sesamamu

Tuesday, July 5, 2011

Rogol kanak-kanak- Bapa, bapa tiri atau pakcik pelaku terbesar...

Pada 2 hb Jun yang seudah,  seorang kanak-kanak bawah umur telah mati bersama kandungannya setalah mengalami komplikasi semasa melahirkan anaknya. Anak yang dilahirkan juga tidak cukup umur. Yang menjadi persoalannya ialah, kanak-kanak yang telah sekian lama mengandung ini dan menemui ajalnya semasa melahirkan anak mungkin bukan dari kehendak dirinyanya sendiri telah mati begitu sahaja. Mayatnya ditanam begitu sahaja. Ini dilaporkan berlaku di Engkelili-Sarawak.

Setelah pihak berkuasa dapat tahu akan hal ini, kubur si mangsa digali semula pada 4 Julai setelah sebulan berlalu untuk mendapatkan sampel DNA dalam membantu penyiasatan mengesan "ayah" kepada anak yang malang serta si ibu bawah umur ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh IGP negara kita semalam di dalam satu akhbar national, kebanyakan si pelaku kes rogol kanak-kanak ini terdiri daripada orang yang mereka kenali dan malah keluarga yang terdekat seperti ayah, ayah tiri dan pakcik mereka.

Perhatikan Rumusan statistik yang dapat Sesamamu sediakan ini;
















Dalam tempoh tersebut, sebanyak 11,809 kes berkaitan dengan salah laku seks-Rogol melibatkan kanak-kanak dan remaja di dawah umur dan pelakunya seperti yang diketahui ialah, ayah kandung sendiri, ayah tiri dan juga pakcik. Ini bererti, pelaku-pelaku seks kanak-kanak ini adalah dari kalangan keluarga yang terdekat.

Jadi, berbalik kepada kes yang berlaku di Engkelili-Sarawak itu, pihak berkuasa sudah sepatutnya dapat mengenal pasti suspek yang terlibat. Sesamamu berharap, hasil daripada sampel DNA ini nanti akan membawa kepada tertangkapnya si pelaku yang tidak berhati perut ini.

Selamatkan anak-anak kita!!!!

No comments:

Post a Comment