sesamamu

Friday, December 20, 2013

Tanggal atau buang?

Pada suatu pagi, Si ayah dan anaknya mahu ke kedai kopi yang berdekatan untuk bersarapan. Si ayah memberi seluar yang diguna oleh anaknya di sebuah kem pelajar pada minggu yang sudah.
Tiba-tiba si anak berkata, "Papa, saya tidak mahu pakai seluar ni, duri cucuk!". Dia lalu membuka seluar tersebut dan melontarnya ke sudut untuk dibasuh.

Si ayah pun tersenyum melihat gelagat anaknya itu.

Tanggal seluar atau buang duri ?

Ada dua pilihan yang dapat diambil daripada peristiwa ini.

Pertama, dengan mengambil cara mudah, hanya tanggalkan seluar tersebut dan berlalu begitu sahaja dengan seluar yang baru.

Kedua, duduk sebentar dan buang satu persatu, duri ataupun anak rumput itu satu persatu.

Tetapi, sebelum itu, kkta harus tahu kenapa seluar tersebut menjadi sedemikian rupa dan tidak selesa untuk si anak pakai?

Minggu yang sudah, si anak telah bermain di kawasan padang yang tinggi lalangnya dan semak samun yang lebat. Dalam melalui kawasan yang berlalang itu, segala macam benda yang boleh tersangkut di seluar nya telah menjadi benda yang menyusuk kulit kakinya. Ini menyebabkan Si anak tidak begitu selesa setelah memakai seluar yang sama itu.

Dengan cepatnya, dia tanggalkan seluarnya dan tukar kepada yang baru.

Apa yang kita dapat pelajari daripada cerita ini ialah, untuk mengharungi semak samun dan lalang yang tinggi kehidupan ini, sudah pasti kita akan merasa tidak selesa atauoun ditusuk dengan pelbagai kenangan pahit, kelukaan, temohan, cacian, penolakan dan penghinaan.

Proses memulihkan seluar itu dalam keadaan sedia kala adalah satu gambaran di mana kita perlukan "tangan tambahan" untuk menolong kita. Prosesnya mungkin mengambil masa yang lama dan teliti tetapi berbaloi.

Monday, December 9, 2013

Krismas tanpa dinding gereja

Pada 7hb Disember yang lepas, satu kumpulan Pelajar Kristian dari UiTM Kota Samarahan kampus telah pergi ke jalanan merayakan hari Natal bersama 70 orang kanak-kanak di Stutong Baru Children Community Centre (SBCCC) di Kuching. Seramai 100 orang pelajar Kristian dari PPK ini bersama lebih kurang 30 pemimpin (Jumlah 130 orang) telah turun padang merayakan Natal bersama kanak-kanak ini walaupun dalam serba kekurangan.

Sebelum harinya...


Para AJK yang terlibat telah membuat perancangan yang rapi dan mengumpul dana melalui pemberian kasih dari mereka yang ingin menyumbang. Idea ini tercetus setelah sepanjang tahun ini telah melibatkan diri melayani kanak-kanak di pusat ini sekali sebulan setipa sabtu.

Pada hari yang dinantikan itu pula, 2 buat lot kedai telah diberi untuk mereka melakukan perayaan ini, tetapi, satu pembersihan secara besar-besaran harus dilakukan memandangkan pelbagai samaph dan najis manusia di dalam bangunan lot ini.

Kesungguhan mereka untuk menjadi kan perayaan ini berhasil telah menjadikan tugas yang mencabar ini menjadi satu tugas yang dilakukan dengan penuh keriangan Natal!

Gereja tanpa dinding...

Sebelum masanya lagi, kanak-kanak disekitar tempat ini telah datang seawal 12.30pm. 2 buah bas yang telah di sewa khas oleh PPK UiTM tiba tepat pukul 2pm, sejam sebelum aktiviti dijalankan. Melihat wajah-wajah pelajar Kristian yang turun dari bas yang bercampur aduk ini, Sesamamu membuat kesimpulan, ada yang terperanjat! tidak menyangka ini tempatnya (Selalunya Krismas dekat shopping mall ) kerana ingatkan ia dilakukan diluar gereja atau kampus, tanggapan selalu di tempat yang berhawa dingin maupun yang "shopping mall".

Tetapi semua itu dapat ditangani oleh AJk dengan memberi penerangan tentang tempat dan siapa mereka ini, sebab ada yang pertama kali dengar dan datang di tempat ini.

Krismas ke jalanan...

Yang menariknya ialah, bukans sahaja kanak-kanak di sekitar tempat perumahan ini yang datang, lebih ramai masyarakat di sekitar tempat ini datang menjengok mahupun datang untuk melihat, "apakah yang berlaku."
Ya, semangat Krismas ini harus dibawakan ke jalanan seperti ini. Di tempat di mana ramai yang belum tahu
lagi erti Natal sebenar ini.

ANUGERAH TERINDAH NATAL- menjadi tema pada hari tersebut, bukan sahaja memberkati kanak-kanak yang hadir, maah ramai pelajar-pelajar Kristian dari PPK UiTM tersentuh serta mengerti akan erti sebenar Natal itu.

Ada yang mengatakan, "Ini Krismas yang sangat bermakna bagi saya tahun ini."

Begitu juga bagi Sesamamu, ia menjadi hadiah Natal yang terhebat bagi Sesamamu dan apabila mendengar ada 100 orang pelajar yang mahu terlibat, ia menjadi satu Natal yang penuh dengan harapan kepada Sesamamu. Harapan yang dibawa sendiri oleh generasi pelajar ini.

Jom!, jadi agen Jambatan Anak Malaysia dengan membawa erti NATAL ini kepada mereka yang memerlukan. Ya! yang memerlukan!

SELAMAT HARI NATAL





Monday, November 25, 2013

Bertahun Kristieniti bertapak di Sarawak. Tetapi...

Ya tidak dinafikan, kristieniti sudah lama bertapak di Sarawak, dan tidak dinafikan ia menjadi agama yang terbanyak penganutnya. Ada pelbagai denominasi di Sarawak yang menyumbang kepada majoriti penganut agama tersebut di Sarawak.

Tetapi, dengan penganut yang majoriti di Sarawak tidak menjamin kepada 100% mereka yang di luar bandar terutamanya mengamati agama Kristien ini. Masih ramai lagi masyarakat peribumi di Sarawak masih lagi mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Adapun yang telah mengatakan mereka telah memilih agama kristien sebagai kepercayaan baru mereka tetapi masih ramai lagi yang menganggap Tuhan Yesus Kristus itu sebagai satu lagi "koleksi tuhan " mereka yang mungkin dapat digunakan pada saat-saat genting, dan selalunya sebagai "pemain simpanan".

