sesamamu

Sunday, May 22, 2011

"Undang-Undang Jalanan" - serang dan pukul

Setelah membuat pemerhatian dalam beberapa minggu yang lepas, ada satu laporan yang tak pernah "miss" dari dada-dada akhbar kita iaitu serangan bersenjata berkumpulan terhadap individu-individu mahupun harta benda mangsa-mangsa mereka. Dan kebanyakan serangan ini adalah bermotifkan balas dendam. Dendam kesumat katakan. Mereka ini akan melakukan serangan secara berkumpulan dan pelbagai jenis senjata yang dibawa bersama, daripada semurai sehinggakan tukul besi! Apabila mangsa telah dibelasah dengan begitu teruk ataupun separuh mati, si mangsa akan dibiarkan begitu sahaja sehingga menemui ajal mereka ataupun mungkin terselamat jika ada yang terserempak serta memberi bantuan.

Undang-undang jalanan...

Sukar untuk mengatakan ini adalah kerja geng-geng kongsi gelap, ah-long mahupun geng-geng sesuatu kawasan perumahan mahupun kampung. Tetapi yang pasti, semuanya didalangi oleh anak-anak muda sekitar 20an. Dengan berbekalkan sedikit keberanian serta ilmu "pergaduhan jalanan" yang ada, mereka sanggup melakukan tanpa mempedulikan kesan dan akibatnya kepada mangsa.
Sebagai contoh, apabila seorang kontraktor muda diserang ketika sedang bersama rakannya disebuah restauran, kematian beliau telah meninggalkan kesan kepada anak yang masih setahun jagung dan isteri tersayang. Tetapi bagi geng-geng penyerang ini mereka tidak mempedulikan apa yang berlaku kepada mangsa mereka. Bagi mereka, melaksanakan undang-undang jalanan mereka adalah agenda yang paling utama. Undang-undang yang sedia ada mungkin tidak penting lagi bagi mereka ataupun sudah hilang kepercayaan terhadap undang-undang negara kita yang bagi mereka hanya melambatkan proses pengadilan dilakukan. Oleh yang demikian, ketentuan keadilan dan nasib seseorang itu di dalam tangan para geng-geng ini.

Tiada sinar untuk kedamaian...?

Setahu sesamamu semua agama mengajar kita memgamalkan perdamaian kepada sesamama kita manusia. Elakkan pertelengkahan berlaku. Setiap agama mengajar kita saling mengasihi. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini, seakan-akan ajaran agama itu sudah luput ditelan zaman dan mungkin tidak releven kepada anak-anak muda kita sekarang? Mana silapnya? mana puncanya? Takkan kita mengambil tindakan membiarkan sahaja perkara ini berlaku?
Sebagai contoh, oleh kerana dipengaruhi hasrat membalas dendam, seorang pemuda telah dipukul dengan teruk sehingga separuh nyawa. Tetapi akhirnya setelah di siasat, si penyerang tersebut telah salah orang! Oleh kerana dendam itu  telah menguasai diri serta ajaran agama dibelakangkan, maka dia sanggup melakukan kerja "pembalasan" dendam itu tanpa usul periksa.
Kalau masih ada sinar harapan untuk pendamaian itu, kita kena melakukan sesuatu bagaimana ajaran agama kita ini benar-benar releven serta diterjemahkan dengan tingkah laku serta keperibadian yang mulia itu.

Hanya hal kecil...

Mungkin dendam ini terhasil daripada perkara jeling menjeling ataupun yang melibatkan maruah seseorang itu tergugat, tetapi haruskah kita membiarkan ia menguasai diri kita? Dan perkara membalas dendam ini selalunya tidak berakhir begitu sahaja. Ia seperti tiada penghujungnya. Hari ini engkau serang aku, tapi jangan ingat keluarga atau rakan orang yang kita serang itu takkan balas dendam terhadap kamu balik? jadi, ianya tidak ada kesudahan...

Mari sama-sama kita kembalikan kedamaian itu di tengah-tengah masyarakat kita sekarang. Hindarkan hasad dengki dan membenci daripada terus menjadi-jadi. Kalau ada rasa tak puas hati, selesaikan secara berbincang.

Damai untuk Malaysia...

No comments:

Post a Comment