sesamamu

Sunday, May 22, 2011

"Undang-Undang Jalanan" - serang dan pukul

Setelah membuat pemerhatian dalam beberapa minggu yang lepas, ada satu laporan yang tak pernah "miss" dari dada-dada akhbar kita iaitu serangan bersenjata berkumpulan terhadap individu-individu mahupun harta benda mangsa-mangsa mereka. Dan kebanyakan serangan ini adalah bermotifkan balas dendam. Dendam kesumat katakan. Mereka ini akan melakukan serangan secara berkumpulan dan pelbagai jenis senjata yang dibawa bersama, daripada semurai sehinggakan tukul besi! Apabila mangsa telah dibelasah dengan begitu teruk ataupun separuh mati, si mangsa akan dibiarkan begitu sahaja sehingga menemui ajal mereka ataupun mungkin terselamat jika ada yang terserempak serta memberi bantuan.

Undang-undang jalanan...

Sukar untuk mengatakan ini adalah kerja geng-geng kongsi gelap, ah-long mahupun geng-geng sesuatu kawasan perumahan mahupun kampung. Tetapi yang pasti, semuanya didalangi oleh anak-anak muda sekitar 20an. Dengan berbekalkan sedikit keberanian serta ilmu "pergaduhan jalanan" yang ada, mereka sanggup melakukan tanpa mempedulikan kesan dan akibatnya kepada mangsa.
Sebagai contoh, apabila seorang kontraktor muda diserang ketika sedang bersama rakannya disebuah restauran, kematian beliau telah meninggalkan kesan kepada anak yang masih setahun jagung dan isteri tersayang. Tetapi bagi geng-geng penyerang ini mereka tidak mempedulikan apa yang berlaku kepada mangsa mereka. Bagi mereka, melaksanakan undang-undang jalanan mereka adalah agenda yang paling utama. Undang-undang yang sedia ada mungkin tidak penting lagi bagi mereka ataupun sudah hilang kepercayaan terhadap undang-undang negara kita yang bagi mereka hanya melambatkan proses pengadilan dilakukan. Oleh yang demikian, ketentuan keadilan dan nasib seseorang itu di dalam tangan para geng-geng ini.

Tiada sinar untuk kedamaian...?

Setahu sesamamu semua agama mengajar kita memgamalkan perdamaian kepada sesamama kita manusia. Elakkan pertelengkahan berlaku. Setiap agama mengajar kita saling mengasihi. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini, seakan-akan ajaran agama itu sudah luput ditelan zaman dan mungkin tidak releven kepada anak-anak muda kita sekarang? Mana silapnya? mana puncanya? Takkan kita mengambil tindakan membiarkan sahaja perkara ini berlaku?
Sebagai contoh, oleh kerana dipengaruhi hasrat membalas dendam, seorang pemuda telah dipukul dengan teruk sehingga separuh nyawa. Tetapi akhirnya setelah di siasat, si penyerang tersebut telah salah orang! Oleh kerana dendam itu  telah menguasai diri serta ajaran agama dibelakangkan, maka dia sanggup melakukan kerja "pembalasan" dendam itu tanpa usul periksa.
Kalau masih ada sinar harapan untuk pendamaian itu, kita kena melakukan sesuatu bagaimana ajaran agama kita ini benar-benar releven serta diterjemahkan dengan tingkah laku serta keperibadian yang mulia itu.

Hanya hal kecil...

Mungkin dendam ini terhasil daripada perkara jeling menjeling ataupun yang melibatkan maruah seseorang itu tergugat, tetapi haruskah kita membiarkan ia menguasai diri kita? Dan perkara membalas dendam ini selalunya tidak berakhir begitu sahaja. Ia seperti tiada penghujungnya. Hari ini engkau serang aku, tapi jangan ingat keluarga atau rakan orang yang kita serang itu takkan balas dendam terhadap kamu balik? jadi, ianya tidak ada kesudahan...

Mari sama-sama kita kembalikan kedamaian itu di tengah-tengah masyarakat kita sekarang. Hindarkan hasad dengki dan membenci daripada terus menjadi-jadi. Kalau ada rasa tak puas hati, selesaikan secara berbincang.

Damai untuk Malaysia...

Potong subsidi VS Perang Rasuah???

Sesamamu ingin menjadi wakil suara kepada mereka yang semakin tertindas oleh kerana kenaikan harga yang menjadi-jadi ini. Ya, setelah harga minyak naik, harga gula naik, dan sekarang subsidi sana sini dibekukan serta di potong, tekanan terus menimpa orang yang berpendapatan sederhana. Rakyat biasa yang hanya berpendapatan seadanya terus merana. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah mengenakan cukai barang dan perkhidmatan yang tinggi.(GST)
Kerajaan mengambil langkah berjimat dan "bijak" dengan memotong subsidi yang selama ini diberikan kepada rakyatnya. Walaupun pun pedih, tetapi kerajaan terpaksa melakukan pemotongan tersebut demi menjaga negara daripda akan "muflis" pada masa akan datang. (Menurut pakar eknomi kita)

Potong subsidi tindakan yang bijak?

Persoalan yang mungkin bagi rakyat biasa seperti Sesamamu ini ingin tahu ialah, rakyat mungkin ingin tahu keberkesanannya serta sumbangannya pemotongan subsidi ini kepada kebanyakan masyarakat di Malaysia. Kerajaan berpendapat subsidi yang telah diberikan selama ini telah membebankan kerajaan kita. Oleh yang demikian, kerajaan mengambil kesempatan untuk memotong jumlah subsidi yang akan diberikan. Jadi, kalau benar subsidi ini membebankan kerajaan dan pemotongannya boleh menggalakkan pertumbuhan eknomi negara, rakyat sepatutnya diberi penerangan yang jelas. Terutama bagi rakyat-rakyat biasa yang seakan-akan "sudah jatuh ditimpa tangga" kehidupan harian mereka.
Bagi kebanyakan orang-orang yang berada ini, kenaikan harga barang mahupun pemotongan subsidi ini tidak begitu meninggalkan beban malah langsung tidak mempengaruhi cara perbelanjaan harian mereka. Mereka masih boleh makan di tempat berhawa dingin  serta makan makanan yang mewah. Tetapi bagi golongan yang berpendapatan sederhana, iaitu kebanyakan rakyat Malaysia ini, akibatnya sangat besar.
Pemotongan banyak subsidi yang sepatutnya lebih mengutamakan rakyat ini telah memberi kesan yang besar kepada harga barangan serta perkhidmatan  di negara kita. Kenaikan banyak barangan keperluan sekarang telah mempengaruhi golongan yang berpendapatan sederhana ini. Apa lagi kalau mereka yang kategori miskin tegar?

Potong subsidi VS Perbelanjaan berhemah?

Tidak lah kita tahu kalau ada program-program kerajaan kita yang memakan belanja berjuta-juta ini seharusnya dipotong? Daripada subsidi dipotong? Mungkin kerajaan harus teliti mana-mana program yang telah dilakukan tetapi hanya tinggal kenangan tanpa hasilnya. Jadi, program yang sedemikian seharusnya dipotong, bukan dengan memotong subsidi.
Mungkin program yang utama seperti program pencegahan rasuah diberi penekanan yang hebat oleh pihak kerajaan kita. Ini kerana, rasuah telah menyebabkan kerajaan kita rugi berjuta-juta malah  berbilion-bilion. Jadi, kenapa tidak kerajaan tumpukan segala usaha untuk membenteras jenayah rasuah ini. Rasuah ini telah menyebabkan sistem pemerintahan kerajaan sekarang pincang, dan yang paling buruk kesannya kepada rakyat. Yang kaya terus bahagia dan yang miskin semakin menderita.
Sesamamu pasti ada banyak program kerajaan di luar sana menjadi program "gajah putih" atau hanya sebagai satu program untuk mana-mana kementerian. Sebagai contoh, email 1Malaysia? entah berapa banyak wang diperuntukkan untuk program ini. Tetapi, sejauh mana email ini boleh menjangkau rakyat secara menyeluruh?

Tekanan kepada Rakyat...

Jika kerajaan ini akan muflis suatu hari nanti oleh kerana subsidi yang diberikan, menurut pendapat seorang menteri di pejabat perdana menteri, tetapi bukankah kita hanya perlu hiraukan apa yang kita miliki sekarang? Senaglah bagi dia memperkenalkan pemotongan subsidi ini dalam program transformasi ekonominya, tetapi bagi mereka yang dipendalaman ulu Trusan yang terpaksa membayar RM6 se-liter petrol dan RM80 se-tong gas?
Rakyat terus menderita oleh kerana harga barangan semakin menekan hidup dan dalam masa yang sama sistem yang ada di negara kita telah menyebabkan pengagihan pendapatan negara kita tidak dapat diagihkan dengan seadilnya kepada semua rakyat negara kita.

