Cerita pokok kali ini adalah menyahut kempen G-Green Wednesday dan kampen sesamamu.blogspot..."STOP CHOPPING THE TREE".
Kenapa mesti STOP CHOPPING THE TREE?
Pokok adalah segala-galanya. Sebelum hiudpan di dunia ini di cipta, dan sebelum manusia diciptakan, tumbuh-tumbuhan hijau ataupun Pokok-pokok ini telah diciptakan. Malah semua ini dicipta pada hari ketiga....Kejadian 1:16-19...
Jadi, kenapa mesti STOP tebang pokok?
Pertama: Pokok beri Oksigen
Kalau tidak ada pokok, siapa yang akan bekalkan oksigen kepada kita? Bayangkan kalau pokok habis ditebang suatu hari nanti, darimana kita akan dapat bekalan oksigen untuk bernafas? Tak kan kita akan membawa tong oksigen ke hulu ke hilir setiap saat, habis jak oksigen, refill?
Kedua: Pokok Kawal gas Karbon Oksida
Pokok bantu mengurangkan pemanasan global dengan mengawal atau dalam erti kata lain, menyerap gas karbon yang berlebihan di udara. Tapi, kalau tak ada pokok, siapa mahu sedut gas karbon tu? Manusia juga kan???? Parai!!!
Ketiga: Semua makhluk hidup perlukan Pokok
Namakan apa sahaja makhluk hidup ciptaan Tuhan di muka bumi ini selain manusia, semuanya memerlukan Pokok-pokok ini. Nanti pokok habis ditebang, mana semua binatang di hutan mahu tinggal? Sama-sama kita di dalam kond mewah kita kah? Dapat sesamamu bayangkan, kelibat orang utan, gajah, harimau kongsi katil dengan manusia suatu hari nantikan???
Jadi, ingat ketiga perkara di atas, kenapa STOP CHOPPING THE TREE? ada banyak lagi yang pokok boleh buat untuk kita, tapi biar 3 perkara ini dahulu, supaya kita manusia yang diberi otak dan akal fikiran ini INGAT dan SEDAR...(tapi masih pura-pura tak ingat dan sedar...cehhhh!!!!)
Ya...kalau tak tebang pokok...macam mana mau buat rumah? Macam mana mau dapat kertas? dan banyak lagi macam-macamlah persoalan manusia yang TIDAK PERNAH PUAS ini.
Izinkan Sesamamu memberitahu disini, STOP CHOPPING THE TREE bermakna...KALAU TEBANG TU, PANDAI-PANDAI LAH TANAM SEMULA... sesamamu bagi formula mudah di sini;
TEBANG 1 POKOK = TANAM 2 POKOK BARU. apa macam????
jadi, selamat beramal di hari RABU...ingat-ingatlah
No comments:
Post a Comment