sesamamu

Wednesday, July 20, 2011

Tangisan si Orangutan #2

Ada orang bertanyakan kepada sesamamu bagaimana bunyinya si Orangutan kalau ia menangis? Emmm...kalaulah sesamamu dapat duduk diam bersama-sama spesis haiwan ini, besar kemungkinan sesamamu dapat mendengar bagaimana suaranya apabila menangiskan???


Jadi untuk keluaran ini, sesamamu ingin kongsikan kehidupan sebenar haiwan istimewa ini.

Tempat tinggal si Orangutan

Habitat semulajadi Orangutan ini ialah disekitar hutan hujan tropika yang ketinggiannya tidak melebihi 1000m dari paras laut. Kawasan tadahan yang rendah serta hutan paya bakau juga menjadi tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal si Orangutan ini.

Kehidupan sosial Si Orangutan...

Orangutan mempunyai sejarah hidup yang lama. Satu-satu Orangutan akan boleh hidup sehingga 50 tahun di dalam kehidupan yang sebenar di dalam hutan rimba. Orangutan betina akan matang setelah menjangkau umur 10 tahun dan yang jantan akan matang dalam umur 15 tahun. Selalunya, Orangutan betina akan melahirkan anak setiap jangka 6 hingga ke 9 tahun. Oleh yang demikian, ia merupakan binatang yang lambat menentukan kelangsungan generasinya dan ini menjadi salah satu penyumbang kepada kepupusan spesis ini serta menjadikan ia Binatang yang didalam tahap bahaya akan pupus. Bagi satu-satu Orangutan yang mencapai tahap dewasa boleh mencapai berat yang menakjubkan, 35 kg bagi Orangutan betina dan 80kg bagi Orangutan jantan.


Makanan utama...


Orangutan adalah binatang yang suka makan buah-buahan hutan liar seperti, durian, rambutan, dan sebagainya. Tetepi, oleh kerana pengeluaran buah-buahan liar dari hasil hutan ini telah sekian lama pupus akibat aktiviti pembalakan serta pemotongan pokok hutan untuk penanam tanaman pokok komersial seperti kelapa sawit berlaku dengan meluasnya, Orangutan hanya bergantung hidup dengan memakan daun-daun muda serta pucuk-pucuk dari hutan untuk terus hidup. Kadang kala, Orangutan juga memakan semut untuk melangsungkan kehidupan mereka yang sekian tertekan di Hutan yang semakin berkurangan ini.


Perlindungan dari pemangsa...

Orangutan akan tinggal di atas pokok sehingga menjangkau ketinggian 30m daripada tanah. Ini bagi melindungi dirinya daripada pemangsa-pemangsa. Mereka menggunakan daun-daun kayu untuk membuat sarang ataupun penutup kepala daripada matahari mahupun hujan setiap malam waktu tidurnya. Selalunya, anak Orangutan akan tidur bersama ibunya didalam sarang dan Orangutan yang dewasa akan membuat sarang mereka sendiri dan tinggal bersendirian.


Jadi, apakah ertinya jika kita teruskan memusnahkan hutan hujan tropika yang kita ada? Bukan sahaja menyusahkan kita sesama manusia tetapi juga kepada haiwan istimewa ini, si Orangutan penghuni rimba nun jauh di sana...

No comments:

Post a Comment