sesamamu

Monday, July 25, 2011

Perasaan Diskriminasi dan Stigma masih TEBAL...

Sesamamu mahu respon dengan petikan satu artikel pada 20 Julai 2011 yang lepas apabila dalam artikel itu, penulis menceritakan pengalamannya serta rakan-rakan kurang upaya yang lain apabila dilayan tidak seperti yang diharapkan sewaktu bertandang ke Satdium Negara Bukit Jalil untuk melihat perlawanan Bolasepak persahabatan antara Liverpool FC dan Kesebelasan Pilihan Malaysia.

Pada 16 Julai yang lepas, penulis telah dilayan dengan tidak sewajarnya walaupun didalam laman web rasmi Konmpleks Sukan Bukit Jalil menyatakan ada kemudahan letak kereta dan tempat duduk untuk mereka yang kurang upaya.

Siapa kamu???

Tetapi, setelah beliau sampai di Stadium Bukit Jalil, lain yang dia alami dan segala kemudahan yang dinayatakan di dalam laman web rasmi tersebut hanyalah satu khayalan semata. Dia sendiri telah diarahkan untuk tidak meletakkan kenderaannya di kawasan letak kenderaan yang sepatutnya khas untuk mereka yang kurang upaya, tetapi malangnya, tempat letak kereta tersebut telah disediakan khas untuk VVIP dan keluarga kerabat Diraja.
Siapalah mereka ini kan? dah lah kurang upaya, manakan mungkin kalau ada kerabat raja mahupun orang kenamaan yang lain yang mahu meletakkan kenderaan mereka ditempat yang sepatutnya disediakan khas untuk orang yang kurang upaya diberikan kepada golongan kurang upaya ini. Mereka orang kenamaan dan kerabat Diraja inikan VVIP!

Sedih...

Yang menyedihkan, mereka ini terpaksa meletakkan kenderaan mereka sejauh 1km daripada perkarangan stadium. Bayangkan keadaan mereka yang kurang upaya ini berjalan sejauh 1km, sudah pasti sangat meletihkan bukan?
Menurut si penulis artikel ini, ada dikalangan mereka yang kurang upaya ini keletihan setelah berjalan sejauh 1km dengan keadaan fizikal yang tidak sempurna itu.
Setelah memasuki stadium, tempat duduk yang sepatutnya khas untuk golongan kurang upaya ini telah diambil oleh mereka yang sempurna ini. Apabila diminta untuk memberikan tempat duduk tersebut kepada mereka, para penonton rakyat Malaysia yang sempuran anggota badannya langsung tidak menghiraukan permintaan mereka. Seakan-akan mereka memberi penyataan bahawa "orang kurang upaya tengok dekat rumah sahaja".

Apabila kesempurnaan membatasi...

Apakah silap golongan kurang upaya ini untuk mendapat apa yang sepatutnya yang mereka miliki ditengah masyarakat majoriti ini. Mereka hanya segolongan kecil masyarakat Malaysia yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna ini. Takkan mereka hanya selayaknya menagih simpati daripada kita yang "Normal" ini?

Kita yang "Normal" ini seakan-akan menafikan hak mereka kerana kita mempunyai kedudukan status yang tinggi dalam masyarakat, kita menafikan hak mereka ini kerana kita berada, dan kita menafikan hak mereka kerana kita anggap kita sempuran dan mereka tidak sempurna-jadi mereka orang yang patut kita asingkan daripada masyarakat umum.


Siapa sebenarnya yang kurang upaya...kita yang "normal" ini atau pun mereka? Kalau kita "Norma' ataupun "sempurna" adanya, kenapa masih mempunyai sikap Dsikriminasi ataupun stigma tergadap mereka?

Seruan menjadi Jambatan Anak Malaysia...(J.A.M)

Setelah mendengar apa yang berlaku kepada Negaranya yang temboknya masih didalam reruntuhan, Nehemia terus respon dengan berdoa-bertindak-serta memperbetulkan segala silap dan salah orangnya sendiri.

Dia tidak bertindak sendirian, tetapi melibatkan semua orang yang mencintai akan negaranya yang mahsyur itu pada suatu ketika dahulu. Betapa bangga dan kagumnya mereka setelah melihat tembok negaranya berjaya dibina dalam masa yang begitu singkat(52 hari) sehingga pekerjaan ini secara langsung telah menyatukan mereka semula untuk sama-sama mebnagun semula negara mereka yang tercinta itu.

J.A.M...

J.A.M adalah satu seruan untuk kita menjadi agen memulihkan  semula hubungan antara sesama kita tidak kira apa-apa perbezaan yang ada pada kita dan juga menjadi agen Transformasi kepada masyarakat umum amnya. 
Dalam erti kata lain untuk membina jambatan yang menghubungkan segala perbezaan tersebut. Iaitu melalui  kita yang percaya kepada TUHAN dan melihat keperibadian Nehemia sebagai contoh pembinaan/pembangunan tersebut.

Tetapi sebelum pembinaan Jambatan tersebut berlaku, kita harus lihat tembok-tembok yang menghalang kita. Menghalang kita untuk bergerak lebih jauh lagi…Oleh yang demikian, untuk melihat Jambatan Anak Malaysia ini terjadi, tembok-tembok tersebut haruslah dirobohkan terlebih dahulu.