Kita Kristien sibuk yang bukan-bukan...

Amanat agung yang menuntut orang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus supaya pergi ke seluruh dunia dan memberitakan tentang berita baik itu telah menjadi sangat "komersial" dan berunsurkan satu perhimpunan beramai-ramai orang Kristien. Kita sibuk dengan satu perhimpunan yang besar untuk "meneguhkan serta menguatkan" iman (peribadi) kita sehinggakan ia menjadi satu tradisi "perhimpunan raksaksa" orang -orang percaya sahaja. Ataupun dalam perkataan yang lebih manis lagi ialah perkumpulan "Kristien Ekslusif" sahaja.
Tetapi, mereka yang belum kenal Tuhan dan masih mengamalkan kepercayaan lama masih ramai lagi di kawasan luar bandar. Malah mereka ini dalam masa 3 tahun langsung tidak pernah dilawati oleh mana-mana "missionary".
Sibuk dengan perhimpunan besar ataupun konsert rohani yang mega-mega, dimana sudah pasti perbelanjaan beratus-ratus ribu. kalau 4 perhimpunan ataupun perkumpulan besar ini sepanjang setahun, wow betapa jumlah wang tersebut mungkin dapat membwa banyak lagi jiwa di ulu-ulu sana kepada Tuhan.

Apa kata "missionary" kita???

Sesamamu sempat bertanyakan seorang "missionary" yang sudah 5 tahun melayani di kawasan "penginjilan"nya. Apabila di tanya, berapa "allowance" bulanan yang diterima? Dengan penuh kerendahan hati dia menjawab,: Sebulan RM350, itu pun kalau ada RM150 yang dijanjikan oleh bandan induk gereja dia. Tetapi, pada tahun pertama saya di sini, saya "nasib-nasib" adalah terima RM150 dalam akaun saya. Terpaksa berjimat untuk membeli minyak motosikal, supaya dapat melawat rumah-rumah panjang yang ada (9-10 rumah panjang).
Satu penemuan yang sangat mendukacitakan bagi sesamamu. Mereka adalah pelayan Tuhan dibarisan hadapan tetapi kebajikan mereka dipandang, endah tak endah sahaja. Dan apabila Sesamamu bertanyakan soalan kenapa mereka masih setia melayani?

Ini jawapan yang sangat mengharukan dan melukan hati Sesamamu,: "Demi suku kaum saya dan bangsa saya.Saya mahu lihat mereka diselamatkan".


Monday, September 30, 2013

"Aku suka Kristus kamu dan bukan orang Kristien..."- Mahatma Gandhi



“I like your Christ, I do not like your Christians. Your Christians are so unlike your Christ.” _Mahatma Gandhi.

Tajuk di atas adalah petikan daripada satu ungkapan kenyataan dari seorang bukan Kristien, iaitu Mahatma Gandhi. Kenapa beliau mengungkapkan kenyataan demikian kepada orang Kristien di sekitarnya mungkin satu respon kepada perbuatan ataupun tingkah laku orang  Kristien yang dia tahu.

Ada benarnya...

Tetapi jika dilihat kepada kehidupan orang Kristien sekarang, ada kebenaranya kenyataan tersebut. Mungkin Sesamamu sendiri juga salah seorang yang dianggap Mahatma Gandhi sedemikian rupa.

Kalau dilihat dari konteks waktu dan ketika kenyataan ini dibuat, Mahatma Gandhi sedang berjuang untuk menidakkan ketidak seimbangan sosial masyarakat dan juga ketidak adilan serta penindasan kepada golongan bawahan di India. Sehingga dia sanggup berlapar untuk memperjuangkan apa yang dia percaya bahawa setiap manusia ada hak untuk menikmati keseimbangan hidup dan hak yang sama rata tidak mengira darjat mahupun sosial kedudukan didalam masyarakat. Malah mati dibunuh kerana perjuangan nya ini!

Kenapa sampai begitu rupa?

Satu Soalan yang baik, kenapa kenyataan belia sebegitu rupa? Adakah beliau tahu siapa itu Kristus, Yesus?

Bagi Sesamamu, Mahatma Gandhi pasti kenal siapa itu Tuhan Yesus Kristus dan perbuatannya melalui pembacaan serta penemuan peribadinya dalam membaca Alkitab orang Kristien. Itu yang pasti. Beliau mengenali bagaimana Kristus respon kepada penindasan, ketidak adilan dengan penuh kasih. Dan menjadi dasar kepada ajaran Kristus yang mungkin Mahatma Gandhi kagumi. Sehinggakan Beliu terdorong menyatakan "aku suka Kristus kamu...".

Dan bagaiman pula kenyataan..."dan bukan orang Kristien...?"

Ini adalah seakan-akan timbul daripada rasa kecewanya terhadap penjajah Inggeris sewaktu memerintah India. Sesamamu pasti, penjajah ini membawa ajaran tentang Kristus di India, tetapi kehidupan harian mereka tidak menggambarkan ajaran sebenar Kristus itu.

Mungkin juga, Beliau mempunyai pengalaman yang buruk apabila bersama-sama dengan golongan Kristien tetapi menghalalkan segala yang beliau perjuangkan seperti, penindasan, perkauman, keseimbangan sosial dan kebebasan. Apabila beliau sedar betapa kebanyakan orang Kristien yang disekelilingnya hanya tahu bercakap dan tidak melakukan apa yang Alkitab ajari, ini membuat beliau rasa kecewa dan seterusnya menyatakan kenyataan ini.

Bagaimana dengan sekarang?

Sesamamu juga merasakan pada masa sekarang, hal ini juga masih wujud. Jika Mahatma Gandhi masih hidup, beliau pasti tersenyum (Menyindir) dan mengatakan, "Aku sudah kata, mereka masih sama dan Kristus itu sahaja yang aku masih suka". Wow! terlalu sinisnya kenyataan ini kan?

Ya, apa tidaknya, kita masih menjadi orang Kristien yang sangat "exclusive " dan "territory". 

"Exclusive"  dalam erti kata, doktrin atauoun ajaran gereja aku yang betul! Korang itu menyeleweng. Gereja aku yang membawa kita kepada keselamatan dan bukan kamu! Kita hanya terlalu fokus kepada "keselamatan" diri sendiri ataupun, mahu pergi syurga sorang-sorang, tetapi orang lain kita tidak mahu ambil peduli.
Mahu bercakap tentang penindasan, kemiskinan, korupsi, penebangan hutan berleluasa, politik yang tidak betul! Semuanya ini jauh daripada topik khotbah setiap hari ahad. Menjadi tersu "Exclusive" apabila topik khotbah setiap hari ahgad hanya tentang, Hidup yang diberkati, Hidup yang berkenan dihapadan Tuhan, Penyembahan yang mengagungkan Tuhan, Kehidupan ke syurga kelak....dan sebagainya...