Harap didalam kenaikan harga barangan yang semakin menekan ini tidak akan menjejas sambutan hari gawai pada tahun ini. Dalam masa yang sama, berbelanjalah dengan bijak ya....selamat hari Gawai!!!

Thursday, May 19, 2011

Senarai beli belah Pilihan raya harus dikotakan...

Sebelum pilihan raya Sarawak yang baru-baru ini, negeri Sarawak bumi kenyalang ini dibanjiri oleh pemimpin-pemimpin dari kerajaan pusat, baik daripada Tuan PM sendiri sehingga kuncu-kuncunya telah melawat setiap pelusuk di negeri Sarawak, setiap rumah panjang juga...
Yang paling ketara, kedatangan mereka ialah dengan mebawa Senarai mebeli belah" - janji-janji serta seakan-akan "santa claus" yang membawa pelbagai jenis barangan untuk dihadiahkan kepada penduduk Sarawak. Sehinggakan ada yang sanggup berkampung di Sarawak buat sekian lama.

Senarai Beli belah...

Para YB-YB dari kerajaan persektuan yang diketuai oleh PM-Najib sendiri datang dengan pelbagai senarai beli-belah (Shopping list) yang ditawarkan kepada rakyat Sarawak. Baik daripada keperlan asas seperti air bersih, elektrik mahupun pembinaan jalan raya yang sempurna adalah antara "senarai beli belah" yang dijanjikan mahupun ditaburkan secara "spontan" pada satu-satu majlis mereka bertemu dengan rakyat.
Mereka datang dan tabur janji sana-sini atas nama pembangungan yang menjadi agenda utama mereka. tetapi, tidak kah mereka tahu pembangunan adalah hak rakyat sebagai manusia. oleh kerana ia adalah hak, jadi rakyat sebenarnya tidak kira latar belakang sekalipun harus menikmati pembangunan tersebut. Tidak  kira siapa yang memerintah.
Tetapi, yang menyedihkan, hari-hari sebelum pilihan raya itu, rakyat Sarawak ditabur dengan janji "pembangunan" ini. Walhal, sepatutnya rakyat Sarawak harus miliki pembangunan selari dengan negeri jiran mereka di Semenanjung yang menikmati kemudahan asasnya dengan baik sekali. Kalau dibanding dengan Sarawak, selepas 48 tahun menyertai Malaysia, ramai lagi rakyat Sarawak masih belum merasai keperluan asas seperti air yang bersih, bekalan elektrik dan jalan raya yang menghubung mereka ke kawasan kawasan bandar. Cuba pergi ke kawasan pendalaman , dari Lundu ke Bakelalan, hampir semua kawasan ini belum merasakan air bersih itu, api elektrik tersebut apatah lagi jalan yang bertar!
Oleh yang demikian, Konco-konco PM-Najib in sewenang-wenangnya berjanji untuk memberi segala kemudahan asas ni dengan kadar yang segera. Janji pilihan raya katakan!!!

BN menang, mana janji????

Jadi, sekarang adalah waktu untuk menunaikan janji tersebut. Projek kilat yang dijanjkan mahupun projek pembangunan jangka panjang itu harus dikotakan sekarang! Segala senarai membeli belah tersebut sepatutnya dikotakan sekarang melalui wakil-wakil rakyat BN yang terpilih itu. Jangan sedap mlut sahaja menabur janji, tetapi selepas pilihan raya dan menang, LESAP dan memberi pelbagai alasan kenapa satu-satu projek itu lambat serta tidak dilakukan segera.
Jangan seperti di satu kawasan ADUN, dijanjikan untuk membina jalan raya yang menghubungkan perkampungan tersebut kepada bandar yang terdekat telah melalui 3 kali pilihan raya setalah janji ditaburkan, akhir sekali rakyat kawasan tersebut memilih pembangkang setelah sekian lama bersabar.

Dan perlu diingat, semua janji-janji ini kebanyakannya ditaburkan oleh kerajaan persekutuan, jadi hak para YB yang terpilih ini untuk menuntut daripada mereka lah! kenapa malu? kenapa takut? Kita rakyat Sarawak juga ada hak untuk pembanguna tersebut lah!

Bagi kerajaan Sarawak sekarang, tak kan kerajaan pusat sahaja yang memberi peruntukan memajukan kemudahan asas penduduk Sarawak sendiri. Ataupun, tak kan nak tunggu pilihan raya yang akan datang untuk mendapat segala peruntukan ini. Kerajaan BN  Sarawak sendiri tahu bagaimana sukarnya kehidupan rakyatnya yang di pendalaman itu. Mana perginya pendapatan kerajaan negeri ?Kenapa tidak salurkan untuk membantu rakyat sendiri yang terpinggir dari menikmati kemudahan asas ini?

YB-YB...ini masa untuk bekerja...

Ya, bekerja untuk rakyat, dan bukannya sibuk melayan isu-siu remeh. Seperti isu-isu kaum dan agama yang dihebohkan oleh sesetengah pihak untuk meraih populariti peribadi menjelang pilihanraya umum nanti atau sibuk dengan "siapa yang akan menjadi Ketua menteri yang seterusnya". Cukuplah itu Yang Berhormat!!!
Ayooo!!!! turun kepadang! dengar dan bertindak terhadap setiap keluhan rakyat yang memilih kamu.

Wednesday, May 18, 2011

Cerita sebatang pokok #5

Sesamamu masih ingat lagi, kalau balik ke kampung-Nun di Bakelalan pada awal 80an dan 90an dahulu, asap di dapur sentiasa menyelubungi pagi yang dingin. Makcik dan nenek akan bangun awal pagi untuk menyediakan makanan pagi.
Di luar rumah, kayu-kayu yang telah tersusun rapi setelah dipotong untuk dijadikan kayu api sedia diangkut untuk dibawa masuk ke dapur. Apabila simpanan kayu api ini habis, kita kena pergi ke dalam hutan dan bersama-sama pakcik kita untuk mencari kayu api. Kayu yang sesuai.
Apabila sampai di hutan, pakcik akan memilih kayu yang bersesuaian. Pokok-pokok kayu yang dipotong itu digunakan sepenuhnya untuk kegunaan harian para penduduk kampung pada ketika itu.

Dari hutan jugalah penduduk kampung mendapatkan sumber makanan mereka. Baik binatang buruan mahupun tumbuh-tumbuhan hutan yang menjadi sumber makanan kepada penduduk kampung pada ketika itu.

Asalnya ialah Pokok...

Pokok-pokok yang ada di hutan ini telah menjadi tempat kepada semua tumbuhan hutan untuk berpaut dan binatang -binatang untuk berlindung. Malah ekosistem yang lengkap ini telah menyumbang kepada keperluan semua makhluk hidup termasuk manusia disekitarnya. Kawanan pokok-pokok  inilah menjadi harapan kepada setiap yang hidup ini. Asalnya ialah pokok-pokok ini. Pokok-pokok ini lah yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup semua kehidupan disekitarnya.
Tetapi, setelah pembangunan masuk ke pendalaman-pendalaman malah begitu rakusnya syarikat-syarikat pembalakan mengaut keuntungan hasil daripada pemotongan pokok-pokok balak ini, semua kehidupan yang bergantung sepenuhnya kepada eko sistem ini telah menjadi seperti "pelarian" di kawasan mereka sendiri.  Kenapa pelarian? Ini kerana, hidup mereka sudah tersepit. Diantara pembangunan dan untuk terus mengekalkan kehidupan yang selama ini sejahtera adanya. Kalau dahulu, tidak susah untuk memikirkan tentang bagaimana untuk mendapatkan sumber makanan tetapi sekarang, hendak masuk hutan, belum pasti akan dapat sayuran hutan mahupun binatang buruan yang dikehendaki, kerana semuanya telah musnah akibat rakusnya manusia memotong pokok-pokok tersebut. Di sini, mereka yang berada akan ada peluang untuk menikmati makanan yang baik tapi bagi mereka yang serba berkurangan,terpaksa mencari sumber-sumber makanan hutan ini dengan lebih gigih lagi. Tidak semudah 30 atau 20 tahun dahulu lagi.

Bukan menolak tetapi pilihan ...

