah dengan air berkimia dan terkena gas pemedih mata. Cuba biarkan mereka berarak melalui jalan-jalan yang dibenarkan dan polis beribu-ribu berkawal sepanjang jalan yang mereka lalui tersebut, sesamamu pasti, tidak ada perkara yang tidak diingini akan berlaku.
CUBA!!!!

Semakin dihalang semakin tak terhalang...

Ini pendapat peribadi sesamamu, semakin dihalang, semakinlah BERSIH 2.0 ini akan tidak terhalang. Malah ini menambahkan lagi semangat mereka untuk menanti-nanti 9 Julai ini. Jadi, bagi semua pihak media massa perdana, Polis, Kementerian dalam negeri, SPR, PERKASA, PEMUDA UMNO dan mana-mana pertubuhan kerajaan mahupun swasta serta individu yang cuba menghalang BERSIH 2.0 daripada terjadi berhenti daripada melempar sebarang tuduhan, cercaan mahupun memberi label-label yang berbaur "Pengacau" keamanan kepada kumpulan BERSIH 2.0. Sebab perlakuan itu akan menambahkan lagi semangat mereka untuk terus melihat perhimpunan itu akan berlangsung.

Bagi BERSIH 2.0...mahukah anda pastikan perhimpunan jalanan ini AMAN seperti pada perancangan awal BERSIH 2.0 ini? Perlu kita ketahui bahawa persoalan inilah yang menjadi asas kepada kebimbangan pihak pihak yang di sebut di atas tadi. Kebimbangan mereka berasas!

Jadi terpulang kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk menilai keatas setiap tindakan kita ini nanti...

No comments:

Post a Comment