"Territory" pula, kita sibuk tentang menjaga "kawasan domba peliharaan" kita sahaja. Takut-takut domba-domba kita akan dicuri oleh gereja lain. Ini menyebabkan kita sibuk dengan pengisian dan program kita yang walaupun pada hakikatnya ingin terus menjaga domba -bomba dibawah peliharaan kita supaya sentiasa terbela teta;i dalam masa yang sama ingin mencuri domba-domba orang lain dalam bersaing menganjurkan program-program yang canggih manggih! Selalunya anak-naka muda tu lah menjadi sasaran dan strategi paling effektif ialah melalui muzik! Betulkan????? kan????

UBAH persepktif itu...

Sampai bila ungakapan ini akan bermain dan terus menjadi satu ungkapan yang tersu diguna pakai? Kalau tidak kita sendiri sebagai orang yang menjadi pengikut Kristus mengubahnya.
Kalau tidak silap Sesamamu, Khotbah Tuhan Yesus di atas bukit (Matius 5,6 dan 7) sudah cukup untuk menyatakan, apakah ajaran
sebenar Tuhan Yesus Kristus kepada pengikutnya dan sudah pasti untuk kita sekarang applikasikan.

Saya mahu menUBAHnya dan apabila suatu hari nanti berjumpa dengan Mahatma Gandhi, saya akan menyatakan kepada beliau, "Mahatma Gandhi, anda silap!"...bagaimana dengan anda?

Friday, September 27, 2013

Pesanan Sempena Hari Malaysia 2013 daripada YB Baru Bian

Setelah mendengar Pesanan Yb Baru Bian di RFS tempoh hari, Sesamamu sangat tertarik dengan ucapan yang sangat bernas lagi informatif, terutama untuk generasi muda dari Bumi Kenyalang untuk menghayati makna 50 tahun pembentukan Malaysia ini. 

Terima kasih dengan YB kerana memberi salinan asal ucapan nya ini dsewaktu berucap diperayaan Hari Malaysia di Selangor baru-baru ini. Dan juga membenarkan Sesamamu untuk mengongsikan nya di dalam blog ini.


"Terlebih dahulu, saya ingin mencatatkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana memberi tempat dan masa untuk kita mengingatkan satu detik sejarah Negara kita yang penting dan bermakna bagi kita semua sebagai rakyat Malaysia. Terima kasih juga saya ucapkan kerana menjemput saya untuk memberi ucapan sempena hari yang bersejarah ini mewakili kita yang asal dari Sarawak.

Saudara/saudari, sempena menyambut hari ulangtahun pembentukan Malaysia yang ke-50,ini adalah masa yang sesuai bagi kita semua untuk mengimbas kembali makna Hari Malaysia khususnya kepada penduduk Sarawak, serta melihat kepada pencapaian keseluruhan masyarakat Sarawak pada hari ini. Di manakah kedudukan kita sekarang, dalam terma pembangunan dan kemajuan ekonomi, dalam terma integrasi dan keharmonian masyarakat, dalam terma kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat? Mengapakah nenek moyang kita bersetuju menyertai Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Singapura untuk membentuk Malaysia 50 tahun dahulu? Adakah visi dan harapan mereka demi Sarawak telah tertunai?

Pada hari ini saya ingin mengingatkan bukan hanya penduduk Sarawak dan Sabah tetapi saudara/saudari kita dari Semenanjung Malaysia kepada kata-kata Allahyarham Tunku Abdul Rahman berkenaan dengan pembentukan Malaysia: ‘bahawa salah satu objektif utama adalah untuk kemajuan dan pembangunan ekonomi Wilayah Borneo agar taraf hidup dan kemahiran teknikal mereka dapat ditingkatkan, dan suatu asas kukuh dapat disediakan bagi mempercepatkan pembangunan ekonomi…… agar jurang di antara negeri yang mundur dan negeri yang maju dapat dikurangkan’.

Pada hari ini juga saya ingin mengingatkan rakyat Sarawak tentang satu legacy yang positif yang telah ditinggalkan oleh Rajah Putih (The White Rajah) dalam kata yang lain iaitu “The 9 Cardinal Principles” atau ‘9 Prinsip Utama’ dalam urus-tadbir yang baik, yang kemudiannya dijadikan sebagai “Preamble” atau Landasan Perlembagaan Negeri Sarawak yang pertama, yang berbunyi demikian dalam bahasa Inggris:


Sarawak Order No. C-21 (Constitution) 1941 enacted 24 September 1941 (in part only).
Now therefore it is meet that we should pronounce and declare the principles of government, which have actuated our predecessors and ourselves during the one hundred years of the rule of the English Rajahs. And we do urge that these same principles which have brought peace and contentment to our people may serve to guide the members of the Councils of State who will hereafter be responsible for the good Government of Sarawak.
Let the Cardinal Principles of the rule of the English Rajahs as set out hereunder therefore be remembered:
1. That Sarawak is the heritage of our Subjects and is held in trust for them.
2. That social and educational services shall be developed and improved and the standard of living of the people of Sarawak shall steadily be raised.
3. That never shall any person or persons be granted rights inconsistent with those of the people of this country or be in any way permitted to exploit Our Subjects or those who have sought our protection and care.
4. That justice shall be easily obtainable and that the Rajah and every public servant shall be freely accessible to the public.
5. That freedom of expression both in speech and writing shall be permitted and encouraged and that everyone shall be entitled to worship as he pleases.
6. That public servants shall ever remember that they are but the servants of the people on whose goodwill and co-operation they are entirely dependent.
7. That so far as may be Our Subjects of whatever race or creed shall be freely and impartially admitted to offices in Our Service, the duties of which they may be qualified by their education, ability and integrity duly to discharge.
8. That the goal of self-government shall always be kept in mind, that the people of Sarawak shall be entrusted in due course with the governance of themselves, and that continuous efforts shall be made to hasten the reaching of this goal by educating them in the obligations, the responsibilities, and the privileges of citizenship.
9. That the general policy of Our predecessors and Ourselves whereby the various races of the State have been enabled to live in happiness and harmony together shall be adhered to by Our successors and Our servants and all who may follow them hereafter.”