Ada sesetangah pemimpin kerajaan yang memerintah mengatakan, mereka yang menolak pembangunan akan tertinggal kebelakang!. Tetapi, ada segelintir manusia ini tidak dapat hidup di dalam keadaan yang dikatakan jauh berbeza daripada kebiasaan mereka. Bukan bermakna mereka menolak pembangunan ini tetapi mereka memilih untuk hidup sedemikian rupa.
Sebagai contoh, 200-300 orang dari suku kaum Penan yang masih bergantung hidup sepenuhnya dengan Hutan. Dan sesamamu percaya, masih ramai lagi penduduk-penduduk di pendalaman ini masih bergantung hidup sepenuhnya dengan hutan. Jadi kenapa mesti memaksa mereka untuk menerima agenda pembangunan itu? Ini hak mereka sebagai manusia yang menduduki bumi Sarawak ini sejak berabad lagi. Hak mereka untuk menjaga halaman hutan mereka yang dianggap kediaman yang ideal serta tempat untuk mencari sumber rezeki serta meneruskan kehidupan.
Sekali lagi sesamamu mahu menyatakan, mereka bukan menolak pembangunan itu, tetapi ini adalah pilihan mereka. Oleh yang demikian , para pemimpin pemerintah kita harus tahu untuk menjaga kepentingan mereka, termasuklah hutan-hutan disekitar mereka. Jangan hanya terus dengan agenda pembangunan itu sehingga pokok-pokok yang membentuk hutan hujan tropika yang terbesar di dunia ini musnah.
Tahukah kamu bahawa, ada manusia yang melihat hutan-hutan ini sebagai tempat kediaman mereka yang sejahtera dan aman damai-sebelum datangnya segala jentera-jentera berat syarikat pembalakan ini.

Masih ku ingat...

Masih ku ingat betapa nyaman dan segarnya kehidupan di kampung pada satu ketika dahulu. Kedinginan pagi diselimuti oleh embun pagi yang segar. Dan pada sesuatu ketika, para pemuda kampung balik dengan habuan hasil buruan mereka dari hutan rimba itu. Tetapi sekarang, begitu jauh dan sukar untuk kita melihat pemandagan yang sedemikian lagi. Segalanya telah hilang! musnah! setalah pokok-pokok habis ditebang!!!

Tuesday, May 17, 2011

Cerita sensitif akhbar kita... Tetapi tindakan???

Sungguh menyedihkan dengan apa yang kepada perkembangan laporan-laporan akhbar kita yang menjurus kepada isu-isu sensitif. Satu persatu sesuatu perkara yang berkaitan dengan kaum dan agama dipaparkan dengan tajuk-tajuk utama yang begitu sensitif. Malah semua laporan itu menggaggu gugat keharmonian yang sedia terjalin di antara rakyat Malaysia yang sedia ada sekarang ini.

Menyedihkan, akhbar-akhbar serta bloger yang tidak bertanggung jawab ini seperti kebal dek undang-undang yang sedia ada. Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi pihak yang bertanggun jawab menengakkan keadilan ini seakan-akan "melindungi" penyangak-penyangak keharmonian di Malaysia ini terlepas begitu sahaja. Sudah lah laopran mereka ini sensitif malah mereka seakan-akan dilindungi oleh undang-undang yang sedia ada sehingga mereka begitu berani menyiarkan laporan mereka sesuka hati.

Tetapi, kalau "orang lain" yang melakukannya, tidak sampai 48 jam, pasti sudah di cekup. Baik wartawan akhbar mahupun blogger yang bukan di sebelah pihak mereka, sudah apsti akan dikenakan tanggaapan dan disumbat ke dalam ISA.

Talam dua muka...

Penguatkuasa undang-undang seperti "talam dua muka" terhadap pelaku-pelaku kesalahan. Laporan yang boleh menggangu gugat akan keharmonian sesebuah negara senang lenang dilaporkan di dada-dada akhbar "mereka" dan apabila pihak berkuasa diberitahu tentang hal tersebut, tindakan yang diambil seakan-akan "malu-malu kuching"- "Semadi nadai", dalam bahasa Iban nya. Tetapi, apabila satu pihak lain yang bukan "geng" penguat kuasa undang-undang ini melakukan sesuatu yang dianggap mengancam keharmonian negara, satu pasukan FRU akan di hantar dan berlori-lori Polis akan dikirim untuk menyerbu pesalah tersebut tidak sampai beberapa jam.

Sebagai contoh, hari Ahad yang lepas, dilaporkan di dalam satu portal berita laporan yang sangat-sangat sensitif kepada negara kita. Lebih sudah 48 jam, tiada tindakan langsung yang dibuat. Kementerian yang bertanggung jawab peka atau buta, sesamamu tidak tahu. Sebab, bukan sehaja isu sensitif ini diketengahkan secara lisan, ianya juga didedahkan secara visual. Namun, sampai ke hari ini, orang yang mahu di anggap "hero" bangsa tersebut masih bebas!!!
"Duble standard!". Tetapi kalau kita sebagai rakyat biasa ini mengeluarkan kenyataan yang "sensitif" di dalam FaceBook kita, tak sampai beberapa jam, pasti sudah kena cekup.

Jangan biarkan maruah tergadai...

Wahai para penggubal dan penguatkuasa undang-undang di negara kita dan para kementerian yang terlibat, ini suara sesamamu sebagai Anak Bangsa Malaysia yang perihatin tentang mengekalkan keharmonian kaum ini, berlaku adillah demi menjaga maruah negara kita yang berdaulat ini. Undang-undang yang kita ada adalah untuk semua dan seharusnya dilakukan dengan adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Bagi mereka yang mengancam akan keharmonian dan kesejahteraan yang sedia ada di negara kita ini haruslah dibawa ke muka pengadilan dengan adilnya.

Jangan biarkan rakyat mulai hilang kepercayaan kepada penggubal serta penguatkuasa undang-undang yang ada di negara kita. Ini akan mengakibatkan perspektif yang negatif terhadap negara kita. Siapa yang rugi, kita semua yang rugilah oiii!!!!
Jadi siapa yang mengeluarkan isu-isu yang sensitif baik melalui media cetak mahupun elektronik, satu tindakan yang adil harus dikenakan serta merta. Bukankah IGP pernah berkata. "segala laporan yang dibuat akan dilakukan tindakan dalam masa 48 jam", oleh yang demikian, lakukan-bertindak dengan "bersih-Cekap-Amanah" demi mengukuhkan kepercayaan rakyat kepada penguatkuasa undang-undang.

Telah dipolitikkan...

Kalau isu sensitif ini telah dipolitikkan oleh sesetangah pihak, demi menjaga kepentingan politiknya, ini sangat menyedihkan. Sepatutnya wakil-wakil rakyat mahupun parti-parti politik yang terlibat tidak mempolitikkan isu sensitif ini demi mengekalkan "kepopularitian" mereka menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Ada banyak isu lain yang perlu mana-mana wakil rakyat mahupun parti politik yang memerintah pandang serius. Sebagai contoh isu masalah sosial, isu kemiskinan, dan isu-isu rakyat yang lain.
Jadi, tidak perlulah mencari publisiti murah dengan mempolitikkan isu sensitif ini.

Diam...

Walaupun kita hiudp di tengah-tengah kepelbagaian ini, serta perangai serta kecenderungan manusia yang bermacam ragam ini, sesamamu percaya, mereka yang dituduh dengan laporan yang begitu sensitif ini tidak semudah itu melatah. Ini menunjukkan mereka adalah rakyat yang matang dan menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada pihak yang berkuasa untuk melakukan tindakan susulan.

Berdiam supaya tindakan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa dapat dijalankan tanpa ada perkara berbangkit lain.

Pesan untuk semua...

Oleh yang demikian, sesamamu menyeru para wartawan serta blogger , tolong lebih sensitif di dalam isu-isu yang mahu laporkan. Jangan hanya pentingkan keuntungan semata serta "kepopularitian" sahaja.

Bapak Menteri yang menjaga keselamatan dalam negara...bertindak dengan bijak dan adil lah o....

Bapak Polis, bertindak dengan adil dan saksama...kepercayaan yang rakyat berikan harus dilakukan dengan "Bersih-Cekap-Amanah"....slogan Bapak Polis itu kan...

Untuk rakyat Malaysia, kita bijak dan matang dalam menilai satu-satu laporan di akhbar kita ni, ya, memeng ada akhbar yang cenderung kepada satu-satu pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang, tetapi kita harus bijak untuk menilai sesuatu laporan itu, jangan cepat melatah, tetapi timbangkan dengan adil semua laporan itu. Nanti boikot akhbar tersebut, kesian juga dengan keluarga mereka yang bergantung hidup hasil daripada bekerja dengan sesuatu syarikat akhbar ini kan?  kita beli, kita baca, tapi kita berfikir dengan waras untuk menilar laporan para wartawan ini kan???


