sesamamu

Sunday, May 22, 2011

Potong subsidi VS Perang Rasuah???

Sesamamu ingin menjadi wakil suara kepada mereka yang semakin tertindas oleh kerana kenaikan harga yang menjadi-jadi ini. Ya, setelah harga minyak naik, harga gula naik, dan sekarang subsidi sana sini dibekukan serta di potong, tekanan terus menimpa orang yang berpendapatan sederhana. Rakyat biasa yang hanya berpendapatan seadanya terus merana. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah mengenakan cukai barang dan perkhidmatan yang tinggi.(GST)
Kerajaan mengambil langkah berjimat dan "bijak" dengan memotong subsidi yang selama ini diberikan kepada rakyatnya. Walaupun pun pedih, tetapi kerajaan terpaksa melakukan pemotongan tersebut demi menjaga negara daripda akan "muflis" pada masa akan datang. (Menurut pakar eknomi kita)

Potong subsidi tindakan yang bijak?

Persoalan yang mungkin bagi rakyat biasa seperti Sesamamu ini ingin tahu ialah, rakyat mungkin ingin tahu keberkesanannya serta sumbangannya pemotongan subsidi ini kepada kebanyakan masyarakat di Malaysia. Kerajaan berpendapat subsidi yang telah diberikan selama ini telah membebankan kerajaan kita. Oleh yang demikian, kerajaan mengambil kesempatan untuk memotong jumlah subsidi yang akan diberikan. Jadi, kalau benar subsidi ini membebankan kerajaan dan pemotongannya boleh menggalakkan pertumbuhan eknomi negara, rakyat sepatutnya diberi penerangan yang jelas. Terutama bagi rakyat-rakyat biasa yang seakan-akan "sudah jatuh ditimpa tangga" kehidupan harian mereka.
Bagi kebanyakan orang-orang yang berada ini, kenaikan harga barang mahupun pemotongan subsidi ini tidak begitu meninggalkan beban malah langsung tidak mempengaruhi cara perbelanjaan harian mereka. Mereka masih boleh makan di tempat berhawa dingin  serta makan makanan yang mewah. Tetapi bagi golongan yang berpendapatan sederhana, iaitu kebanyakan rakyat Malaysia ini, akibatnya sangat besar.
Pemotongan banyak subsidi yang sepatutnya lebih mengutamakan rakyat ini telah memberi kesan yang besar kepada harga barangan serta perkhidmatan  di negara kita. Kenaikan banyak barangan keperluan sekarang telah mempengaruhi golongan yang berpendapatan sederhana ini. Apa lagi kalau mereka yang kategori miskin tegar?

Potong subsidi VS Perbelanjaan berhemah?

Tidak lah kita tahu kalau ada program-program kerajaan kita yang memakan belanja berjuta-juta ini seharusnya dipotong? Daripada subsidi dipotong? Mungkin kerajaan harus teliti mana-mana program yang telah dilakukan tetapi hanya tinggal kenangan tanpa hasilnya. Jadi, program yang sedemikian seharusnya dipotong, bukan dengan memotong subsidi.
Mungkin program yang utama seperti program pencegahan rasuah diberi penekanan yang hebat oleh pihak kerajaan kita. Ini kerana, rasuah telah menyebabkan kerajaan kita rugi berjuta-juta malah  berbilion-bilion. Jadi, kenapa tidak kerajaan tumpukan segala usaha untuk membenteras jenayah rasuah ini. Rasuah ini telah menyebabkan sistem pemerintahan kerajaan sekarang pincang, dan yang paling buruk kesannya kepada rakyat. Yang kaya terus bahagia dan yang miskin semakin menderita.
Sesamamu pasti ada banyak program kerajaan di luar sana menjadi program "gajah putih" atau hanya sebagai satu program untuk mana-mana kementerian. Sebagai contoh, email 1Malaysia? entah berapa banyak wang diperuntukkan untuk program ini. Tetapi, sejauh mana email ini boleh menjangkau rakyat secara menyeluruh?

Tekanan kepada Rakyat...

Jika kerajaan ini akan muflis suatu hari nanti oleh kerana subsidi yang diberikan, menurut pendapat seorang menteri di pejabat perdana menteri, tetapi bukankah kita hanya perlu hiraukan apa yang kita miliki sekarang? Senaglah bagi dia memperkenalkan pemotongan subsidi ini dalam program transformasi ekonominya, tetapi bagi mereka yang dipendalaman ulu Trusan yang terpaksa membayar RM6 se-liter petrol dan RM80 se-tong gas?
Rakyat terus menderita oleh kerana harga barangan semakin menekan hidup dan dalam masa yang sama sistem yang ada di negara kita telah menyebabkan pengagihan pendapatan negara kita tidak dapat diagihkan dengan seadilnya kepada semua rakyat negara kita.

Harap didalam kenaikan harga barangan yang semakin menekan ini tidak akan menjejas sambutan hari gawai pada tahun ini. Dalam masa yang sama, berbelanjalah dengan bijak ya....selamat hari Gawai!!!

No comments:

Post a Comment