Saudara/saudari, bagi saya 9 Prinsip Utama ini adalah landasan dan pertunjukan yang baik dan adil untuk pemimpin dan pemerintah yang benar-benar mengutamakan keperluan dan kedudukan rakyat jelata dalam satu negara.

Saudara/saudari,jangan kita lupa juga 18 Perkara dalam Perjanjian Malaysia yang bertujuan untuk melindungi kepentingan penduduk Sarawak, lebih-lebih lagi isu-isu yang berkaitan dengan agama, bahasa, perlembagaan, imigresen, Borneonisasi dan keahlian dalam perwakilan di dalam kerajaan pusat/persekutuan.

Hari ini, rakyat Sarawak sedang bergelut dengan isu-isu yang sangat membebankan termasuklah kos cara hidup yang kian meningkat tanpa sebarang peningkatan dalam pendapatan boleh guna; peningkatan kadar jenayah (terutamanya jenayah berat/ganas pada tahun lepas); pengagihan yang tidak adil dan kekurangan peluang-peluang ekonomi dan pendidikan; serta masyarakat luar bandar yang hidup dalam ketakutan akan kehilangan tanah mereka kepada syarikat-syarikat besar yang terlibat dalam aktiviti pembalakan dan pembinaan empangan yang disokong oleh mereka yang berkuasa. 50 tahun setelah membentuk Malaysia, 30% penduduk pedalaman Sarawak masih tidak mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti api elektrik dan bekalan air paip. Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, klinik dan sekolah amat berkurangan manakala kemudahan yang sedia ada adalah tidak menepati piawaian yang ditetapkan dan tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk. Manakala para pemimpin kita telah mengumpul kekayaan yang sangat besar untuk keluarga dan penyokong mereka. Namun, rakyat kita sering diingatkan supaya sentiasa bersyukur kepada kerajaan BN atas sisa-sisa yang diberikan.

Saudara/saudari, rakyat kini memerhati dalam kebimbangan dan kebingungan terhadap kemunculan situasi berbahayaekorantiada toleransi agama dan kaum yang diakibatkan oleh hasutan oleh beberapa golongan pelampau di Malaysia, tanpa kawalan dan tindakan oleh para pemimpin negara yang berdiam diri dan seolah-olahmembenarkan isu-isu tersebutdigunakandalam usaha mereka untuk berpegang kepada kuasa. Malah kerajaan Persekutuan turut menyumbang kepada ketegangan kaum melalui isu perkataan “ALLAH” dan ketiadaan tindakan ketika kaum Cina dan India digelar pendatang dan disuruh pulang ke negara asal. Ianya sungguh memalukan apabila kita merupakan negara yang menduduki tangga teratas dalam Transparency International’s Bribery Table dan tempat ketiga dalam Global Financial Integrity iaitu kaji selidik aliran keluar modal haram di seluruh dunia, meskipun kita harus mengakui terdapat segelintir rakyat Sarawak sendiri yang menyumbang kepada pencapaian tersebut. Kita adalah sebahagian daripada negara yang, selepas 50 tahun, seolah-olah masih rapuh, terasing dan tiada pendirian. Senarai unsur-unsur negatif negara ini adalah panjang dan menyedihkan.

Kesimpulan yang nyata adalah Sarawak masih gagal hasil daripada perkongsian selama 50-tahun ini dengan Malaya. Visi Tunku masih belum tertunai dan rakyat Sarawak masih ketinggalan dalam segala aspek – dari aspek pendidikan ke penjagaan kesihatan, dari kemudahan asas dan insfrastruktur, dari pembangunan industri dan kemajuan ekonomi. Ratusan nyawa terkorban dalam kemalangan jalan raya setiap tahun kerana Kerajaan Persekutuan gagal membina sebuah lebuhraya yang sesuai merentangi seluruh negeri. Kerajaan Persekutuan juga telah mengambil sebahagian besar hasil minyak dan gas (dan terus berbuat demikian) untuk membiayai pembangunan di Semenanjung Malaysia namun tidak memberipulangan yang sepadan kepada kita, mahupun mengakui sumbangan Sarawak, yang telah terbukti merupakan satu pengorbanan yang besar olehrakyat Sarawak.

·         PEMASYHURAN MALAYSIA

Dalam refleksi ini, kita yang dating dari Sarawak tidak boleh menyalahkan pihak lain secara total. Hak-hak kita seperti yang terkandung dalam 18 Perkara sudah dihakis namun para pemimpin kita sendiri tidak mampu ataupun tidak sanggup untuk menegakkan keadilan untuk kita. Sedihnya bagi mereka, 9 Prinsip Utama(9 Cardinal Principles) seolah-olah tidak relevan /penting. Sarawak telah dilumpuhkan oleh pemimpin-peminpin yang bersikap tidak acuh di kedua-dua peringkat negeri dan Persekutuan.

Walaupun gambaran suram kelihatan, saya tidak boleh lemah semangat. Semasa lawatan saya ke pedalaman Sarawak, saya bertemu dengan orang-orang yang murah hati, baik dan ikhlas walaupun kehidupan mereka dipenuhi dengan kesusahan dan serba kekurangan. Mereka hidup secara harmoni dan tidak memahami isu perkauman dan keagamaan yang tidak masuk akal yang dilaung-laungkan oleh segelintir golongan yang cetek pemikiran di Semenanjung Malaysia. Rakyat Sarawak adalah masyarakat yang cintakan keamanan sehinggakan Rajah Putih dan nenek-moyang kita berusaha melindunginya menerusi 9 Prinsip Utama dan 18 Perkara. Selama bergenerasi, rakyat Sarawak telah hidup dalam 1Malaysia, lama sebelum ia menjadi slogan tak bererti kerajaan BN.

Saya ada alasan untuk mempunyai harapan untuk masa depan negara ini. Peristiwa beberapa tahun lalu khasnya beberapa bulan lepas telah menunjukkan bahawa walaupun terdapat cubaan mereka yang berkepentingan untuk memporak-porandakan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama, rakyat biasa tetap tidak terpengaruh. Rakyat Malaysia kini menuntut keadilan, kejujuran dan kesaksamaan, pilihanraya yang bersih dan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab seperti yang dibuktikan dengan kehadiran mereka pada perhimpunan yang dianjurkan,serta undi mereka pada pilihanraya umum yang lepas. Rakyat Malaysia pada hari ini mula mengakui sejarah sebenar Persekutuan Malaysia, bagaimana ia dibentuk dan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan. Rakyat Malaysia kini mencabar sukatan matapelajaran sejarah di sekolah yang telah diputar-belitkan dan meminta sejarah yang tepat ditulis dan diajar. Rakyat Malaysia sekarang amat mengambil berat akan masa hadapan negara dan bagaimana ia akan ditadbir. Rakyat Malaysia kini telah menemui suara mereka semula.

