Persidangan ADUN Sarawak yang pertama selepas pilihan raya yang lepas telah pun berakhir. Sesamamu bekesempatan menjadi saksi kepada salah satu penggulungan daripada menteri yang bertanggung jawab. Satu suasana yang agak menarik kerana, buat sekian lamanya kita tidak nampak begitu ramai ADUN daripada pihak bukan kerajaan iaitu, 15 dari PR dan seorang ADUN bebas yang menambah lagi keadaan yang dijangkakan "panas" pada awalnya.
Bangunan DUN Sarawak yang tersenggam indah ini bernilai RM290 juta. Tetapi, yang menyedihkan, banyak lagi rakyat Sarawak sendiri yang mengetahui bahawa mereka juga dibenarkan untuk menyangsikan mana-mana persidangan DUN yang berlangsung. Malah masih ramai yang beranggapan bahawa DUN ini hanya untuk para wakil yang mereka pilih itu sahaja.
Lepas pilih tak kan tak nak tengok???
Selepas satu-satu pilihan raya, menjadi tanggung jawab kita sebagai rakyat untuk memastikan wakil-wakil rakyat kita benar-benar menjadi suara kita di DUN yang mulia itu. Jadi, menjadi tanggung jawab kita juga sebagai pemilih untuk datang memerhatikan mana-mana hari DUN itu sedang bersidang. Tak kan kita tidak mahu melihat YB - YB yang kita pilih itu berhujah dan membawa masalah kita di DUN yang mulia itu. Mari kita tengok dengan mata kepala kita sendiri bagai mana YB kita tu menjalankan tugasnya di DUN.
Tak perlu protokol...
Untuk menjadi saksi dan melihat para YB kita bersidang di bangunan hasil cukai rakyat sebanyak RM290 juta itu, kita hanya perlu berpakaian kemas. Bagi yang lelaki, baju kemeja lengan panjang dan bertali leher adalah satu kemestian. Sejurus tiba di perkarangan DUN itu, terus melaporkan diri anda di kaunter yang disediakan dengan membawa bersama My kad anda untuk mendapatkan pas pelawat. Seterusnya, ada pihak yang berkuasa DUN akan membawa anda ke tingkat 9 di mana ada satu bilik khas yang dipanggil "Public Galery" disediakan untuk para orang awam yang ingin turut serta semasa persidangan ini.
Di bilik khas ini yang boleh menampung 100 orang dalam satu-satu masa adalah bilik yang disediakan khas untuk orang awam untuk memerhati persidangan DUN yang sedang dijalankan.
Mari datang pada persidangan bulan November kelak...
Pada bulan November kelak, persidangan DUN Sarawak kali ini akan membincangkan dan pembentangan budget untuk tahun 2012. Sesamamu menjangkakan persidangan itu kelak akan lebih menarik dan mungkin "panas" apabila budjet ini akan dibentangkan serta didebatkan nanti.
Jadi, mari kita datang ramai-ramai...tengok YB kamu berucap!
No comments:
Post a Comment