sesamamu

Sunday, May 8, 2011

Khas Buat N70-Bakelalan

Shalom, dan salam damai dalam kasih Tuhan Yesus Kristus.

Buat pertama kalinya sesamamu terfikir untuk menulis satu surat khas buat tatapan para masyarakat sebangsa dengan sesamamu di Bakelalan pada keluaran artikel di blog ini. Tetapi minta maaf kerana menulis di dalam Bahasa Melayu dan bukanyan Bahasa Ibunda sesamamu-Lun Bawang.
Sesamamu terdorong untuk menulis selepas melihat dan mendengar apa yang berlaku selepas pilihan raya yang lepas.  Ya, pilihan raya yang lepas sedikit sebanyak telah meninggalkan banyak kesan kepada masyarakat di kawasan N70 - Bakelalan dan Lun Bawang khususnya. Kenapa? ya, secara peratusannya, kawasan N70-Bakelalan mewakili suara majoriti masyarakat Lun Bawang pada amnya.Jadi, dengan itu sesamamu ingin mengucapkan tahniah kepada Saudara Baru Bian kerani diberi mandat oleh rakyat di N70 untuk mewakili mereka untuk satu penggal ini dan syabas juga kepada Saudara Willie Liau kerana memberi satu saigan yang sihat walaupun merupakan muka baru di arena ini, tetapi telah menunjukkan kemampuannya.

Siapa yang menang dan siapa yang kalah?

Melalui surat ini, sesamamu ingin menyatakan bahawa, baik Saudara Baru Bian mahupun Saudara Willie Liau, tiada yang menang dan tiada siapa yang kalah! Tetapi yang menang adalah, Tuhan Allah Kita yang kita percaya dan sembah sejak 1930an lagi. Balik kepada 80 tahun yang lepas, Ya, pada tahun itulah masyarakat kita Lun Bawang yang kira-kira sekitar 3,000 sahaja pada masa tersebut telah diselamatkan oleh Kasih Anugerah Tuhan melalui mubaligh-mubaligh Kristien yang tidak kenal penat lelah dan tanpa putus asa mengharungi Sungai Trusan serta hutan rimba pada ketika itu. Jadi, Dia lah yang sepatutnya memiliki kemenangan itu.
Sesamamu percaya, kebanyakan masyarakat Lun Bawang yang sekitar kawasan N70 ini berdoa dan berpuasa untuk pilihan raya yang lepas. Dan sesamamu percaya antara permohonan anda kalian ialah, "Datanglah kerajaan Mu, jadilah kehendak MU, di bumi seperti di Syurga...". Jadi. Dan...ini adalah jawapan doa kalian, Tuhan yang telah membuat keputusan kerana permintaan yang jujur daripada anda semua. Ya, permintaan jujur tanpa berat sebelah, tanpa memohon dan memberi nama kepada Tuhan orang yang kamu mahu Tuhan sahkan jadi wakil kamu dalam doa kamu.

Berbeza tetapi SAMA...

Apabila pemerintahan Raja Brooke ketika itu mengetahui bahawa para mubaligh ingin menjangkau masyarakat Lun Bawang sekitar awal 1930an, mereka sebenarnya di larang untuk melawat masyarakat Lun Bawang, ini kerana sudah sekian lama pemerintahan Raja Brooke ingin mengubah masyarakat Lun Bawang pada ketika itu, tetapi selalu tidak berjaya, sehingga pernah mengatakan "Biar masyarakat Lun Bawang ini mati dan pupus dari dunia kerana mereka seperti kasut buruk". (Drunk Before Dawn dan Uncharted water). Dan cuba menasihatkan para mubaligh Kristien ini supaya tidak perlu melawat mereka.
Sejarah telah mengajar dan memberi tahu kita, walaupun sekarang banyak perbezaan dikalangan masyarakat Lun Bawang, dan salah satu perbezaan yang paling ketara ialah pada masa sekarang ialah perbezaan pendapat dan pendirian dalam hal politik. Tetapi persamaan yang paling ketara ialah, KEPERCAYAAN masyarakat ini kepada Tuhan Yesus Krsitus dan sejarah yang sama bagaimana mereka diselamatkan oleh kasih karuniaNya. Jadi, yang itu sesamamu tidak boleh sangkalkan.
Malah, gereja injil yang terawal dan terbesar sekarang ini di Sarawak juga bermula daripada Masyarakat Lun Bawang selepas mereka mengenal Tuhan. Jadi, sejarah tentang bagaimana Tuhan mengubah kepercayaan Masyarakat Lun Bawang ada satu persamaan yang generasi ke-4 sekarang ini genggam erat di dalam lipatan hati mereka sampai selama-lamanya.
Pada hari-hari terakhir sebelum pembuangan undi yang lepas, sesamamu terdorong apabila melihat di mana-mana sahaja gereja yang ada di Lawas, mengadakan doa khusus untuk Tuhan campus tangan di dalam kawasan pilihanraya N70- Bakelalan. Mereka datang tanpa mengira latar belakang politik dan parti politik yang mana mereka akan pilih, tetapi mereka datang dengan satu hari dan berdoa memohon daripada Tuhan untuk campur tangan.
Dan, jawapan telah diberi!!!

Percayalah...ini adalah jawapan Doa kalian...