Saudara/saudari, sempena kita merayai Hari Malaysia ini, saya berdoa agar tidak lama lagi negara kita akan mempunyai pemimpin-pemimpin yang didorong oleh rasa cinta kepada negara dan keinginan untuk benar-benar berbakti dan menjaga kebajikan rakyat berbanding dengan pencarian mereka sendiri untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan. Kita memerlukan pemimpin yang memahami asas kebenaran di sebalik 9 prinsipUtama dan 18-Perkara. Kita perlukan pemimpin yang komited untuk hidup berdasarkan prinsip-prinsip ini tanpa rasa gentar atau pilih kasih dan setiap keputusannya dibuat berdasarkan kebenaran asas ini. Hanya selepas itu kita akan dapat menikmati hidup di Malaysia dan makmur seperti yang digambarkan oleh nenek moyang kita.

Selamat Ulangtahun ke-50, Malaysia.








BARU BIAN
ADUN N. 70
BA’KELALAN

21.09.13"

Tuesday, September 24, 2013

Malaysia 50 tahun: Aku punya satu impian...untuk TANAHAIRKU

16 September yang lepas, Malaysia telah berusia 50 puluh tahun. Tahun Jubili bagi negara Malaysia yang dibentuk oleh gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (dan Singapura menarik diri dari gagasan ini).

Jubili memberi banyak makna dan pegertian yang mendalam buat rakyat negara ini. Setidak-tidaknya, tahun Jubili ini akan menjadi satu lagi mercu tanda untuk generasi seterusnya merasakan nikmat kemerdekaan serta kebebasan sebenar sebuah negara yang berusia setengah abad!

Generasi selepas Jubili...

Generasi penerus legasi sebuah negara yang merdeka lagi bebas ini harus meneruskan apa yang telah negara kita capai setakat ini. Dan dalam masa yang sama membaik pulih apa pun kepincangan yang ada, demi sebuah generasi yang terus melihat keharmonian yang ada.

Mereka harus didorong untuk mempunyai satu impian yang mulia untuk negara ini.

Impian mereka...


Kalau Sesamamu diberi peluang untuk mengungkap dan menyelidiki apakah Impian generasi ini ke atas Negara Malaysia, disini Sesamamu ingin kemukakan beberapa kemungkinan impian mereka; dan Sesamamu ingin mulakan ayat ini dengan..."Aku punya satu impian..."

1- TIADA LAGI RASIS. Sikap perkauman yang semakin menebal di negara kita hasil daripada sistem politik yang terbentuk daripada kamu tertentu.

2- TIADA LAGI PENINDASAN dari segi Ekonomi dan sosial terhadap yang lemah, kelas bawahan serta pertengahan di dalam masyarakat.

3- TIADA LAGI STRATEGI POLITIK "KEMISKINAN". Untuk menghapuskan kemiskinan sudah nampak sukar kerana tiada pendekatanyang sangat serius dilakukan oleh kerajaan yang memerintah. Ia malah dijadikan STRATEGI untuk memnacing undi setiap kali pilihan raya dilakukan.

4- TIADA HUTAN RIMBA DITEBANG untuk memberi laluan kepada Pokok Komersial seperti Pokok Kelapa Sawait dan Mega dam!

5- TIADA LAGI KEGANASAN terutama kepada orang awam, wanita dan kanak-kanak. Untuk mencapai impian ini, kehormatan dan kepercayaan ke atas Pihak PDRM dan penjaga keamanan negara harus dikembalikan dengan bermarwah.

6- TIADA LAGI PERBALAHAN ANTARA AGAMA yang dicetuskan oleh golongan yang radikal dan ektrimis. Kebebasan agama yang sebenar terjadi di Malaysia.

7- TIADA LAGI STIGMA TERHADAP MEREKA YANG MENHGADAPI  dan PEMBAWA HIV/AIDS. Mereka tidak lagi dipinggirkan oleh masyarakat yang beranggapan pegangan agama mereka itu mulia dan fikiran yang mengatakan "ini adalah hukuman Tuhan kepada mereka".

8- TIADA DISKRIMINASI KAUM DAN AGAMA DI DALAM MENJAWAT JAWATAN DI DALAM SEMUA SEKTOR PEKERJAAN, baik kerajaan mahupun swasta.

9- TIADA PEMINGGIRAN UNTUK MENDAPATKAN PENDIDIKAN yang lebih baik dan mencapai standard piawai yang baik bagi PENDIDIKAN kanak-kanak di luar bandar.

10- TIADA BATASAN UNTUK GENERASI INI PUNYAI IMPIAN UNTUK sebuah negara yang benar-benar mengamalkan KEADIALAN dan KEBENARAN. Biar dan dorongkan gerenrasi ini berimpian mulia dan besar serta mendorong mereka untuk berusaha menjadikan impian itu satu kenyataan yang BENAR serta HIDUP.

Di atas adalah kemungkinan Impian Generasi ini untuk sebuah negara yang bernama Malaysia sempena 50 tahun kelahirannya...
Mari kita sama-sama mendukung dan berusaha untuk menjadikan IMPIAN ini menjadi satu IMPIAN yang benar-benar NYATA dan "HIDUP".  Kalau bukan kita, siapa lagi?

Selamat hari lahir Malaysia yang ke 50 tahun...Tuhan Memberkati!

Wednesday, July 31, 2013

Mana mau pergi? Hargai khazanah alam ini...


Melihat matahari terbenam di tepi pantai, melihat matahari terbit di atas bukit, bertemankan pelangi diawal pagi dan merasakan kebiruan laut ditepian kota. Ini semua Sesamamu alami sendiri bukan di negara kelahiran tetapi di negara orang yang nun jauh di sana. Negara yang bernama Timor Leste! Sungguh indah alam ciptaan Tuhan ini.

Sehingga hati ini tidak henti-henti mengatakan "Ajaib ciptaan Mu TUHAN".

Masih adakah harapan untuk bumi ini?

Persoalan yang selalu bermain di benak fikiran Sesamamu setelah pengalaman di negara orang ini adalah, masih adakah harapan untuk bumi ini?

Begitu sukar untuk menjawab soalan tersebut setelah menjejak kaki ke bumi Malaysia terutamanya Sarawak. Isu pembinaan empangan mega dan pengambilan tanah adat secara berleluasa serta penanam pokok kemersial yang menjadi-jadi demi sesuap nasi (Kononnya!) telah membenarkan hutan rimba bumi ini diperkosa dengan "halal"nya. Demi dan atas nama Kemajuan serta pembangunan, perkosaan terhadap hutan rimba khazanah alam ini menjadi satu perbuatan yang dihalalkan.