Saya cinta kepada keadilan...

Sunday, May 15, 2011

Kebaikan terserlah disebalik kekejaman....

Beberapa minggu yang lepas, kita dipaparkan dengan cerita yang sangat mendorong. Ia mendorong kerana, di dalam banyak-banyak cerita "kekejaman" serta "hidangan cerita politik yang PANAS"  dipaparkan di dada akhbar tempatan, ada satu kisah kehidupan yang sangat menarik perhatian sesamamu untuk perkatakan pada minggu ini. Lahirnya seorang wira di tengah dunia yang disekitar sikap manusia yang "ada ku kisah?" ini.

Ia mengisahkan seorang pemuda yang mati setelah melakukan pernafasan mulut ke mulut (CPR) kepada 3 mangsa lemas. Difahamkan, pemuda ini menemui ajalnya setelah memberi CPR kepada mangsa ke tiga dan setelah selesai melakukan CPR tersebut, dia tiba-tiba pengsan dan meninggal dunia.

Bertindak tanpa berlengah...

Si pemuda ini sedang bersembang dengan ibunya pada satu petang dan apabila mendengar sekumpulan kanak-kanak meminta tolong setelah dibawa harus ombak yang di persisiran pantai tersebut, si pemuda ini tanpa berlengah, terus bertindak dan terjun menyelamatkan ke tiga-tiga mangsa tersebut. Setelah menaikkan mereka bertiga di kawasan yang selamat, dia langsung melakukan CPR ke atas tiga orang budak ini.
Mangsa yang ketiga adalah mangsa yang terakhir menerima "nafas" daripada si pemuda ini sebelum dia pengsan dan terus meninggal dunia.

Masih ada lagi harapan...

Di sebalik kekejaman serta budaya manusia pada zaman moden ini yang menjurus kepada "kepentingan peribadi" ataupun sikap "ada ku kisah" ini, cerita si pemuda ini memberi satu sinar harapan bahawa masih ada lagi segelintir manusia yang sebenarnya "ambil kisah" tentang orang lain. Walaupun kita tidak mendengar ataupun hanya dihidangkan dengan kisah kekejaman di sekeliling kita ini, sesamamu masih menaruh harapan bahawa masih ada segelintir insan di bumi ku Malaysia ini yang sanggup korbankan jiwa dan raganya kepada orang lain, malah orang yang bukan kita kenalai sekali pun. Kisah pemuda ini boleh menjadi sebagai contoh yang baik pada kita sekarang ini kerana dia sanggup berkorban walau nyawanya sekalipun untuk menyelamat orang lain. Pemuda ini adalah wira sebenarnya bagi sesamamu! Sanggup korbankan nyawa untuk sesiapa sahaja sekalipun tidak mengenali mereka!

DIA sudah bagi contoh itu...

Semasa Tuhan Yesus mati di kayu salib, Dia telah memberi contoh yang terbaik apa ertinya kasih tersebut. Dinyatakan Nya dengan sanggup mati untuk mereka yang belum pernah bertemu dengan Dia sekalipun ataupun untuk mereka yang langsung tidak mengenali Dia. Apa yang dilakukannya lebih bererti daripada kata-kata yang indah sekalipun. Dia sudah memberi contoh yang terbaik bagaimana kita seharusnya hidup di dunia ini.

Oleh itu, mari kita sama-sama mengambil iktibar melalui cerita ini. Satu cerita yang memberi sinar harapan, serta kehidupan kepada kita sesama manusia...

Berapa banyak "keldai" lagi???

"Keldai" dadah!!! itulah instilah yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu merujuk kepada beberapa rakyat negara kita yang ditahan di negara luar kerana dipergunakan oleh si "budak hitam Afrika" baru-baru ini. Satu demi satu mereka telah diberkas kerana cuba menyeludup dadah tersebut ke negara yang mereka lawati. Yang amat menyedihkan ialah, kebanyakan mereka ini telah ditipu oleh si "budak hitam Afrila" yang begitu mudah memperdayakan "keldai" dadah ini untuk bersubahat dengan mereka dengan ditawarkan ganjaran yang begitu lumayan.
Seperti kes seorang pelajar di ibu kota yang diberkas di China kerana menelan beberapa gram dadah yang cuba diseludup ke negara tersebut ditahan sehingga ke hari ini. Nasib anak gadis ini sehingga kini belum lagi kita ketahui. Difahamkan, si gadis ini mengenali "si budak hitam Afrika" ini melalui laman web sosial dan oleh kerana mungkin terpedaya dengan ganjaran lumayan yang ditawarkan, si gadis sanggup diperdayakan untuk membawa dadah tersebut.

Kerana terpaksa...

Salah satu kes, juga melibatkan seorang pelajar IPT yang dipergunakan untuk sedikit dadah oleh "si budak hitam Afrika" dengan cara paksaan dan ugutan. Ini termasuk mengancam nyawa mereka. Jadi, si mangsa tiada pilihan lain selain terpaksa menjadi pak turut untuk menyeludup dadah tersebut. Kalau mereka tidak ingkar ataupun membantah arahan "si budak Hitam Afrika" ini, mereka akan dipukul atau diperlakukan dengan begitu kejam.
Kerana terpaksa, si gadis melakukannya. Sungguh malang.

Pada mulanya...

Di sini sesamamu mengambil peluang untuk menasihat para pelajar wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati didalam memilih teman hidup. Tidak salahnya kita berkawan ataupun bercinta dengan "si budak hitam Afrika" ini. Sesamamu sendiri sedia maklum begitu ramai mereka berada di negara kita terutama yang belajar di beberapa IPTS di sekitar bandar-bandar utama di negara kita ini. Dan untuk menjalin hubungan serta jatuh cinta kepada mereka adalah satu perkara diluar kawalan sesiapa pun. Sebab setiap kita mempunyai hak untuk jatuh cinta dengan siapa pun yang kita suka, tak kira warna kulit mahupun perbezaan bahasa sekalipun. Tetapi yang paling penting wahai para pelajar wanita di luar sana ialah, berhati-hati di dalam memilih pasangan tu. Takkan penemuan serta perkenalan dalam laman web sosial  membawa kita terus hanyut oleh panahan cinta itu.Dan akhirnya, diri kita sendiri yang merana seperti kes "keldai dadah" ini. Lebih berhati-hati apabila bercinta dengan melibatkan orang yang begitu asing sekali bagi kita.

Agenda yang tersirat...

Kerana cinta itu murni adanya tetapi agenda yang tersirat itu selalunya yang memusnahkan harapan itu dengan sekelip mata sahaja. Agenda tersembunyi ini sukar untuk kita ketahui tetapi sesamamu ingin memberitahu di sini, tersembunyi bagaimanapun agenda itu, suatu hari nanti ia akan terdedah juga akhirnya kerana yang tersirat itu akan tersurat akhirnya apabila kena kepada kekurangan daripada pihak kita sendiri. Sebagai contoh, apa yang berlaku kepada pelajar yang dipergunakan sebagai "keldai dadah" ini adalah kerana kelemahannya tersendiri yang dihidu oleh "si pemangsa". Dia tahu si gadis ini memerlukan wang untuk terus hidup senang diperantauan sebagai seorang pelajar, jadi dengan menawarkan jumlah yang begitu besar(RM5000 begitu besar bagi seorang pelajar), jadi si gadis sanggup menjadi pak turut dalam memenuhi tuntutan sendikit dadah ini.
Oleh yang demikian, yang tersirat itu akan tersurat apabila kena dengan peluang yang si gadis dedahkan kepada "si pemangsa" ini.

Untuk para pelajar perempuan di luar sana...

Sesamamu menasihati anda kalian supaya lebih berhati-hati. Jangan hanya kerana mengejar wang ringgit ataupun tawaran-tawaran yang lumayan daripada orang yang baru kita kenali atas nama cinta, kita sanggup menggadaikan bukan sahaja maruah kita tetapi masa hadapan diri serta keluarga kita. Ingat, betapa orang tua kita menrauh harapan yang menggunung tinggi kepada kita apabila kita melangkah untuk mengejar ilmu di luar sana. Malah keluarga kita begitu merelakan pemergian kita untuk mendapat segulung sijil itu walaupun terpaksa berpisah dengan kita.

Bagi kita yang lain, tak salahnya menjaga tepi kain kawan-kawan kita yang sedang kemaruk bercinta dengan orang-orang asing ini kan? Mana tahu, kain yang kita jaga tu kita pula yang selamatkannya daripada terbakar dijilat api!!!