Sesamamu percaya doa kalian tidak berat sebelah dan memihak kepada mana-mana pihak tetapi doa kalian terkandung permintaan supaya Rencana Tuhan yang berlaku bukan?
Dan sekarang percayalah ...ini jawapan kepada permintaan Kalian Daripada Nya.
Bagi sesamamu, ini mungkin mesej Tuhan kepada kita masyarakat Lun Bawang pada amnya dan Sarawak khususnya, bahawa Tuhan yang sepatutnya memerintah. Dan pemerintahan Nya berdasarkan KEBENARAN dan KEADILAN (Mazmur 89:14). Mungkin juga Tuhan memberi mesej kepada kita bahawa sudah tiba masanya KEBENARAN dan KEADILAN  dipulihkan dikalangan umatNya dan mungkin harus bermula SEKALI LAGI DI BAKELALAN?
Mungkin selama ini hidup kita penuh dengan keTIDAK ADILAN sehingga KEBENARAN  itu tidak ada diantara kita? Dan mungkin tiba masanya KEADILAN dan KEBENARAN itu dipulihkan kembali di sini? Sebab sesamamu pasti, Tuhan itu amat BENCI kepada ketidak adilan yang berlaku diantara kita. Oleh kerana terlau besar Cinta-Nya Tuhan kepada keadilan (Mazmur 99:1), Dia ingin memulihkannya kembali, mula sekali lagi di Bakelalan? Kembali-"LEMUBED".
Jadi, percayalah...keputusan ini adalah jawapan Tuhan hasil daripada permintaan kalian tempoh hari.

LEMUBED..."Kembali"

Ya, "Lemubed" ataupun kembali! Tuhan telah menjawap doa kalian, DIA telah memilih pemimpin yang Dia mahu untuk memimpin kalian. Dan sekarang, ketepikan perbezaan ideologi politik itu dan kembali kepada Nya dengan sama-sama mebawa kerajaan Nya ataupun "KEADILAN DAN KEBENARAN" itu di kawasan kita, negeri kita dan Negara kita. Sebab segalanya adalah dari DIA dan oleh DIA. Bersama-sama kita mendorong wakil kita ini untuk kembalikan KEADILAN DAN KEBENARAN itu. Perlu diingat, negara kita ada sistem perundangan nya sendiri dan pemimpin yang kita pilih boleh ditukar pada pilihan raya. Jadi, kalau dia tidak dapat melaksanankan tanggung jawabnya nanti, kita menggunakan pilihan raya untuk memilih pemimpin yang lain. Tetapi sekarang, apa yang kita perlua buat ialah, sama-sama memdorong dan menyokong di dalam doa mahupun tindakan kita supaya akan ada "LEMUBED" ataupun kembalikan KEADILAN dan KEBENARAN itu di kawasan kita yang semakin hanyut dengan masalah masalah "Social immorality".
Oleh itu, buat masa sekarang ini, adalah masa Tuhan membuat pemulihan melalui wakil Dia yang dipilih melalui pilihan raya yang sudah dan mungkin orang lain pula pada penggal yang akan datang?


Bersatu...

Sesamamu menyeru N70- Bakelalan, terutamanya masyarakat Lun Bawang bersatu membangun kerajaan-Nya berdasarkan keadilan dan kebenaran serta bersatu dengan penuh kerendahan hati dan mengasihi sesamamu dengan penuh kasih Kristus itu (Mikah 6:8). Jangan biarkan keputusan pilihan raya ini akan menggugat kesatuan yang sekian lama terjalin diantara kita tetapi, biar ia akan mengeratkan hubungan sesamam kita. Ini yang dituntut daripada kita sepatutnya.

Buat Saudara Baru Bian, anda tanggung jawab yang besar dipikul oleh anda, sebab anda dipanggil untuk menyediakan jalan itu, membuang segala sampah-sarap di sepanjang jalan itu serta menyediakan jalan itu, setiap lembah harus ditimbus, setiap gunung diratakan, maka akhirnya kemuian Tuhan akan dinyatakan sehingga seluruh suku bangsa dan kerajaan di dunia ini melihat akan kemulian itu.(Yesaya 40:1-5). Masa ini adalah masa Tuhan berikan kepada mu untuk disediakan bagi pemimpin yang akan datang selepas anda.

Mungkin masa itu adalah masa untuk pemimpin yang Baru seperti saudara Willie Liau????

Pandangan berasaskan "KerajaanMU datanglah..."

Menurut pandangan penganalisis politik, keputusan pilihan raya N70-Bakelalan, Keputusan adalah memihak PR kerana ;
i- Kepopularitian Calon
ii- Undi protes
iii- Dan sebagainya...

Tetapi sesmamu melihat menurut pandangan atau mentaliti "Datanglah Kerajaan MU..." di mana Tuhan sendiri sebagai Raja yang memerintah, Raja yang mengasihi Keadilan (Mazmur 99:1)itu yang telah Bersuara melalui rakyat yang datang memohon kepada Dia di dalam doa dan dimanifestasikan dalam jumlah undi mereka yang lepas.

Oleh itu sama-sama kita mengambil ikhtibar melaluinya, datang LEMUBED ataupun kembali kepadanya dengan lebih dekat lagi...

Salam kasih damai Allah Bapa menyertai kalian...amen.

1 comment:

  1. Chayo!Chayo!!..Finished STRONGER than you STARTED at 1930s..spiritually & politically - God Lead YOU!

    ReplyDelete