Begitu butakah mata kita sehingga tidak belajar daripada sejarah silam akibat perbuatan manusia ini? Begitu butakah mata kita sehingga membenarkan khazanah yang sekelumat cuma ini (di Borneo) terus digadaikan?

Mana mau pergi?

Soalan ini harus kita jawab untuk generasi yang akan mendatang. Dengan jawapan yang kita beri, mudah-mudahan akan memberi panduan kepada mereka "kemana harus mereka pergi selepas hutan rimba khazanah alam ini sudah tiada".

Untuk sekarang ini, jawapan Sesamamu ialah, "Di situ ada kemahuan, di situ ada jalan", pergi lah di sana. Di mana ada mata yang masih lagi belum buta untuk melihat dan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Jalannya ialah, dengan mengubah sikap kita terhadap apa yang kita miliki sekarang dan menghargainya serta menjaga dengan penuh minat. Langkah ataupun tindakan yang kecil sudah pasti membawa kesan yang besar untuk memulihara khzanah alam ini.

Ayo...bersama-sama dengan Sesamamu MELAKUKAN SESUATU YANG BERBEDA UNTUK MENGUBAH DUNIA KITA kearah bumi ku yang HIJAU!

Friday, July 12, 2013

MP Junaidi, "Ubah cara hidup?"

Kalau mahu tinggal di Bakun, ubah cara hidup. 


Satu kenyataan yang amat bongkak daripada seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat terhadap masyarakat Orang Ulu di kawasan empangan Bakun. Kenapa sedemikian rupa pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat melihat satu-satu kaum yang sudah sekian lama bertapak di kawasan Bakun.

Kalau tidak kerana memberi laluan kepada empangan Bakun, ataupun dalam erti kata lain, kalau tidak ditipu oleh segelintir pemimpin terhadap masayarakat peribumi di Bakun, tidaklah samapi sedemikian rupa sehingga kebanyakan Orang Ulu di Bakun seperti menumpang di bumi sendiri. Bukan sahaja tanah adat resam sudah tenggelam, malah khazanah alam yang menjadi sebahagian kehidupan masyarakat Orang Ulu di sini telah lenyap tanpa bisa dicari gantinya!

Kenyataan yang Bongkak!

Inilah sikap segelintir pemimpin kita yang sudah termakan tipu muslihat dan duit peras ugut daripada rakyat! Tidak cukup dengan hasil kahzanah hutan di Bakun setelah memberi laluan kepada empangan Bakun, peninggalan yang hanya secupak sahaja ini juga ingin mereka "rogol" sehingga sanggup untuk mengahalau masyarakat peribumi ini dengan cara halus ini. Bagaimana MP Junaidi begitu bongkak menyuruh kaum ini mengubah cara hidup mereka jika ingin tinggal di Bakun.

Kenapa harus mereka mengubah cara hidup mereka sedangkan itu tanah pusaka mereka berdekad-dekad. Dimana sikap keperimanusiaan sebagai insani? Sungguh bongkak dan tidak layak keluar daripada seorang yang bertaraf pemimpin yang dipilih mewakili rakyat!

Tolong hentikan sentimen merendahkan martabat kaum peribumi!

Ini satu penghinaan dan satu kenyataan yang merendahkan satu-satu kaum. Kalau nak jadikan kawasan Bakun sebagai taman negara, tolong jangan bersyarat dengan adat resam dan cara hidup satu-satu kaum. Kita tidak layak menyuruh satu-satu kaum untuk mengubah cara hidup yang telah berkurun lama diamalkan. Bukan semua agenda Pembangunan itu menguntungkan! Bukan semua  kemegahan pembangunan itu boleh mengubah cara hidup mereka!. Sebab mereka tahu menilai yang baik dan yang buruk. Dan bukan salah pun cara hiudp mereka yang MP Junaidi mahu mereka berubah sikap ini!

Tolonglah fahami. Kalau tidak mahu memahami, tolong lah jaga mulut itu dengan baik. Padah akibatnya nanti. Kita hidup di negara yang demokrasi, tiada paksaan untuk seseorang itu untuk mengubah sikapnya! Malah itu adalah cara hiudp yang sudah sebati dengan kehidupan adat resam turun temurun!

Fikir-fikir dahulu MP Junaidi. Kamu sudah menyakiti hati kami!

Wednesday, July 3, 2013

PENUMPANG dan BERKONGSI bumi ini!

Illustrasi ataupun gambaran yang sesuai untuk tajuk di atas ialah, "Apabila sewaktu sekolah dahulu, kita tinggal di asrama sekolah, menumpang dan berkongsi semua kemudahan yang ada tanpa mengenakan apa-apa bayaran".

Begitulah "gambaran" yang sesuai untuk menggambarkan kita yang hidup di bumi ciptaan Yanag Maha Kuasa ini. Dia telah memberikan kita segala yang ada untuk kita "gunakan" dengan percuma. Tetapi melihat keadaan bumi ciptaan Nya ini dan situatsi semasa dunia ini, Kita manusia ini seolah-olah tidak menghargai apa yang telah diberikan kepada kita dengan percuma. Kita seakan-akan menjadi penumpang yang langsung tidak menghiraukan tentang status kita "menumpang di rumah orang" dan perbuatan kita yang tidak memperdulikan segala kemudahan yang ada tanpa menghiraukan orang lain menunjukkan kita "tidak mahu kongsikan" semua perkara yang ada di bumi ini kepada orang lain!

Penumpang...

Kalau kita benar mengetahui bahwa kita ini hanya penumpang di muka bumi ini, seharusnya kita tahu bagaimana kita memelihara serta menjaga semua yang ada di bumi ini. Walaupun kita seperti tinggal di asrama dan semuanya percuma, sikap kita haruslah mengambil sepebuh perhatian untuk menjaga dan bertanggung jawab dengan kemudahan yang diberikan kepada kita secara percuma. Tiada ruang untuk berboros! Sebagai contoh, kalau kita melihat lampu di asrama masih lagi hidup waktu siap, kita sebagai penumpang ataupun penghuni sementara harus memadamkan lampu tersebut, jika ia tidak diperlukan. Jika kita nampak pili air mengalir begitu sahaja tanpa seorang pun yang menggunakannya, kita harus menutup pili air tersebut!