Wednesday, May 11, 2011

Cerita sebatang pokok #4

Baru minggu yang lepas, kita dikejutkan dengan kisah 3 adik beradik yang mati lemas apabila hanyut dibawa harus deras yang tiba-tiba muncul. Difahamkan ketika itu, mereka sedang mandi-manda dalam sungai yang pada awalnya cetek.
Tetapi, tanpa diduga, tiba-tiba air sungai tersebut menjadi deras sehingga menyebabkan ketiga adik beradik yang tidak tesmpat berbuat apa-apa. Cerita ini sungguh menghayat hati sesamamu kerana sehingga ke hari ini si ibu masih lagi mencari anaknya yang bungsu itu kerana jasadnya belum ditemui lagi. Sesamamu doakan si ibu dan keluarga akan tabah menghadapi saat-saat merindukan anak-anak yang tersayang ini. Tuhan lebih menyayangi si kecil ini.

Tiada lagi pokok...

Pada keluaran yang lepas sesamamu ada menyatakan di dalam artikel cerita sebatang pokok #2, di mana pokok-pokok ini yang tumbuh secara semualajadi di ulu-ulu sungai akan dapat menghalang air-air hujan yang mengalir dari perbukitan ini dapat menghalang aliran yang deras ini terus mengalir. Apabila berlaku hujan lebat di kawasan ulu-ulu sungai mahupun di kawasan pergunungan, dengan adanya himpunan pokok-pokok yang kuat serta banyak ini sebenarnya membina satu benteng semulajadi untuk menghalang air hujan yang banyak ini terus melimpah ke dalam sungai dan menyebabkan arusnya tiba-tiba deras dalam satu-satu masa.
Masalahnya sekarang ialah, tiadanya lagi pokok-pokok yang boleh melakukan benteng semulajadi ini. Tiada lagi pokok! atau tidak ada pokok yang cukup besar dan kuat untuk melambatkan aliran air hujan yang lebat ini berlaku! Tidak hairan lah, kebelakangan ini, banyak cerita kita dengar air sungai bah dan deras dengan tiba-tiba.

Kempen demi kempen...

Banyak kempen yang kita lakukan sekarang demi menjaga bumi dan alam ini. Sesamamu menyokong penuh semua kempen-kempen ini dan ianya sebenarnya menimbulkan kesedaran terhadap betapa perlunya kita sebagai manusia yang Tuhan berikan akal dan hati ini untuk menjaga bumi dan alam ini.
Hampir seytiap hari kita akan dihidangkan dengan pelbagai kempen dan usaha untuk menjaga alam semulajadi ini serta bumi ini, tetapi sejauh mana kerajaan kita benra-benar serius? Ya itu persoalannya.

Menurut pandangan sesamamu, kempen yang sepatutnya banyak kerajaan di dunia sekarang lakukan ialah, MENGHENTIKAN SERTA MERTA PEMBALAKAN. HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK lagi. Cukup sudah dengan pemotongan pokok yang berleluasa dan pemberian lesen pembalakan kepada syarikat-syarikat pembalakan yang sedia ada ataupun yang baru mahu muncul menjadi "PEROGOL POKOK" di bumi ini. Kempen HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK  ini seharusnya diketengahkan. ini kerana, pokok adalah DASAR kepada pemuliharaan alam dan Bumi ini. Bayangkan kalau pokok hutan rimba tidak lagi wujud sudah habis di tebang? Dari mana kita manusia dapatkan Oksigen?, darimana kita dapat udara yang bersih? mana nak lihat binatang yang kian pupus ini?

Kempen yang paling UTAMA...

Sesamamu menyeru kita sama-sama menyokong HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK di hutan rimba ini demi kesejahteraan bukan sahaja kepada manusia, tetapi kepada segala isinya, yang sempurna Tuhan telah ciptakan. Kempen HENTIKAN POMOTONGAN POKOK.secara peribadi, belum pernah sesamamu dengar mana-mana kerajaan di dunia ini melancarkan kempen 'HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK".  Belum pernah kan???
Mana-mana kerajaan yang memerintah juga perlu serius di dalam kempen PENANAMAN  semula pokok-pokok hutan ini. 
Apa kata sesamamu cadangkan, selama 10-15 Tahun ini, usaha pembalakan ataupun lesen-lesen pembalakan dibekukan tetapi ditukar kepada lesen PENANAMAN semula pokok-pokok hutan oleh syarikat-syarikat yang berminat. Sekurang-kurangnya, mereka tidak membalak tetapi menanam dan dalam masa yang sama, kita tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada hutan-hutan reseb sahaja.

Percaya...

Sesamamu percaya, dengan kempen HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK ini, segala masalah ataupun bencana dari alam ini sekurang-kurangnya dapat kita atasi. Kita tidak mahu lagi ada orang kehilangan oleh kerana alam semulajadi ini. Kalau boleh, kita mahu menikmati dan menghargai alam yang dianugerahkan oleh Tuhan yang maha Pencipta ini berikan kepada kita.

Kenapa Pokok penting kepada bumi dan segala makhluknya?

Dalam kitab kejadian bab 1, pada hari yang ke-3, Pokok ini telah diciptakan dahulu...bukannya manusia atau makhluk-makhluk lain. Brmakna, Tuhan telah menyediakan segala "bekalan" yang manusia itu serta binatang dan segala ininya untuk HIDUP. Contoh...O2

Apabila pokok ini bertumbuh dan semakin banyak dan siap untuk menerima kehadiran makhluk-mahkluk lain, jadi satu demi satu manusia ciptakan "mereka".

wah!! Sungguh Indah dan Besar Karya agung Tuhan ini...

Sunday, May 8, 2011

Yang teristimewa...ibu

Sempena hari ibu, sesamamu ingin mengucapkan selamat hari ibu dan berbanyak terima kasih kepada pengorbanan seorang ibu yang membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang yang tidak boleh tukar dengan wang ringgit.

Baik di mana sahaja para anak-anaknya berada, sudah pasti mereka tidak akan melupakan mereka pada hari yang khas ini untuk sama-sama mengingat baik seketika akan pengorbanan para ibu di luar sana.

Ibu Tunggal...

Di dalam kita meraikan ibu kita di hari ibu ini dengan cara kita masing-masing. Ada juga para ibu yang di luar sana yang hiudp sebatang kara membesarkan anak-anaknya.
 Mereka ini adalah ibu -ibu tunggal yang keseorangan membesarkan dan menyara hiudp anak-anak mereka yang ada diantaranya masih kecil lagi. Tetapi, kasih sis ibu ini tidak perbah luntur dan berbelah bagi dalam membesarkan anugerha terbesar yang Tuhan berikan kepada si ibu ini. Mereka juga selayaknya menerima ucapan "selamat hari ibu" di hari yang ditetapkan untuk para ibu dihargai seluruh dunia ini.

Tetapi, bagaimana nasib para ibu-ibu tunggal ini, Ada diantara mereka keseorangan akibat suami yang dikasihi telah kembali dipanggil Tuhan dan ada juga yang diceraikan. Namun demikian, masalah yang mereka hadapi adalah sama iaitu sedaya upaya mereka untuk membesarkan anak-anak mereka keseorangan.

Bagaimana perubahan kehidupan mereka????

Ya, selepas mereka sendiri ditinggalkan suami mahupun kerana kematian ataupun perceraian, persoalanya sekarang ialah, bagaimana perubahan didalam kehidupan mereka yang keseorangan ini. Mampukah mereka menyara anak-anak mereka dengan pendapatan yang dahulu hanya bergantung harap kepada si suami? Ataupun, bagi para ibu yang tunggal ini, cukupkah pendapatan itu untuk menampung semua perbelanjaan hidup si ibu dan si anak-anak?

Bagaimana pula, adakah kerajaan melakukan sessuatu bagi membantu para ibu tunggal ini selain daripada memberi sumbangan kebajikan kewangan yang tidak seberapa ini?

Bukan itu sahaja, adakah sistem yang sedia ada ini memberi sedikit kelonggaran kepada para ibu-ibu tunggal yang bekerja ini untuk menikmati pelbagai kebajikan daripada majikan mereka. Sebagai contoh, masa kerja mereka dikurangkan supaya mereka dapat balik awal ke rumah dan menguruskan hal ehwal rumah bersama anak-anak yang ditinggalkan....walau masih kecil, keseorangan di rumah.

Bagai mana pula dengan gaji? Bagi ibu-ibu yang tunggal ini. Adakah sistem yang memberi kenaikan gaji yang berpatutan kepada para ibu-ibu tunggal yang berkerja ini, baik di sektor kerajaan mahupun swasta sepatutnya diberi imbuhan ini. Bukan kehendak mereka pun mereka mahu menjadi ibu tunggal.

