Dia tidak bertindak sendirian, tetapi melibatkan semua orang yang mencintai akan negaranya yang mahsyur itu pada suatu ketika dahulu. Betapa bangga dan kagumnya mereka setelah melihat tembok negaranya berjaya dibina dalam masa yang begitu singkat(52 hari) sehingga pekerjaan ini secara langsung telah menyatukan mereka semula untuk sama-sama mebnagun semula negara mereka yang tercinta itu.
J.A.M...
J.A.M adalah satu seruan untuk kita menjadi agen memulihkan semula hubungan antara sesama kita tidak kira apa-apa perbezaan yang ada pada kita dan juga menjadi agen Transformasi kepada masyarakat umum amnya.
Dalam erti kata lain untuk membina jambatan yang menghubungkan segala perbezaan tersebut. Iaitu melalui kita yang percaya kepada TUHAN dan melihat keperibadian Nehemia sebagai contoh pembinaan/pembangunan tersebut.
Tetapi sebelum pembinaan Jambatan tersebut berlaku, kita harus lihat tembok-tembok yang menghalang kita. Menghalang kita untuk bergerak lebih jauh lagi…Oleh yang demikian, untuk melihat Jambatan Anak Malaysia ini terjadi, tembok-tembok tersebut haruslah dirobohkan terlebih dahulu.
A. Masa untuk Robohkan
Tembojk ini dipanggil "Tembok prejudis". Kita harus merobohkan mana-mana tembok prejudis yang ada kepada kita. Ini adalah permulaan yang sepatutnya kita ambil sebelum kita mahu memulakan pembinaan J.A.M ini.
Merobohkan "Tembok Prejudis" ini bererti...
i. Bertaubat dari perasaan “mereka silap/salah”.
ii. Bertaubat dari fikiran “aku hebat”.
iii. Bertaubat dari perbuatan “mengasingkan diri dari mereka”.
iv. Bertaubat dari “tidak mengasihi mereka”.
Ini adalah contoh-contoh "Tembok Prejudis" yang perlu kita sama-sama robohkan terlebih dahulu. Bererti, segala ketidakadilan dan tiadanya kebenaran akibat perbuatan/sikap prejudis sesamam kita manusia haruslah terlebih dahulu dihancurkan!
Dan siapakah mereka ini...?
i. Kawan Majoriti kita
ii. Kaum lain
iii. Orang yang berlainan status atau kedudukan atau kepercayaan dari kita
iv. Orang dari Negara lain
v. Orang yang disisihkan dari masyarakat. CTH PHIVAIDS, Sex Worker….
Ramai lagi "mereka" yang tergolong dalam kumpulan masyarakat ini tanpa kita sedari kita membina satu tembok yang memisahkan kita daripada "mereka".
1. Patriotisme
Patriotisme itu sendiri tidak salah. Paulus mempunyai beban berat bagi bangsanya (Rom 10:1). Kristus mendorong murid-murid-Nya untuk memberikan kepada Kaisar apa yang menjadi haknya (Mat 22:21). Nehemia menaruh perhatian yang besar terhadap rakyatnya (Neh 1:3-11). Patriotisme sejati adalah rasa prihatin terhadap keadaan bangsa. Bagaimana umat Kristen dewasa ini dapat mempengaruhi sikap bangsanya?
2. Pendoa
Nehemia berdoa setiap saat dan dalam segala keadaan. Bandingkan ini dengan perintah Paulus kepada orang-orang di Filipi.
. Apa tujuan doa?
3. Berdedikasi
Nehemia menerima tugas yang diberikan oleh Allah dengan sungguh-sungguh -- ia sangat teliti. Ia bertekad untuk menyelidiki perkara yang sebenarnya (Neh 2:12). Ia tahu akan kesucian pekerjaannya (Neh 6:3). Ia menjadi teladan bagi orang lain untuk bekerja seperti dia (Neh 2:17,18; 4:6,23).
4. Tidak mudah putus asa
Nehemia tidak undur menghadapi tentangan, baik dari dalam maupun dari luar. Ia diejek dan dicaci, karena bergantung kepada Allah (Neh 2:19,20). Ia tidak bersedia mengalihkan perhatiannya dari tugas yang sedang dihadapinya (Neh 6:2,3).