Begitu juga sikap kita terhadap bumi ini! Jika kita melihat pembaziaran hasil sumber alam semulajadi ataupun kemusnahan terhadap hutan rimba, kaita harus menyuarakan ataupun mengambil sikap "PEDULI" dengan apa yang berlaku. UKAN DUDUK DIAM!

Berkongsi...

Sama juga dengan berkongsi segala kemudahan yang percuma di asrama. Kita berkongsi tilam-katil-kerusi-meja dan bilik darjah dengan orang lain selama kita menghuni di asrama tersebut. Begitu juga halnya dengan bumi yang kita hunikan sekarang. Apa pun yang kita lakukan terhadap alam semulajadi bumi ini, kita harus mempunyai sikap untuk memikirkan kesan terhadap perbuatan kita kepada orang lain.

Berkongsi bermakna, segala yang kita lakukan di bumi ini haruslah kita bertanggung jawab terhadapnya dan ingat bahawa orang lain juga akan menggunakan kemudahan ataupun sumber bumi ini kelak. Kita juga harus membetulkan apa pun yang "Penumpang" lain lakukan ke atas apa yang kita kongsikan di dalam bumi ini. Bukan menuding jari dan mengatakan "Bukan aku yang buat, ada aku kesah!".

Sikap Penumpang dan Berkongsi...

Sikap yang harus ada...;

* INGAT kita adalah penumpang sementara di bumi ini.
* TANGGUNG JAWAB bersama.
* PERBETULKAN dan bukan menuding jari atau berpeluk tubuh mengatakan "Ada aku kesah!".

Jadi, sangat mudah...sebagai penumpang dan berkongsi bumi ini..."buat macam rumah sendiri" tapi INGAT-BERTANGGUNG JAWAB dan PERBETULKAN supaya "rumah" ini dalam keadaan yang "boleh guna" lagi untuk "Penumpang" yang lain pula...

Monday, June 24, 2013

Tebang dulu baru tanam!

(Ehsan Borneo Post online)
Di tengah negara kita mengalami suatu keadaan cuaca yang amat kering dan jerebu yang semakin menyelimuti seluruh negara kita, maka kedengaranlah suara-suara sumbang yang menuding jari, membuat tuduhan ini dan itu dalam cuba mencari kesalahan orang lain.

Tidak kurangnya ada pihak yang ingin menjadi "hero segera" dengan mencadangkan supaya lebih banyak pokok ditanam dan mempertahankan kempen menghijaukan bumi ini.

Tahi dah nak keluar baru cari tandas!

Sikap ini sudah dan kerap kali terjadi apabila kita merasakan kita rasa terancam! Apabila jerubu datang lagi, mual lah idea-idea untuk terus "survival" akan diutarakan. Tidak kurangnya ada yang sanggup menjadi "hero segera" bumi ini dalam sekelip mata dengan kempen-kempen "menyelamatkan bumi" kononnya.

Kita tidak pernah serik dan sedar tentang apa yang berlaku 30 tahun lalu. Ini bukan perkara baru melanda negara kita. Jerebu! Musim yang kering melampau! Hujan dan banjir yang dahsyat! semuanya ini adalah amaran kecemasan alam ini!

Sedihnya, kita masih belum sedar daripada leka dengan menghancurkan bumi ini.Dan sekarang baru mahu cari tandas!

Tanam pokok! 

Aduhai manusia yang rakus dan tamak. Kenapa sekarang baru mahu tanam? Setelah kehijauan hutan rimba ini dan khazanah alam semulajadi ini engkau "perkosa", dan sekarang mahu tanam pokok? Kenaa masa mahu tebang hari tu, tidak fikir tanam dahulu?

Ini satu masalah kerajaan yang memerintah, satu sistem pengurusan hutan yang Tamak dan pentingkan diri sendiri. Pembangunan di war-warkan dan tanah hutan rimba digadaikan sedemikian rupa. Jikalah pemerintah BN yang memerintah selama 50 tahun di Malaysia sangat perihatan akan pemuliharaan Hutan kita, sesamamu percaya, sistem yang diguna pakai ialah, "Tanam dulu sebelum tebang". Sebagai contoh, mana-mana syarikat pembalakan yang ingin melakukan aktiviti pembalakannya, mereka seharusnya menamam pokok terlebih dahulu seluas hutan semula jadi yang mereka akan tebang. Mungkin biarkan mereka menanam dan sehingga 10 tahun barulah aktiviti pembalakan ini dibenarkan keatas mereka.

Tetapai sangat sedih lah, "tebang dulu dan baru mahu Fikir tentang menanam semula.

Hanya dalam FIKIRAN

Satu lagi masalah disini, menanam semula ini hanya di dalam FIKIRAN dan bukan penglibatan secara aktif. Sesamamu tidak pernah mendengar syarikat-syarikat besar dengan aktifnya melakukan kempen penanaman semula pokok ini. Tidak pernah dengar ataupun tidak pernah ada!

Akhir kata...selamat menyelamatkan bumi ini ...bagi mereka yang mahu dan sanggup memepertahankannya...

Saturday, June 1, 2013

Selamat Hari Gawai...gayu guru gerai nyamai

Perayaan sempena merayakan hari selepas menui ini dirayakan oleh semua kaum Dayak di Sabah dan Sarawak. Ia menjadi satu perayaan di mana para petani suatu ketika dahulu sama-sama merayakan hasil tuaian mereka untuk tahun tersebut. Dan ia dirayakan dengan begitu meriah dengan melibatkan semua seisi komuniti didalam masyarakat di satu-satu kawasan itu.

Tetapi sekarang, perayaan ini sudah bertukar corak. Ia masih dirayakan dan objektif perayaan masih sama, tetapi corak perayaan berubah mengikut pola perubahan zaman ini. Dahulu tuak akan menjadi minuman wajib dan terutama. Tetapi sekarang ia telah diambil alih oleh minuman keras moden sekarang ini. Tuak hanya menjadi minuman pengalas tradisi sahaja, ataupun sampingan kepada jenama-jenama mahal minuman beralkohol lain. Yang pasti, perbelanjaan yang dahulunya hanya dari hasil beras diganti dengan wang ringgit yang mungkin mencecah ribuan ringgit untuk membeli minuman keras yang berjenama ini.

Berjimat...

Ya, diperayaan ini, kadang kala amalan tradisi dan "adat" selalu diutamakan. Tetapi haruslah diingat betapa semuanya ini memerlukan wang ringgit yang banyak. Ada pepatah yang selalu menjadi gurauan dan kadang-kala menjadi gurau senda yang penuh dengan penyindiran, " Bukan Dayak kamu kalau tidak Minum" (Dayak-semua kaum yang ada di Sarawak di dalam kategori besar seperti Iban-Orang Ulu- Bidayuh - Melanau). Jadi, setiap kalai ditegur dengan kenyataan tersebut, seakan-akan kita dicabar da tercabar untuk menyediakan atau mengambil minuman tersebut.

