Sungguh menyedihkan dengan apa yang kepada perkembangan laporan-laporan akhbar kita yang menjurus kepada isu-isu sensitif. Satu persatu sesuatu perkara yang berkaitan dengan kaum dan agama dipaparkan dengan tajuk-tajuk utama yang begitu sensitif. Malah semua laporan itu menggaggu gugat keharmonian yang sedia terjalin di antara rakyat Malaysia yang sedia ada sekarang ini.
Menyedihkan, akhbar-akhbar serta bloger yang tidak bertanggung jawab ini seperti kebal dek undang-undang yang sedia ada. Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi pihak yang bertanggun jawab menengakkan keadilan ini seakan-akan "melindungi" penyangak-penyangak keharmonian di Malaysia ini terlepas begitu sahaja. Sudah lah laopran mereka ini sensitif malah mereka seakan-akan dilindungi oleh undang-undang yang sedia ada sehingga mereka begitu berani menyiarkan laporan mereka sesuka hati.
Tetapi, kalau "orang lain" yang melakukannya, tidak sampai 48 jam, pasti sudah di cekup. Baik wartawan akhbar mahupun blogger yang bukan di sebelah pihak mereka, sudah apsti akan dikenakan tanggaapan dan disumbat ke dalam ISA.
Talam dua muka...
Penguatkuasa undang-undang seperti "talam dua muka" terhadap pelaku-pelaku kesalahan. Laporan yang boleh menggangu gugat akan keharmonian sesebuah negara senang lenang dilaporkan di dada-dada akhbar "mereka" dan apabila pihak berkuasa diberitahu tentang hal tersebut, tindakan yang diambil seakan-akan "malu-malu kuching"- "Semadi nadai", dalam bahasa Iban nya. Tetapi, apabila satu pihak lain yang bukan "geng" penguat kuasa undang-undang ini melakukan sesuatu yang dianggap mengancam keharmonian negara, satu pasukan FRU akan di hantar dan berlori-lori Polis akan dikirim untuk menyerbu pesalah tersebut tidak sampai beberapa jam.
Sebagai contoh, hari Ahad yang lepas, dilaporkan di dalam satu portal berita laporan yang sangat-sangat sensitif kepada negara kita. Lebih sudah 48 jam, tiada tindakan langsung yang dibuat. Kementerian yang bertanggung jawab peka atau buta, sesamamu tidak tahu. Sebab, bukan sehaja isu sensitif ini diketengahkan secara lisan, ianya juga didedahkan secara visual. Namun, sampai ke hari ini, orang yang mahu di anggap "hero" bangsa tersebut masih bebas!!!
"Duble standard!". Tetapi kalau kita sebagai rakyat biasa ini mengeluarkan kenyataan yang "sensitif" di dalam FaceBook kita, tak sampai beberapa jam, pasti sudah kena cekup.
Jangan biarkan maruah tergadai...
Wahai para penggubal dan penguatkuasa undang-undang di negara kita dan para kementerian yang terlibat, ini suara sesamamu sebagai Anak Bangsa Malaysia yang perihatin tentang mengekalkan keharmonian kaum ini, berlaku adillah demi menjaga maruah negara kita yang berdaulat ini. Undang-undang yang kita ada adalah untuk semua dan seharusnya dilakukan dengan adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia. Bagi mereka yang mengancam akan keharmonian dan kesejahteraan yang sedia ada di negara kita ini haruslah dibawa ke muka pengadilan dengan adilnya.
Jangan biarkan rakyat mulai hilang kepercayaan kepada penggubal serta penguatkuasa undang-undang yang ada di negara kita. Ini akan mengakibatkan perspektif yang negatif terhadap negara kita. Siapa yang rugi, kita semua yang rugilah oiii!!!!
Jadi siapa yang mengeluarkan isu-isu yang sensitif baik melalui media cetak mahupun elektronik, satu tindakan yang adil harus dikenakan serta merta. Bukankah IGP pernah berkata. "segala laporan yang dibuat akan dilakukan tindakan dalam masa 48 jam", oleh yang demikian, lakukan-bertindak dengan "bersih-Cekap-Amanah" demi mengukuhkan kepercayaan rakyat kepada penguatkuasa undang-undang.
Telah dipolitikkan...
Kalau isu sensitif ini telah dipolitikkan oleh sesetangah pihak, demi menjaga kepentingan politiknya, ini sangat menyedihkan. Sepatutnya wakil-wakil rakyat mahupun parti-parti politik yang terlibat tidak mempolitikkan isu sensitif ini demi mengekalkan "kepopularitian" mereka menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Ada banyak isu lain yang perlu mana-mana wakil rakyat mahupun parti politik yang memerintah pandang serius. Sebagai contoh isu masalah sosial, isu kemiskinan, dan isu-isu rakyat yang lain.
Jadi, tidak perlulah mencari publisiti murah dengan mempolitikkan isu sensitif ini.
Diam...
Walaupun kita hiudp di tengah-tengah kepelbagaian ini, serta perangai serta kecenderungan manusia yang bermacam ragam ini, sesamamu percaya, mereka yang dituduh dengan laporan yang begitu sensitif ini tidak semudah itu melatah. Ini menunjukkan mereka adalah rakyat yang matang dan menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada pihak yang berkuasa untuk melakukan tindakan susulan.
Berdiam supaya tindakan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa dapat dijalankan tanpa ada perkara berbangkit lain.
Pesan untuk semua...
Oleh yang demikian, sesamamu menyeru para wartawan serta blogger , tolong lebih sensitif di dalam isu-isu yang mahu laporkan. Jangan hanya pentingkan keuntungan semata serta "kepopularitian" sahaja.
Bapak Menteri yang menjaga keselamatan dalam negara...bertindak dengan bijak dan adil lah o....
Bapak Polis, bertindak dengan adil dan saksama...kepercayaan yang rakyat berikan harus dilakukan dengan "Bersih-Cekap-Amanah"....slogan Bapak Polis itu kan...
Untuk rakyat Malaysia, kita bijak dan matang dalam menilai satu-satu laporan di akhbar kita ni, ya, memeng ada akhbar yang cenderung kepada satu-satu pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang, tetapi kita harus bijak untuk menilai sesuatu laporan itu, jangan cepat melatah, tetapi timbangkan dengan adil semua laporan itu. Nanti boikot akhbar tersebut, kesian juga dengan keluarga mereka yang bergantung hidup hasil daripada bekerja dengan sesuatu syarikat akhbar ini kan? kita beli, kita baca, tapi kita berfikir dengan waras untuk menilar laporan para wartawan ini kan???
Saya cinta kepada keadilan...
No comments:
Post a Comment