Pada keluaran-keluaran yang sudah, setiap rabu sesamamu cuba membawa kita sama-sama melihat cerita si pokok, iaitu tentang pemuliharaan hutan dan bagaimana kta boleh terlibat sama memberi sumbangan kita kepada pengawalan pemanasan global yang sedang berlaku di bumi kita sekarang.
Jadi, mulai keluaran kali ini, sesamamu ingin membawa kita sama-sama melihat satu lagi makhluk ciptaan Tuhan yang istimewa ini dan yang semakin terancam oleh kerana aktiviti yang manusia sendiri sumbangkan. Iaitu, Orangutan.
Tangisan si Orangutan akan sesamamu cuba bawakan kepada kita untuk kita sama-sama renungkan dan mengambil ikhtibar untuk memastikan spesis yang istimewa ini tidak akan pupus dari muka bumi ini. Untuk Tangisan si Orangutan #1 ini, sesamamu akan memberi sedikit informasi tentang Orangutan atau siapa kah Orangutan ini?
Orangutan
Menurut bukti fosil, sehingga 10,000 tahun dahulu, dipercayai Pupulasi Orangutan adalah terbentang luas dari kepulauan Jawa sehingga ke Asia seperti, China, Vietnam, Loas, Kambodia dan Thailand. Tetapi hari ini, populasi Orangutan hanya sedikit menduduki hutan sekitar kepulauan Samutera dan Borneo. Di anggarkan 6,500 ekor Orangutan mendiami hutan Sumatera dan 54,000 di kepulauan Borneo. Ini menjadikan populasi Orangutan sekurang-kurangnya 60,500 ekor seluruh dunia.
Orangutan ini boleh dibahagi kepada dua specis; iaitu Pongo Abelii: Orangutan menduduki hutan kepulauan Sumatera dan Pongo Pygmaeus:Orangutan yang menduduki hutan Kepulauan Borneo. Tetapi di Borneo, Orangutan ini dibahagi lagi kepada tiga lagi subspesis iaitu;, Pongo Pygmaeus di Sarawak dan Kalimantan Barat, Pongo Wurmbii di Kalimantan Tengah dan Barat serta Pongo Morio di Kalimantan Timur dan Sabah.
Mereka bergantung kepada kita juga...
Ini melibatkan bagaimana sikap kita ingin ambil tahu dan peduli dengan kehidupan lain selain diri kita sendiri. Oleh yang demikian, sesamamu akan cuba memberi apa sahaja maklumat yang berguna kepada kita semua untuk kita menambah pengetahuan tentang sejenis makluk ciptaan Tuhan yang semakin terancam ini dan dalam masa yang sama untuk menanam rasa ambil peduli tentang alam sekitar yang kita kongsikan bersama bukan sahaja kepada manusia tetapi makhluk hidup yang lain.
Jadi kehidupan orang ini bergantung penuh kepada sikap kita terhadap alam sekitar terutama sekali sikap kita terhadap pemuliharaan alam ini secarah menyeluruh. Kerana setiap tindak tanduk kita akan mendatangkan kesan kepada orang lain dan kehidupan lain di dunia ini...
Jom...dengar tangisan Orangutan ini...
No comments:
Post a Comment