sesamamu

Wednesday, July 13, 2011

709-Mahal Harga yang patut dibayar

9 Julai 2011-Sabtu menjadi satu lagi sejarah dilakar, apabila ribuan rakyat Malaysia tidak kira bangsa mahupun agama berhimpun menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil. Para ribuan rakyat yang berhimpun walaupun diberi kekangan dan sekatan jalan yang hebat ini telah datang dengan satu suara menuntut supaya ada pilihan raya yang bersih lagi adil di negara kita Malaysia.
Walaupun pada mulanya, perhimpunan rakyat ini telah dilabelkan sebagai satu perhimpunan haram oleh media-media perdana kita,tetapi ini tidak menghalang rakyat terutama sekali yang disekitar ibu kota untuk datang beramai-ramai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan gabungan pilihan raya bersih dan adil ini -BERSIH 2.0.

Kekangan mengakibatkan kekacauan

Pada awalnya, perhimpunan rakyat ini berlaku dengan aman dan terkawal sebelum pihak berkuasa polis mengambil tindakan meleraikan orang ramai dengan menembak gas pemedih mata dan air berkimia. Ini telah menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dari para rakyat yang berhimpun ini. Mereka berlari bertempiaran untuk mengelakkan diri daripada semburan air dan gas pemedih mata ini.
Menurut pemerhatian sesamu, jika kerajaan membenarkan perhimpunan rakyat ini berlaku dengan amannya di Stadium merdeka dengan pengawasan Polis yang menurut perintah ini, sesamamu percaya tidak ada apa yang berlaku malah perhimpunan rakyat yang dipantau dengan teliti oleh para AJK BERSIH 2.0 sangat baik. Kerana mereka juga ingin melihat ia berlaku dengan aman dan tenteram. Tetapi malangnya, tindakan pihak berkuasa telah menyebabkan rakyat terpaksa membayar harga yang begitu mahal demi sebuah pilihan raya negara yang adil dan bersih ini.

Peranan rakyat Malaysia...

Bagi kebanyakan mereka yang ada kesempatan hadir pada hari tersebut di mana-mana lokasi perhimpunan rakyat ini dapat merasakan satu pengalaman yang mahal dan berharga. Mereka terpaksa berhadapan dengan tindakan kerajaan terhadap mereka demi masa depan sebuah negara yang bebas dari kekotoran amalan pilihan raya ini. Kepada mereka ini, KUDOS sesamamu ucapkan.

Tetapi bagi mereka yang tidak berkesempatan dan masih menyokong perhimpunan rakyat ini dan sentiasa mendoakan keselamatan setia mereka yang hadir pada hari tersebut, terima kasih diucapkan. Tanpa sokongan doa kalian semua, perhimpunan rakyat ini tidak akan berjalan dengan begitu bersejarah.

Dan bagi mereka yang mengutuk perhimpunan rakyat ini, sehingga dikatakan menjejaskan perniagaan mereka, membuang masa mereka yang terparangkanp di dalam kesesakan lalu lintas akibat terlalu banyaknya sekatan jalanraya, anda ada hak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati anda. Dan bagi sesamamu, kutukan dan keluhan mereka ini akan menambahkan pendirian serta semangat untuk lebih lagi bersuara menyatakan sokongan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil. Mereka boleh buat laporan kerana PM-Najib buka kaunter aduan...so mengadulah dengan dia....Malah, pihak kerajaan juga ada menawarkan nasihat guaman bagi mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan perhimpunan rakyat ini untuk menuntut ganti rugi mereka.

Sehari demi selama-lamanya

Apa yang berlaku apabila rakyat berhimpun untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil ini hanya berlaku sehari sahaja demi 5 tahun, 10 tahun malah selama-lamanya untuk negara kita bebas daripada sistem pilihan raya yang tidak adil dan kotor ini. Sesamamu boleh kongsi cerita bagaimana pilihan raya DUN  70 Bakelalan yang lepas berlaku dan bagaimana politik wang serta teknik kotor telah dilakukan oleh pihak yang ingin menang itu. Tetapi, lain kali sahaja kita cerita ya...itu baru contoh kecil dari kawasan N70-Bakelalan.

Jadi, rugi satu hari atau susah satu hari tetapi untung buat selama-lamanya ...renung-renungkan wahai mereka yag duduk diam dan mengutuk perhimpunan rakyat ini.

Hati murni rakyat Malaysia...

Tidak kurangnya, ada ramai rakyat Malaysia terutama mereka yang tinggal di sekitar kawasan berlakunya perhimpunan rakyat ini di mana mereka menawarkan premis mereka serta memberi bantuan yang mana patut kepada mereka yang berlari bertempiaran mencari perlindungan ini. Mereka rela membuka pagar rumah malah pintu rumah membenarkan rakyat yang bertempiaran lari ini mendapatkan perlindungan sementara sebelum menyambung hajat mereka.

Mereka yang menyertai perhimpunan rakyat ini juga saling membantu antara satu sama lain. Sesamamu masih ingat lagi bagaimana didatangi dan dibantu oleh rakan-rakan Muslim yang menawarkan garam untuk mengurangkan rasa sakit dan kesesakan nafas akibat gas pemedih mata tersebut. Bukan sekali, tetapi banyak kali!!! Dan banyak lagi pengalaman apabila banyak rakan-rakan perhimpunan rakyat ini menghulurkan bantuan antara satu sama lain. Sehingga tidak nampak lagi erti perbezaan kaum mahupun agama. Semua saling tolong menolong dan menghormati. 

Tetapi ada juga yang mengunci ketat pintu pagar rumah mahupun premis mereka supaya tidak dicerobohi oleh perhimpunan rakyat ini. Malah ada juga rumah-rumah ibadah tu yang terkunci dengan ketatnya untuk mengelak para penunjuk perasaan ini daripada memasuki rumah ibadah mereka.

Pengajaran...

Apa-apa pun yang sudah berlaku, biar kita sama-sama mengambil ikhtibar daripada hari 907 ini di mana ada harga yang besar telah dibayar oleh perhimpunan rakyat ini yang jumlah nya mencecah 50,000 orang(Atau lebih). Dan kalau kita mahu formulakan jumlah ini, perhimpunan rakyat ini telah mewakili 1000 suara rakyat malaysia diluar sana dengan nisbah seorang rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan rakyat ini. Dalam erti kata lain, 1:1000 orang rakyat Malaysia yang menyokong pilihanraya yang adil lagi bersih ini.

Selagi ada kesempatan selagi itu ada waktu untuk, dan inilah pengajaran yang sesamamu dapat;

i. Melihat keadilan dan kebenaran diMARTABATkan di dalam pilihan raya kita.
ii. Menjadi Jambatan Anak Malaysia di dalam, masyarakat yang berbilang dan pelbagai ini.
iii. Bersatu hati beramai-ramai lebih baik berseorangan untuk berdiri menyuarakan pendapat kita.

Perhimpunan rakyat yang aman harus lah dihormati. Ada ruang untuk kedamaian dan keamanan berlaku jika pihak berkuasa lebih bertolak ansur.


Hidup BERSIH! Hidup RAKYAT!!! demi Negara ku yang tercinta...sesamamu akan pergi lagi kalau ada BERSIH 

No comments:

Post a Comment