Sesuatu yang harus kita fikirkan bersama...

Sesamamu tujukan persoalan-persoalan di atas kepada para penggubal undang-undang di negara kita untuk sama-sama fikirkan serta mengambil tindakan yang sepatutnya. Para ibu -ibu tunggal ini juga harus dibela kehidupan mereka kerana ini semua bukan kehendak mereka berlaku didalam kehidupan mereka.
Kalaulah kerajaan kita prihatin terhadap isu ini, sesuatu harus dilakukan untuk meringankan beban para ibu-ibu tunggal ini. Mungkin ia menjadi satu hadiah yang sangat berharga kepada mereka suatu hari kelak?

Sama-sama kita doakan ada satu sistem yang akan digubalkan untuk membantu para ibu-ibu tunggal ini dan suatu hari nanti, hari ibu ini disambut oleh mereka dengan penuh makna...


Selamat hari ibu...Tuhan memberkati.

Khas Buat N70-Bakelalan

Shalom, dan salam damai dalam kasih Tuhan Yesus Kristus.

Buat pertama kalinya sesamamu terfikir untuk menulis satu surat khas buat tatapan para masyarakat sebangsa dengan sesamamu di Bakelalan pada keluaran artikel di blog ini. Tetapi minta maaf kerana menulis di dalam Bahasa Melayu dan bukanyan Bahasa Ibunda sesamamu-Lun Bawang.
Sesamamu terdorong untuk menulis selepas melihat dan mendengar apa yang berlaku selepas pilihan raya yang lepas.  Ya, pilihan raya yang lepas sedikit sebanyak telah meninggalkan banyak kesan kepada masyarakat di kawasan N70 - Bakelalan dan Lun Bawang khususnya. Kenapa? ya, secara peratusannya, kawasan N70-Bakelalan mewakili suara majoriti masyarakat Lun Bawang pada amnya.Jadi, dengan itu sesamamu ingin mengucapkan tahniah kepada Saudara Baru Bian kerani diberi mandat oleh rakyat di N70 untuk mewakili mereka untuk satu penggal ini dan syabas juga kepada Saudara Willie Liau kerana memberi satu saigan yang sihat walaupun merupakan muka baru di arena ini, tetapi telah menunjukkan kemampuannya.

Siapa yang menang dan siapa yang kalah?

Melalui surat ini, sesamamu ingin menyatakan bahawa, baik Saudara Baru Bian mahupun Saudara Willie Liau, tiada yang menang dan tiada siapa yang kalah! Tetapi yang menang adalah, Tuhan Allah Kita yang kita percaya dan sembah sejak 1930an lagi. Balik kepada 80 tahun yang lepas, Ya, pada tahun itulah masyarakat kita Lun Bawang yang kira-kira sekitar 3,000 sahaja pada masa tersebut telah diselamatkan oleh Kasih Anugerah Tuhan melalui mubaligh-mubaligh Kristien yang tidak kenal penat lelah dan tanpa putus asa mengharungi Sungai Trusan serta hutan rimba pada ketika itu. Jadi, Dia lah yang sepatutnya memiliki kemenangan itu.
Sesamamu percaya, kebanyakan masyarakat Lun Bawang yang sekitar kawasan N70 ini berdoa dan berpuasa untuk pilihan raya yang lepas. Dan sesamamu percaya antara permohonan anda kalian ialah, "Datanglah kerajaan Mu, jadilah kehendak MU, di bumi seperti di Syurga...". Jadi. Dan...ini adalah jawapan doa kalian, Tuhan yang telah membuat keputusan kerana permintaan yang jujur daripada anda semua. Ya, permintaan jujur tanpa berat sebelah, tanpa memohon dan memberi nama kepada Tuhan orang yang kamu mahu Tuhan sahkan jadi wakil kamu dalam doa kamu.

Berbeza tetapi SAMA...

Apabila pemerintahan Raja Brooke ketika itu mengetahui bahawa para mubaligh ingin menjangkau masyarakat Lun Bawang sekitar awal 1930an, mereka sebenarnya di larang untuk melawat masyarakat Lun Bawang, ini kerana sudah sekian lama pemerintahan Raja Brooke ingin mengubah masyarakat Lun Bawang pada ketika itu, tetapi selalu tidak berjaya, sehingga pernah mengatakan "Biar masyarakat Lun Bawang ini mati dan pupus dari dunia kerana mereka seperti kasut buruk". (Drunk Before Dawn dan Uncharted water). Dan cuba menasihatkan para mubaligh Kristien ini supaya tidak perlu melawat mereka.
Sejarah telah mengajar dan memberi tahu kita, walaupun sekarang banyak perbezaan dikalangan masyarakat Lun Bawang, dan salah satu perbezaan yang paling ketara ialah pada masa sekarang ialah perbezaan pendapat dan pendirian dalam hal politik. Tetapi persamaan yang paling ketara ialah, KEPERCAYAAN masyarakat ini kepada Tuhan Yesus Krsitus dan sejarah yang sama bagaimana mereka diselamatkan oleh kasih karuniaNya. Jadi, yang itu sesamamu tidak boleh sangkalkan.
Malah, gereja injil yang terawal dan terbesar sekarang ini di Sarawak juga bermula daripada Masyarakat Lun Bawang selepas mereka mengenal Tuhan. Jadi, sejarah tentang bagaimana Tuhan mengubah kepercayaan Masyarakat Lun Bawang ada satu persamaan yang generasi ke-4 sekarang ini genggam erat di dalam lipatan hati mereka sampai selama-lamanya.
Pada hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi yang lepas, sesamamu terdorong apabila melihat di mana-mana sahaja gereja yang ada di Lawas, mengadakan doa khusus untuk Tuhan campus tangan di dalam kawasan pilihanraya N70- Bakelalan. Mereka datang tanpa mengira latar belakang politik dan parti politik yang mana mereka akan pilih, tetapi mereka datang dengan satu hari dan berdoa memohon daripada Tuhan untuk campur tangan.
Dan, jawapan telah diberi!!!

Percayalah...ini adalah jawapan Doa kalian...

Sesamamu percaya doa kalian tidak berat sebelah dan memihak kepada mana-mana pihak tetapi doa kalian terkandung permintaan supaya Rencana Tuhan yang berlaku bukan?
Dan sekarang percayalah ...ini jawapan kepada permintaan Kalian Daripada Nya.
Bagi sesamamu, ini mungkin mesej Tuhan kepada kita masyarakat Lun Bawang pada amnya dan Sarawak khususnya, bahawa Tuhan yang sepatutnya memerintah. Dan pemerintahan Nya berdasarkan KEBENARAN dan KEADILAN (Mazmur 89:14). Mungkin juga Tuhan memberi mesej kepada kita bahawa sudah tiba masanya KEBENARAN dan KEADILAN  dipulihkan dikalangan umatNya dan mungkin harus bermula SEKALI LAGI DI BAKELALAN?
Mungkin selama ini hidup kita penuh dengan keTIDAK ADILAN sehingga KEBENARAN  itu tidak ada diantara kita? Dan mungkin tiba masanya KEADILAN dan KEBENARAN itu dipulihkan kembali di sini? Sebab sesamamu pasti, Tuhan itu amat BENCI kepada ketidak adilan yang berlaku diantara kita. Oleh kerana terlau besar Cinta-Nya Tuhan kepada keadilan (Mazmur 99:1), Dia ingin memulihkannya kembali, mula sekali lagi di Bakelalan? Kembali-"LEMUBED".
Jadi, percayalah...keputusan ini adalah jawapan Tuhan hasil daripada permintaan kalian tempoh hari.

LEMUBED..."Kembali"

Ya, "Lemubed" ataupun kembali! Tuhan telah menjawap doa kalian, DIA telah memilih pemimpin yang Dia mahu untuk memimpin kalian. Dan sekarang, ketepikan perbezaan ideologi politik itu dan kembali kepada Nya dengan sama-sama mebawa kerajaan Nya ataupun "KEADILAN DAN KEBENARAN" itu di kawasan kita, negeri kita dan Negara kita. Sebab segalanya adalah dari DIA dan oleh DIA. Bersama-sama kita mendorong wakil kita ini untuk kembalikan KEADILAN DAN KEBENARAN itu. Perlu diingat, negara kita ada sistem perundangan nya sendiri dan pemimpin yang kita pilih boleh ditukar pada pilihan raya. Jadi, kalau dia tidak dapat melaksanankan tanggung jawabnya nanti, kita menggunakan pilihan raya untuk memilih pemimpin yang lain. Tetapi sekarang, apa yang kita perlua buat ialah, sama-sama memdorong dan menyokong di dalam doa mahupun tindakan kita supaya akan ada "LEMUBED" ataupun kembalikan KEADILAN dan KEBENARAN itu di kawasan kita yang semakin hanyut dengan masalah masalah "Social immorality".
Oleh itu, buat masa sekarang ini, adalah masa Tuhan membuat pemulihan melalui wakil Dia yang dipilih melalui pilihan raya yang sudah dan mungkin orang lain pula pada penggal yang akan datang?