A.  Masa untuk Robohkan

Tembojk ini dipanggil "Tembok prejudis". Kita harus merobohkan mana-mana tembok prejudis yang ada kepada kita. Ini adalah permulaan yang sepatutnya kita ambil sebelum kita mahu memulakan pembinaan J.A.M ini.
 
Merobohkan "Tembok Prejudis" ini bererti...
i.                    Bertaubat dari perasaan “mereka silap/salah”.
ii.                  Bertaubat dari fikiran “aku hebat”.
iii.                Bertaubat dari perbuatan “mengasingkan diri dari mereka”.
iv.                Bertaubat dari “tidak mengasihi mereka”.

Ini adalah contoh-contoh "Tembok Prejudis" yang perlu kita sama-sama robohkan terlebih dahulu. Bererti, segala ketidakadilan dan tiadanya kebenaran akibat perbuatan/sikap prejudis sesamam kita manusia haruslah terlebih dahulu dihancurkan!



Dan siapakah mereka ini...?
i.                    Kawan Majoriti kita
ii.                  Kaum lain
iii.                Orang yang berlainan status atau kedudukan atau kepercayaan dari kita
iv.                Orang dari Negara lain
v.                  Orang yang disisihkan dari masyarakat. CTH PHIVAIDS, Sex Worker….

Ramai lagi "mereka" yang tergolong dalam kumpulan masyarakat ini tanpa kita sedari kita membina satu tembok yang memisahkan kita daripada "mereka".


B.  Masa untuk Membina

 “1 batu bata pada satu-satu masa…”
Setelah kita merobohkan tembok prejudis tersebut, barulah kita mula membina JAM ini.
Dan membinanya, kita harus bermula dengan “1 batu bata pada satu-satu masa…”

a.      Apakah Batu bata tersebut???
-          Batu bata ini adalah tindak tanduk kita, perbuatan kita, percakapan kita dan semua yang melibatkan luaran kita yang terhasil daripada Transformasi fikiran kita semasa berlakunya proses merobohkan tembok prejudis itu tadi.
-          Cth Batu bata yang kita boleh letakkan dalam membina J.A.M ini ialah…
Sifat/perbuatan/kelakuan/percakapan yang;
i.                    Kemurahan hati
ii.                  Kebaikan
iii.                Pendamaian antara kaum
iv.                Menjadi suara
v.                  Keadilan
vi.                Ambil peduli- No to “U-u –I-I”
 
a.      Gotong Royong…
-          Pembinaan J.A.M ini bukan kerja seorang individu tetapi merupakan kerja semua pihak. Terutama panggilan untuk kita yang percaya dengan Tuhan.
-          Semua melibatkan diri dengan sukarela kerana kita mengalami akan kasih Tuhan Yesus Kristus itu secara peribadi di dalam kehidupan kita.
-          Ianya “Gotong-royong”, melibatkan banyak orang, melibatkan usaha sama dan tanpa paksaan. Tidak menghiraukan berapa “ganjaran” ataupun faedah yang kita dapat.


Kesimpulan 

“Masanya adalah SEKARANG…”
Masanya adalah sekarang untuk kita membina bersama J.A.M…bukan esok, lusa ataupun tahun depan!!!
“Demi GENERASI BANGSA MALAYSIA  suatu hari kelak.
Apabila Generasi itu melalui J.A.M ini, mereka akan dapat melihat perbuatan tangan mereka yang terdahulu untuk memastikan setiap Bangsa di Malaysia bersatu.”
Dengan melihat Nehemia sebagai contoh “PEMBINA” tersebut, beliau yang mempunyai keperibadian seorang…GENERASI yang…

1. Patriotisme
Patriotisme itu sendiri tidak salah. Paulus mempunyai beban berat bagi bangsanya (Rom 10:1). Kristus mendorong murid-murid-Nya untuk memberikan kepada Kaisar apa yang menjadi haknya (Mat 22:21). Nehemia menaruh perhatian yang besar terhadap rakyatnya (Neh 1:3-11). Patriotisme sejati adalah rasa prihatin terhadap keadaan bangsa. Bagaimana umat Kristen dewasa ini dapat mempengaruhi sikap bangsanya?

2. Pendoa
Nehemia berdoa setiap saat dan dalam segala keadaan. Bandingkan ini dengan perintah Paulus kepada orang-orang di Filipi.
. Apa tujuan doa?

3. Berdedikasi
Nehemia menerima tugas yang diberikan oleh Allah dengan sungguh-sungguh -- ia sangat teliti. Ia bertekad untuk menyelidiki perkara yang sebenarnya (Neh 2:12). Ia tahu akan kesucian pekerjaannya (Neh 6:3). Ia menjadi teladan bagi orang lain untuk bekerja seperti dia (Neh 2:17,18; 4:6,23).

4. Tidak mudah putus asa
Nehemia tidak undur menghadapi tentangan, baik dari dalam maupun dari luar. Ia diejek dan dicaci, karena bergantung kepada Allah (Neh 2:19,20). Ia tidak bersedia mengalihkan perhatiannya dari tugas yang sedang dihadapinya (Neh 6:2,3).


Jadi, Siapkah anda untuk ;

 Siapkah kita mempunyai beban kepada Bangsa dan Negara kita?

 Siapkah kita bertindak pada masa Sekarang ini?

Siapkah kita untuk menghadapi tentangan yang bakal kita hadapi nanti?