sesamamu

Saturday, July 16, 2011

GEN-709

Genap seminggu hari ini, Perhimpunan Rakyat yang menuntut keadilan dan pilihan raya yang Bersih di negara kita. Perhimpunan Rakyat yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat Malaysia yang berbilang kamu, bangsa, dan agama. Malah Perhimpunan Rakyat ini telah menghimpunkan macam-macam cerita menarik serta pengalaman-pengalaman rakyat Malaysia yang ingin melihat amalan demokrasi diperlakukan dengan adil dan saksama.

Ada juga kalangan peserta perhimpunan rakyat ini terpaksa menghadapi trauma gas pemedih mata serta bom air berkimia selama seminggu dan tidak kurangnya kehilangan orang yang tersayang. Suami kepada seorang ibu yang pasti merinduinya serta anak yang kehilangan tempat bermanja dan wira bagi rakyat yang ingin dimerdekakan dari jajahan ketidak adilan serta amalan demokrasi yang berat sebelah di dalam sistem pentadbiran negara kita ini. Wira Generasi 709- Arwah Baharudin Ahmad. Kami junjung perwira Generasi 709 ini!!!
 
Generasi 709

Sudah tiba masanya untuk generasi ini bangkit. Bangkit daripada rasa tidak mahu ambil kisah tentang apa yang berlaku kepada negara kita. Rakyat sudah bersuara, dan kalau bukan kita, siapa lagi yang akan berdiri mempertahankan satu maruh negara yang berdaulat ini.
Arwah Baharudin Ahmad, seorang pemandu teksi dan bekas seorang askar sanggup bertarung nasib bersama beribu-ribu lagi rakyat Malaysia yang lain untuk melihat negara kita ini mempunyai amalan demokrasi yang adil dan bersih adanya. Sanggupkah kita melihat satu persatu perwira rakyat ini tumbang satu persatu tanpa kita ambil kisah?

Atau kita sudah lena dibuai kesenangan yang telah ditawarkan oleh persekitaran kita yang "kotor" ini? Adakah dengan menegakkan keadilan, kita akan kerugian besar dan hilang mata pencarian kita?

Ataupun kita sudah bangga dengan ideologi mahupun kepercayaan kita yang menuntut kita "diam" dan "jangan buat kacau". Kerana kita beranggapan dengan "buat bising" dan "buat kacau" kita akan "melawan" apa yang diperintahkan dalam kepercayaan kita.

Kenapa begitu cetek????

Kenapa begitu cetek pemikiran kita?  Kenapa begitu terhad mata kita memandang? Tiada peluangkah untuk minda dan hati kita untuk terbuka luas melihat perkara yang sebenar yang dituntut oleh alam dan Penciptanya?

Luaskan skop pemerhatian mu dan bukan terhad kepada sekitar zon selamat yang engkau cipta dengan ketidak sempurnaan sistem pemerintahan mana-mana kerajaan yang KOTOR amalan demokrasinya. Itu yang kita perjuangkan bersama. Bukan untuk diri kita sendiri, tetapi untuk generasi kita yang seterusnya. Iaitu generasi 709...

ayoh bangkit generasi ku, GENERASI 709!!!!

No comments:

Post a Comment