Bersatu...

Sesamamu menyeru N70- Bakelalan, terutamanya masyarakat Lun Bawang bersatu membangun kerajaan-Nya berdasarkan keadilan dan kebenaran serta bersatu dengan penuh kerendahan hati dan mengasihi sesamamu dengan penuh kasih Kristus itu (Mikah 6:8). Jangan biarkan keputusan pilihan raya ini akan menggugat kesatuan yang sekian lama terjalin diantara kita tetapi, biar ia akan mengeratkan hubungan sesamam kita. Ini yang dituntut daripada kita sepatutnya.

Buat Saudara Baru Bian, anda tanggung jawab yang besar dipikul oleh anda, sebab anda dipanggil untuk menyediakan jalan itu, membuang segala sampah-sarap di sepanjang jalan itu serta menyediakan jalan itu, setiap lembah harus ditimbus, setiap gunung diratakan, maka akhirnya kemuian Tuhan akan dinyatakan sehingga seluruh suku bangsa dan kerajaan di dunia ini melihat akan kemulian itu.(Yesaya 40:1-5). Masa ini adalah masa Tuhan berikan kepada mu untuk disediakan bagi pemimpin yang akan datang selepas anda.

Mungkin masa itu adalah masa untuk pemimpin yang Baru seperti saudara Willie Liau????

Pandangan berasaskan "KerajaanMU datanglah..."

Menurut pandangan penganalisis politik, keputusan pilihan raya N70-Bakelalan, Keputusan adalah memihak PR kerana ;
i- Kepopularitian Calon
ii- Undi protes
iii- Dan sebagainya...

Tetapi sesmamu melihat menurut pandangan atau mentaliti "Datanglah Kerajaan MU..." di mana Tuhan sendiri sebagai Raja yang memerintah, Raja yang mengasihi Keadilan (Mazmur 99:1)itu yang telah Bersuara melalui rakyat yang datang memohon kepada Dia di dalam doa dan dimanifestasikan dalam jumlah undi mereka yang lepas.

Oleh itu sama-sama kita mengambil ikhtibar melaluinya, datang LEMUBED ataupun kembali kepadanya dengan lebih dekat lagi...

Salam kasih damai Allah Bapa menyertai kalian...amen.

Wednesday, May 4, 2011

Cerita sebatang pokok #3

Selang beberapa hari PRU Sarawak ke 10 yang lepas, sekumpulan besar penduduk kampung menuntut hak mereka yang ternoda oleh ketua masyarakat mereka sendiri dengan mendapatkan persetujuan mereka secara tanpa mereka sedari untuk menyerahkan tanah adat mereka kepada syarikat pembalakan.
Setelah pokok-pokok balak itu ditebang di kawasan tanah adat mereka, penduduk kampung ini marah dan rasa tidak puas hati dengan syarikat pembalakan ini.

Apa yang sesamamu ingin ceritakan di sini ialah, kesan daripada aktiviti pembalakan yang dianggap "haram" oleh penduduk kampung di sekitar kawasan pembalakan tersebut.

Air sungai menjadi keruh...

Dilaporkan, penduduk di kampung di daerah ini bergantung penuh dengan air sungai dari pergunungan ini untuk keperluan harian mereka. Termasuk untuk makan minum mereka. Tetapi, setelah aktiviti pembalakan ini dilakukan di kawasan ulu sungai daerah ini,penduduk kampung mengalami satu pengalaman yang tidak akan mereka lupakan. Air sungai yang menjadi sumber utama bekalan air harian mereka mula terjejas. Keruh dan tidak selamat digunakan. Dilaporkan juga , ada penduduk kampung yang jatuh sakit kesan daripada mengambil air sungai tersebut untuk diminum.

Sudah pasti mereka yang di pendalaman Sarawak yang belum dibekalkan dengan kemudahan air bersih ini masih bergantung sepenuhnya dengan sumber air semulajadi, iaitu sungai. Tetapi, apabila berlaku pembalakan yang berleluasa di ulu-ulu sungai mahupun kawasan pendalaman, aktiviti ini telah menjejaskan bukan sahaja aliran air sungai ini malah kandungan mineral air sungai ini akan terjejas dan tidak selamat lagi digunakan.

Pokok menyerap serta menapis kandungan Kimia dalam tanah...

Cerita sebatang pokok kali ini sesamamu dengar apabila si pokok mengeluh apabila mendengar cerita yang berlaku di kawasan yang terbabit tadi. Dan si pokok pun bercerita...

" Sudah sekian lama pokok-pokok ini berbakti kepada manusia dengan menyekat mana-mana unsur-unsur kimia yang memudaratkan manusia yang terkandung di dalam tanah ini. Tetapi, manusia semakin rakus dan tamak terus memotong , tebang semua pokok-pokok balak yang ada. Tahukah kalian, bahawa setiap pokok ini berfungsi menyerap mana-mana unsur kimia yang tidak baik kepada kehidupan sekitarnya. Terutamanya yang terkandung di dalam tanah itu? Apabila tiada lagi pokok yang meliputi satu-satu kawasan tanah itu, bagaimanakah segala kimia yang tercemar didalam tanah itu dapat diasingkan daripadanya?
Itulah yang berlaku kepada penduduk kampung yang mengambil air sungai untuk diminum itu. Mereka mengalami sakit penyakit hasil daripada meminum air yang terlah tercemar dengan pelbagai bahan kimia yang berbahaya yang telah bercampur dengan air sungai setalah berlakunya hujan lebat langsung membawa tanah tersebut ke sungai utama. Bukan sahaja air sungai itu menjadi keruh, tetapi beracun! Tidak selamat untuk digunakan lagi! Jadi, cukupllah memnebang pokok-pokok di hutan itu wahai manusia yang rakus lagi tamak haloba ini!".

Apa kata kita sebagai manusia yang berakal ini? Masih mahukah kita memekakkan telinga kita untuk terus mendengar daripada alam ini?
Alam ini sudah berbicara dengan jelas kepada kita, tetapi kita masih lagi tidak mahu dengar ataupun memnag tidak tahu menahu akan yang berlaku.

Sesamamu memohon sokongan kita semua dengan sehati dan senada katakan..."STOP CHOPPING THE TREES!".

Monday, May 2, 2011

Menarik dan tertarik selepas 14 hari PRU 10 Sarawak

Selepas 14 hari PRU ke 10 Sarawak, pelbagai cerita yang menarik dan mencuit hati bagi sesamamu. Apa tidaknya, pelbagai cerita kedengaran di kedai kopi malah di dada akhbar tempatan(Sarawak) bagaimana para penganalisis-penganalisis profesional mahupun amatur keluar dengan hasil-hasil pemerhatian mereka tentang PRU 10 yang lepas.
Kita sedia maklum dengan keputusan PRU 10 yang memihak kepada BN tetapi banyak perkara yang berlaku selepas 14 hari berlalu kerajaan BN memerintah sekali lagi bumi kenyalang ini.

100 Orang menuntut habuan...

Dilaporkan didada-dada akhbar tempatan 100 orang kampung menuntut bayaran yang dijanjikan oleh sebuah parti politik jika parti politik tersebut menang dalam PRU yang lepas. Baki yang dijanjikan hanya diberikan apabila keputusan memihak kepada parti tersebut. Jadi, setelah keputusan memihak kepada parti tersebut, 100 orang penduduk kampung di kawasan terbabit datang menuntut baki wang yang dijanjikan.

Tetapi yang menarik dan tertarik ialah, penafian seorang jurucakap bagi parti tersebut bahawa orang kampung yang datang di pejabat parti tersebut adalah petugas dari parti yang bertanding menuntut gaji mereka yang sepatutnya di serahkan selepas pilihan raya.  Hellooooo!!!!! siapa yang benar di sini???
Sama-sama kita jawab ya....

Tiba-tiba nama M.I.A...

Cerita ini sesamamu dengar dari seorang rakan yang menceritakan apa yang berlaku di pusat mengundi di kawasannya. Lebih kurang 3 orang pengundi yang sekian lama telah menunaikan tanggung jawab mereka mengundi di setiap pilihanraya, mendapati nama mereka tidak wujud di dalam senarai nama pengundi yang terkini yang dikeluarkan oleh SPR. Yang menarik dan tertarik disini menurut al-kisah rakan sesamamu ini, di dalam senarai nama pengundi dalam talian SPR, memang wujud nama pendungi di pusat undi yang sepatutnya, tetapi, senarai nama yang dimiliki oleh pegawai SPR di pusat mengundi yang ditetapkan M.I.A?
Apa dah jadi????  Sama-sama kita jawab ya...

