sesamamu

Sunday, May 15, 2011

Berapa banyak "keldai" lagi???

"Keldai" dadah!!! itulah instilah yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu merujuk kepada beberapa rakyat negara kita yang ditahan di negara luar kerana dipergunakan oleh si "budak hitam Afrika" baru-baru ini. Satu demi satu mereka telah diberkas kerana cuba menyeludup dadah tersebut ke negara yang mereka lawati. Yang amat menyedihkan ialah, kebanyakan mereka ini telah ditipu oleh si "budak hitam Afrila" yang begitu mudah memperdayakan "keldai" dadah ini untuk bersubahat dengan mereka dengan ditawarkan ganjaran yang begitu lumayan.
Seperti kes seorang pelajar di ibu kota yang diberkas di China kerana menelan beberapa gram dadah yang cuba diseludup ke negara tersebut ditahan sehingga ke hari ini. Nasib anak gadis ini sehingga kini belum lagi kita ketahui. Difahamkan, si gadis ini mengenali "si budak hitam Afrika" ini melalui laman web sosial dan oleh kerana mungkin terpedaya dengan ganjaran lumayan yang ditawarkan, si gadis sanggup diperdayakan untuk membawa dadah tersebut.

Kerana terpaksa...

Salah satu kes, juga melibatkan seorang pelajar IPT yang dipergunakan untuk sedikit dadah oleh "si budak hitam Afrika" dengan cara paksaan dan ugutan. Ini termasuk mengancam nyawa mereka. Jadi, si mangsa tiada pilihan lain selain terpaksa menjadi pak turut untuk menyeludup dadah tersebut. Kalau mereka tidak ingkar ataupun membantah arahan "si budak Hitam Afrika" ini, mereka akan dipukul atau diperlakukan dengan begitu kejam.
Kerana terpaksa, si gadis melakukannya. Sungguh malang.

Pada mulanya...

Di sini sesamamu mengambil peluang untuk menasihat para pelajar wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati didalam memilih teman hidup. Tidak salahnya kita berkawan ataupun bercinta dengan "si budak hitam Afrika" ini. Sesamamu sendiri sedia maklum begitu ramai mereka berada di negara kita terutama yang belajar di beberapa IPTS di sekitar bandar-bandar utama di negara kita ini. Dan untuk menjalin hubungan serta jatuh cinta kepada mereka adalah satu perkara diluar kawalan sesiapa pun. Sebab setiap kita mempunyai hak untuk jatuh cinta dengan siapa pun yang kita suka, tak kira warna kulit mahupun perbezaan bahasa sekalipun. Tetapi yang paling penting wahai para pelajar wanita di luar sana ialah, berhati-hati di dalam memilih pasangan tu. Takkan penemuan serta perkenalan dalam laman web sosial  membawa kita terus hanyut oleh panahan cinta itu.Dan akhirnya, diri kita sendiri yang merana seperti kes "keldai dadah" ini. Lebih berhati-hati apabila bercinta dengan melibatkan orang yang begitu asing sekali bagi kita.

Agenda yang tersirat...

Kerana cinta itu murni adanya tetapi agenda yang tersirat itu selalunya yang memusnahkan harapan itu dengan sekelip mata sahaja. Agenda tersembunyi ini sukar untuk kita ketahui tetapi sesamamu ingin memberitahu di sini, tersembunyi bagaimanapun agenda itu, suatu hari nanti ia akan terdedah juga akhirnya kerana yang tersirat itu akan tersurat akhirnya apabila kena kepada kekurangan daripada pihak kita sendiri. Sebagai contoh, apa yang berlaku kepada pelajar yang dipergunakan sebagai "keldai dadah" ini adalah kerana kelemahannya tersendiri yang dihidu oleh "si pemangsa". Dia tahu si gadis ini memerlukan wang untuk terus hidup senang diperantauan sebagai seorang pelajar, jadi dengan menawarkan jumlah yang begitu besar(RM5000 begitu besar bagi seorang pelajar), jadi si gadis sanggup menjadi pak turut dalam memenuhi tuntutan sendikit dadah ini.
Oleh yang demikian, yang tersirat itu akan tersurat apabila kena dengan peluang yang si gadis dedahkan kepada "si pemangsa" ini.

Untuk para pelajar perempuan di luar sana...

Sesamamu menasihati anda kalian supaya lebih berhati-hati. Jangan hanya kerana mengejar wang ringgit ataupun tawaran-tawaran yang lumayan daripada orang yang baru kita kenali atas nama cinta, kita sanggup menggadaikan bukan sahaja maruah kita tetapi masa hadapan diri serta keluarga kita. Ingat, betapa orang tua kita menrauh harapan yang menggunung tinggi kepada kita apabila kita melangkah untuk mengejar ilmu di luar sana. Malah keluarga kita begitu merelakan pemergian kita untuk mendapat segulung sijil itu walaupun terpaksa berpisah dengan kita.

Bagi kita yang lain, tak salahnya menjaga tepi kain kawan-kawan kita yang sedang kemaruk bercinta dengan orang-orang asing ini kan? Mana tahu, kain yang kita jaga tu kita pula yang selamatkannya daripada terbakar dijilat api!!!

No comments:

Post a Comment