Jadi, Siapkah anda untuk ;
B. Masa untuk Membina
“1 batu bata pada satu-satu masa…”
Setelah kita merobohkan tembok prejudis tersebut, barulah kita mula membina JAM ini.
Dan membinanya, kita harus bermula dengan “1 batu bata pada satu-satu masa…”
a. Apakah Batu bata tersebut???
- Batu bata ini adalah tindak tanduk kita, perbuatan kita, percakapan kita dan semua yang melibatkan luaran kita yang terhasil daripada Transformasi fikiran kita semasa berlakunya proses merobohkan tembok prejudis itu tadi.
- Cth Batu bata yang kita boleh letakkan dalam membina J.A.M ini ialah…
Sifat/perbuatan/kelakuan/percakapan yang;
i. Kemurahan hati
ii. Kebaikan
iii. Pendamaian antara kaum
iv. Menjadi suara
v. Keadilan
vi. Ambil peduli- No to “U-u –I-I”
a. Gotong Royong…
- Pembinaan J.A.M ini bukan kerja seorang individu tetapi merupakan kerja semua pihak. Terutama panggilan untuk kita yang percaya dengan Tuhan.
- Semua melibatkan diri dengan sukarela kerana kita mengalami akan kasih Tuhan Yesus Kristus itu secara peribadi di dalam kehidupan kita.
- Ianya “Gotong-royong”, melibatkan banyak orang, melibatkan usaha sama dan tanpa paksaan. Tidak menghiraukan berapa “ganjaran” ataupun faedah yang kita dapat.
Kesimpulan
“Masanya adalah SEKARANG…”
Masanya adalah sekarang untuk kita membina bersama J.A.M…bukan esok, lusa ataupun tahun depan!!!
“Demi GENERASI BANGSA MALAYSIA suatu hari kelak.
Apabila Generasi itu melalui J.A.M ini, mereka akan dapat melihat perbuatan tangan mereka yang terdahulu untuk memastikan setiap Bangsa di Malaysia bersatu.”
Dengan melihat Nehemia sebagai contoh “PEMBINA” tersebut, beliau yang mempunyai keperibadian seorang…GENERASI yang…
Patriotisme itu sendiri tidak salah. Paulus mempunyai beban berat bagi bangsanya (Rom 10:1). Kristus mendorong murid-murid-Nya untuk memberikan kepada Kaisar apa yang menjadi haknya (Mat 22:21). Nehemia menaruh perhatian yang besar terhadap rakyatnya (Neh 1:3-11). Patriotisme sejati adalah rasa prihatin terhadap keadaan bangsa. Bagaimana umat Kristen dewasa ini dapat mempengaruhi sikap bangsanya?
2. Pendoa
Nehemia berdoa setiap saat dan dalam segala keadaan. Bandingkan ini dengan perintah Paulus kepada orang-orang di Filipi.
. Apa tujuan doa?
3. Berdedikasi
Nehemia menerima tugas yang diberikan oleh Allah dengan sungguh-sungguh -- ia sangat teliti. Ia bertekad untuk menyelidiki perkara yang sebenarnya (Neh 2:12). Ia tahu akan kesucian pekerjaannya (Neh 6:3). Ia menjadi teladan bagi orang lain untuk bekerja seperti dia (Neh 2:17,18; 4:6,23).
4. Tidak mudah putus asa
Nehemia tidak undur menghadapi tentangan, baik dari dalam maupun dari luar. Ia diejek dan dicaci, karena bergantung kepada Allah (Neh 2:19,20). Ia tidak bersedia mengalihkan perhatiannya dari tugas yang sedang dihadapinya (Neh 6:2,3).
Jadi, Siapkah anda untuk ;
Siapkah kita mempunyai beban kepada Bangsa dan Negara kita?
Siapkah kita bertindak pada masa Sekarang ini?
Siapkah kita untuk menghadapi tentangan yang bakal kita hadapi nanti?
No comments:
Post a Comment