sesamamu

Wednesday, May 4, 2011

Cerita sebatang pokok #3

Selang beberapa hari PRU Sarawak ke 10 yang lepas, sekumpulan besar penduduk kampung menuntut hak mereka yang ternoda oleh ketua masyarakat mereka sendiri dengan mendapatkan persetujuan mereka secara tanpa mereka sedari untuk menyerahkan tanah adat mereka kepada syarikat pembalakan.
Setelah pokok-pokok balak itu ditebang di kawasan tanah adat mereka, penduduk kampung ini marah dan rasa tidak puas hati dengan syarikat pembalakan ini.

Apa yang sesamamu ingin ceritakan di sini ialah, kesan daripada aktiviti pembalakan yang dianggap "haram" oleh penduduk kampung di sekitar kawasan pembalakan tersebut.

Air sungai menjadi keruh...

Dilaporkan, penduduk di kampung di daerah ini bergantung penuh dengan air sungai dari pergunungan ini untuk keperluan harian mereka. Termasuk untuk makan minum mereka. Tetapi, setelah aktiviti pembalakan ini dilakukan di kawasan ulu sungai daerah ini,penduduk kampung mengalami satu pengalaman yang tidak akan mereka lupakan. Air sungai yang menjadi sumber utama bekalan air harian mereka mula terjejas. Keruh dan tidak selamat digunakan. Dilaporkan juga , ada penduduk kampung yang jatuh sakit kesan daripada mengambil air sungai tersebut untuk diminum.

Sudah pasti mereka yang di pendalaman Sarawak yang belum dibekalkan dengan kemudahan air bersih ini masih bergantung sepenuhnya dengan sumber air semulajadi, iaitu sungai. Tetapi, apabila berlaku pembalakan yang berleluasa di ulu-ulu sungai mahupun kawasan pendalaman, aktiviti ini telah menjejaskan bukan sahaja aliran air sungai ini malah kandungan mineral air sungai ini akan terjejas dan tidak selamat lagi digunakan.

Pokok menyerap serta menapis kandungan Kimia dalam tanah...

Cerita sebatang pokok kali ini sesamamu dengar apabila si pokok mengeluh apabila mendengar cerita yang berlaku di kawasan yang terbabit tadi. Dan si pokok pun bercerita...

" Sudah sekian lama pokok-pokok ini berbakti kepada manusia dengan menyekat mana-mana unsur-unsur kimia yang memudaratkan manusia yang terkandung di dalam tanah ini. Tetapi, manusia semakin rakus dan tamak terus memotong , tebang semua pokok-pokok balak yang ada. Tahukah kalian, bahawa setiap pokok ini berfungsi menyerap mana-mana unsur kimia yang tidak baik kepada kehidupan sekitarnya. Terutamanya yang terkandung di dalam tanah itu? Apabila tiada lagi pokok yang meliputi satu-satu kawasan tanah itu, bagaimanakah segala kimia yang tercemar didalam tanah itu dapat diasingkan daripadanya?
Itulah yang berlaku kepada penduduk kampung yang mengambil air sungai untuk diminum itu. Mereka mengalami sakit penyakit hasil daripada meminum air yang terlah tercemar dengan pelbagai bahan kimia yang berbahaya yang telah bercampur dengan air sungai setalah berlakunya hujan lebat langsung membawa tanah tersebut ke sungai utama. Bukan sahaja air sungai itu menjadi keruh, tetapi beracun! Tidak selamat untuk digunakan lagi! Jadi, cukupllah memnebang pokok-pokok di hutan itu wahai manusia yang rakus lagi tamak haloba ini!".

Apa kata kita sebagai manusia yang berakal ini? Masih mahukah kita memekakkan telinga kita untuk terus mendengar daripada alam ini?
Alam ini sudah berbicara dengan jelas kepada kita, tetapi kita masih lagi tidak mahu dengar ataupun memnag tidak tahu menahu akan yang berlaku.

Sesamamu memohon sokongan kita semua dengan sehati dan senada katakan..."STOP CHOPPING THE TREES!".

1 comment:

  1. bukan itu shj. kesan pembalakan haram ini menybbkan bumi kian kekurangan penghasilan gas oksigen.. Akan brlaku pemanasan global krn gas karbon dioksida semakin byk..

    ReplyDelete