DAP untuk Cina???

Satu kenyataan yang berbaur perkauman yang dituduhkan kepada parti politik DAP apabilan DAP memenangi hampir kesemua kawasan majoriti Cina. Tuduhan demi tuduhan sehingga ada yang sanggup mendesak kerajaan memerintah mengukuhkan lagi semangat 1Malaysia dengan tambahan slogan 1Melayu 1 Bumi. Kenapa sampai begitu rasa menebalnya persaingan yang tidak sihat ini?
Kalau di lihat, kebanyakan parti-parti Polotik yang ada di Malaysia adalah berdasarkan "satu-satu kamu". Dan semuanya ingin menjaga kepentingan kaumnya sendiri atas nama parti politik. Sampai bilakah negara kita benar-benar bebas daripada sikap "perkauman" yang begitu menebal ini?
Yang menarik dan tertarik nya ialah, kita masih lagi di perintah oleh Kuota "kaum" disemua sektor ekonomi, sosial dan politik. Sampai bila??? Sama-sama kita jawab ya...

Mogok selepas PRU 10

Sungguh-sungguh tak masuk akal. Ya, sesamamu pelik kerana belum pun habir kain rentang parti bertanding diturunkan, belum habis poster calon-calon yang bertanding diturunkan. Sudah ada orang kampung yang tak puas hati dengan apa yang berlaku kepada tanah adat mereka. Tanah mereka yang dipercayai telah diberi dengan bukan kerelaan mereka telah diterokai oleh syarikat pembalakan yang diberi lesen untuk melakukan aktiviti pembalakan mereka. Orang kampung sedar dengan apa yang berlaku dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan membuat bantahan dan "benteng" penghalang daripada syarikat pembelakan yang terbabit masuk ke kawasan tanah mereka.
Yang berhormat yang baru dilantik memberi penjelasan bahawa penduduk kampung tidak puas hati kerana mereka tidak diberi pampasan yang sewajarnya.
Jadi, mana yang betul ni?   Yang menarik dan tertarik di sini ialah, YB punya cerita lain, orang kampung punya cerita lain?   Sama-sama kita jawab ya...


I'll die for ...walk the wire for you...

Oh tidak, satu kenyataaan yang sesamamu percaya bukan daripada suara semua penduduk Sarawak. Ada yang sanggup mati untuk "si dia" kalau "si dia" tidak berkuasa lagi. Sesamamu percaya, pendapat yang dinyatakan ini terlalu- ataupun melampau. Kalau PRU 10 Sarawak yang lepas menjadi kayu pengukur, sesamamu percaya, kenyataan ini tidak mewakili suara "seluruh" rakyat Sarawak.
Menurut statistik PRU 10 Sarawak yang lepas, Pihak PR hanya kekurangan lebih kurang 10% undi sahaja di banding dengan BN, jadi, undi popular PR semakin meningkat. Oleh yang demikian, kenyataan tersebut sebenarnya hanya kenyataan segelintir rakyat yang "i'll die for, walk the wire, yeah i die for...everything i do, i do it for you????"
Alamak!!!! jawab sendiri lah!!!

Dan...banyak lagilah cerita kita akan dengar. Ini baru 2 minggu ataupun 14 hari selepas PRU 10 Sarawak sudah berlalu...sesamamu pasti ada banyak lagi cerita ynag menarik dan tertarik...kita tunggu dan lihat. Bagaimana cerita anda pula??? ada yang menarik dan tertarik???

Bagi rakyat Sarawak yang telah menunaikan tanggung jawab mereka sebagai pengundi, kita sudah bersuara dan memilih wakil untuk suara kita di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Sama-sama kita doakan supaya "suara kita" akan kedengaran di dewan yang mulia itu kelak oleh wakil-wakil kita yang kita telah berikan mandat itu bagi 5 tahun ini.

Sesamamu.blogspot.com peduli akan hal ehwal politik kerana tanggung jawab mengingatkan kita  sesamamu manusia di Negara Tanah Tumpah Darah ku

"Biar keadilan memukul seperti ombak di lautan dan kebenaran mengalir deras seperti sungai yang luas" di bumi ku Malaysia suatu hari nanti...

Sunday, May 1, 2011

kekejaman Malaysia- bayi 9 bulan mati di dera...

Mungkin kita tertanya-tanya kenapa sesamamu keluarkan tajuk artikel kali ini sebegitu rupa? Tepuk dada, tanya selera...Seakan-akan Malaysia begitu kejamkan??? Apa sudah berlaku dengan negara ku Malaysia? Kita tidak habis dihidangkan dengan berita penderaan yang begitu menghayat hati. Kanak-kanak kecil menjadi mangsa keganansan manusia yang selayaknya dipanggil binatang???
Hidup di kejiranan kita sekarang pun rasa tidak selamat lagi, walaupun dengan orang yang sudah lama kita kenali sekalipun, sukar untuk kita percayai sekarang.
Ibu mana yang tak sayangkan anaknya? Walaupun dengan memberi anaknya dijaga buat sementara waktu oleh orang yang sekian lama dia kenali malah tiada timbul rasa sangsi keatas mereka.
tetapi, malang bagi siiubu lagi malang bagi sianak kecil apabila kepercayaan yang sudah dibina ini tiba-tiba hancur begitu sahaja dengan tragedi yang tidak masuk dek akal manusia yang waras.

Seshagiry nama si kecil...
(Gambar ehsan www.nst.com)



Sesamamu ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga si kecil yang berumur 9 bulan ini yang mati di kesan daripada kecederaan yang teruk, terutama dibahagian kepalanya di percayai retak, serta lebam-lebam di bahagian badannya yang lain. Paling menghayat hati ialah, tubuh si kecil ini ditemui di dalam beg pakaian yang dibuang begitu sahaja seperti sampah.
Apakah salah dan dosa si kecil sehingga diperlakukan sedemikian rupa? Sesamamu dapat bayangkan betapa peritnya tangisan si kecil apabila diperlakukan sedemikian rupa, langsung tiada hati naluri seorang manusia apabila sipelaku ini mendengar si bayi ini menjerit dan menangis keperitan diseksa sedemikian kejam!

Ibu mana tak risau...

Sesamamu percaya, mana-mana ibu yang waras di dunia ini tidak hiraukan anaknya bila berjauhan. Oleh kerana memanggil seruan dunia ini yang begitu menekan kehidupan, si ibu sanggup menyerahkan anaknya dijaga oleh seorang yang dia anggap kawan malah keluarga sendiri apabila sudah mengenali mereka buat sekelian lama. Tetapi, tanpa dia sedari, kepercayaan itu telah membawa kepada satu kisah tragedi di dalam hidupnya selamanya dan mengakibatkan nyawa si kecil berakhir begitu saja dengan kejamnya.
Kerisauan si ibu itu menjadi kenyataan apabila anak yang ditunggu selepas pulang dari kerja hialng begitu sahaja dan dipercayai telah diculik oleh mereka yang dia kenali.
Akhirnya, penantian itu diakhiri denngan segalas beg pakaian yang mengandungi sekujur tubuh yang sudah lama tak bernyawa lagi setelah pengecaman buat kali pertama terhadap wajah si kecil disahkan oleh si ibu...dialah anak yang tersayang itu! Sedih! Pilu!

Si kecil bersama DIA...

Sesamamu percaya, si kecil ini bersama-sama dengan DIA sekarang. Dan dari sana si kecil melihat dengan penuh sedih kepada kita di dunia ini, terutama di Malaysia yang masih ada di segelintir manusia yang berhatikan binatang terhadap si kecil seperti dia.
Seakarang, sesamamu percaya, si kecil ini bersama dengan DIA dan ramai lagi rakan-rakanya yang mengalami nasib yang sama ketika mereka berada di dunia buat seketika sahaja. Kalau kita dapat bayangkan setiap satu wajah si kecil yang mengalami kekejaman manusia ini, sesamamu dapat lihat, satu persatu mereka menunjukkan wajah kesedihan mereka kepada terhadap kita manusia di bumi -Malaysia ini khasnya...

Buat si kecil di sana, sesamamu berusaha tanpa henti dan "give-up" katakan STOP- Child Abuse setiap hari khamis dengan memakai baju Hitam setiap hari khamis..."Thursday in Black"!!!