Sesamamu masih ingat lagi, kalau balik ke kampung-Nun di Bakelalan pada awal 80an dan 90an dahulu, asap di dapur sentiasa menyelubungi pagi yang dingin. Makcik dan nenek akan bangun awal pagi untuk menyediakan makanan pagi.
Di luar rumah, kayu-kayu yang telah tersusun rapi setelah dipotong untuk dijadikan kayu api sedia diangkut untuk dibawa masuk ke dapur. Apabila simpanan kayu api ini habis, kita kena pergi ke dalam hutan dan bersama-sama pakcik kita untuk mencari kayu api. Kayu yang sesuai.
Apabila sampai di hutan, pakcik akan memilih kayu yang bersesuaian. Pokok-pokok kayu yang dipotong itu digunakan sepenuhnya untuk kegunaan harian para penduduk kampung pada ketika itu.
Dari hutan jugalah penduduk kampung mendapatkan sumber makanan mereka. Baik binatang buruan mahupun tumbuh-tumbuhan hutan yang menjadi sumber makanan kepada penduduk kampung pada ketika itu.
Asalnya ialah Pokok...
Pokok-pokok yang ada di hutan ini telah menjadi tempat kepada semua tumbuhan hutan untuk berpaut dan binatang -binatang untuk berlindung. Malah ekosistem yang lengkap ini telah menyumbang kepada keperluan semua makhluk hidup termasuk manusia disekitarnya. Kawanan pokok-pokok inilah menjadi harapan kepada setiap yang hidup ini. Asalnya ialah pokok-pokok ini. Pokok-pokok ini lah yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup semua kehidupan disekitarnya.
Tetapi, setelah pembangunan masuk ke pendalaman-pendalaman malah begitu rakusnya syarikat-syarikat pembalakan mengaut keuntungan hasil daripada pemotongan pokok-pokok balak ini, semua kehidupan yang bergantung sepenuhnya kepada eko sistem ini telah menjadi seperti "pelarian" di kawasan mereka sendiri. Kenapa pelarian? Ini kerana, hidup mereka sudah tersepit. Diantara pembangunan dan untuk terus mengekalkan kehidupan yang selama ini sejahtera adanya. Kalau dahulu, tidak susah untuk memikirkan tentang bagaimana untuk mendapatkan sumber makanan tetapi sekarang, hendak masuk hutan, belum pasti akan dapat sayuran hutan mahupun binatang buruan yang dikehendaki, kerana semuanya telah musnah akibat rakusnya manusia memotong pokok-pokok tersebut. Di sini, mereka yang berada akan ada peluang untuk menikmati makanan yang baik tapi bagi mereka yang serba berkurangan,terpaksa mencari sumber-sumber makanan hutan ini dengan lebih gigih lagi. Tidak semudah 30 atau 20 tahun dahulu lagi.
Bukan menolak tetapi pilihan ...
Ada sesetangah pemimpin kerajaan yang memerintah mengatakan, mereka yang menolak pembangunan akan tertinggal kebelakang!. Tetapi, ada segelintir manusia ini tidak dapat hidup di dalam keadaan yang dikatakan jauh berbeza daripada kebiasaan mereka. Bukan bermakna mereka menolak pembangunan ini tetapi mereka memilih untuk hidup sedemikian rupa.
Sebagai contoh, 200-300 orang dari suku kaum Penan yang masih bergantung hidup sepenuhnya dengan Hutan. Dan sesamamu percaya, masih ramai lagi penduduk-penduduk di pendalaman ini masih bergantung hidup sepenuhnya dengan hutan. Jadi kenapa mesti memaksa mereka untuk menerima agenda pembangunan itu? Ini hak mereka sebagai manusia yang menduduki bumi Sarawak ini sejak berabad lagi. Hak mereka untuk menjaga halaman hutan mereka yang dianggap kediaman yang ideal serta tempat untuk mencari sumber rezeki serta meneruskan kehidupan.
Sekali lagi sesamamu mahu menyatakan, mereka bukan menolak pembangunan itu, tetapi ini adalah pilihan mereka. Oleh yang demikian , para pemimpin pemerintah kita harus tahu untuk menjaga kepentingan mereka, termasuklah hutan-hutan disekitar mereka. Jangan hanya terus dengan agenda pembangunan itu sehingga pokok-pokok yang membentuk hutan hujan tropika yang terbesar di dunia ini musnah.
Tahukah kamu bahawa, ada manusia yang melihat hutan-hutan ini sebagai tempat kediaman mereka yang sejahtera dan aman damai-sebelum datangnya segala jentera-jentera berat syarikat pembalakan ini.
Masih ku ingat...
Masih ku ingat betapa nyaman dan segarnya kehidupan di kampung pada satu ketika dahulu. Kedinginan pagi diselimuti oleh embun pagi yang segar. Dan pada sesuatu ketika, para pemuda kampung balik dengan habuan hasil buruan mereka dari hutan rimba itu. Tetapi sekarang, begitu jauh dan sukar untuk kita melihat pemandagan yang sedemikian lagi. Segalanya telah hilang! musnah! setalah pokok-pokok habis ditebang!!!
No comments:
Post a Comment