Tetapi, biarlah kita berjimat didalam semua perkara ini. Berjimat dalam erti kesederhanaa dalam semua perkara. Baik berbelanja sewaktu perayaan ini mahupun "ngirup".

Apa apa pun, selamat hari Gawai...


Friday, May 10, 2013

Politik ugut dan Harapan pembangunan di Sarawak?

PRU13 kita sudah dengar keputusan yang tidak memuaskan banyak pihak. Kalau di lihat dari segi peratusan undi Popular, Pakatan Rakyat telah mendahalui sebanyak 3%, bermakna, majoriti Rakyat menolak Parti BN yang telah membentuk Kerajaan dengan majoriti mudah 133 kerusi Parlimen mereka.

Suara Rakyat Suara Keramat...

Seperti yang dilaporkan buletin utama TV3, oleh kerana hujan, 1K sahaja rakyat yang bangkit menentang penipuan dan penindasan PRU13 hadir di stadium Kalana Jaya.

Ha...ha...laporan Buletin Utama TV3 itu adalah satu contoh PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN  yang selama ini media perdana tersebut banggakan. Bangga? Ya! mereka bangga menjadi media perdana yang meracuni minda rakyat Malaysia, terutamanya bagi mereka yang dipendalaman yang hanya boleh di akses dengan laporan media perdana yang dikawal oleh BN!

Ahli politik BN???

Lain pula kisahnya ahli-ahli politik dari pihak BN. Dengan slogan mereka "Janji ditepati", dan yang terus dilaungkan sepanjang tempoh berkempen PRU13 tempoh hari, tidak kurangnya ahli-ahli politik terutama di Sarawak yang mempunyai slogan keramat mereka selama 50 tahun mereka memerintah Sarawak.

Slogan yang berbau ugutan ini berbunyi;

"Anang enda milih printah, Tulah lagi" (Jangan tidak pilih Printah (BN), nanti terkutuk!)

" Nanti kamu tidak pilih BN, kita tiada api, air dan jalan nanti".

Yang terkini, "Asal muyuh na mili BN, na sideng tau neh pengeh- Bahasa Lun Bawang". (Kalau kita tidak pilih BN, gereja kita tidak akan siap dibina nanti)...yang ini ugutan yang sangat menarik yang Sesamamu dengar dari kawasn P222 yang keluar dari mulut seorang yang digelar Ketua Kampung dan bekas Pastor di sebuah kampung tempat mengundi. ishhh!!! Jijik! Perkataan Allah dilarang digunakan, dia DIAM tak ambil kisah!

Jadi, persoalannya, kenapa perlu menggunakan unsur-unsur ugutan ini?

Wahai para ahli politik BN, kemudahan insfrastruktur itu adalah keperluan ASAS rakyat! Sekali lagi, keperluana ASAS rakyat!. Ia tiada kena mengena dengan kamu pilih BN kah atau Pilih PR. Yang penting, keperluan ini harus disediakan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah!

Satu lagi tentang ugutan ini, selalaunya dan masih lagi digunakan teknik ini, Kerajaan BN yang baru menang ini akan pandai-pandai melebelkan "Ini kampung "black area", ini kawasan "black area". Jadi, oleh kerana sudah dilebel "black area", kampung ataupun kawasan itu akan dilupakan dan api-air-jalan raya yang sepatutnya menjadi kemudahan ASAS yang PATUT disediakan tidak akan diberi.

Apa ni???? Mengugut atas kepentingan sendiri adalah Jenayah! dan apatah lagi diperlaukan semasa kempen PRU. Sangat keji lah ...terlalu keji dan kotor!

Rakyat Masih Mengharap...

Bercakap tentang Sarawak sebagai aset tetap BN. Sesamamu setuju! Lebih-lebih lagi mereka yang di pendalaman seperti saya. Di mana-mana pun saya pergi, rata-rata orang dipendalamn akan berkata " Kita perlu BN untuk air bersih, untuk jalan raya, untuk api!

Tahu kenapa rakyat pendalamn masih mempunyai harapan yang begitu besar kepada BN walaupun sudah menunggu 50 tahun untuk mendapat air bersih, jalan raya elok, bekalan api elektrik?

KERANA KERAJAAN BN SENDIRI YANG TELAH MEMBIARKAN KEMUDAHAN ASAS ITU TIDAK DISALURKAN DENGAN SEGERA.  Salah satu teknik mereka untuk memancing undi orang pendalaman supaya mereka tersu mengharap kepada mereka sampai bila-bila.

Kalau kita lihat di bandar-bandar, semua kemudahan asas ini telah ada dan orang bandar sekarang tahu mengatasi isu yang sebenar bila menjelang PRU. Tetapi, bagi kita yang di pendalaman, kita terus mengharap walaupun sudah 50 tahun...ini disebabkan oleh teknik pihak BN yang SENGAJA memperlahankan ataupun langsung tidak memberi kemudahan itu. Supaya kita terus mengharap!

Mengharap + Ugutan

Jadi, apabila kedua-duak teknik mereka ini digabungkan, ia menjadi satu senjata yang amat penting untuk BN memenangi PRU terutama di pendalaman Sarawak. Akhitnya, Sarawak menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan BN di PRU13 ini.

Sangat menyedihkan dan sangat terharu melihat rakyat pendalaman di Sarawak dimanipulasi dengan teknik-teknik ugutan dan politik pembangunan yang mengharap ini. Ia menjadi lebih sangat keji dan kotor apabila ia dilakukan oleh ahli-hali Politik se-kaum dengan majoriti kaum di pendalaman Sarawak. Sungguh dikesali dan memalukan!

Seruan Bangkit!

Sesamamu menyeru rakyat Bangkit terutamanya rakyat Sarawak untuk berdiri menegakkan ketidak adilan di dalam politik UGUTAN dan janji HARAPAN PEMBANGUNAN ini. Ketahui hak anda bahawa air-api(Elektrik) dan Jalan raya adalah kemudahan asas yang selayaknya rakyat Malaysia miliki dan harus diutamakan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah!

Bukanya digunakan untuk mengugut dan membiarkan rakyat terus mengharap dan terus mengharap! Dan lagi satu, CUKUP lah dengan manipulasi ini!

Wahai rakyat Sarawak di pendalaman sana, tolong buat YB anda sibuk dengan "tagih semua yang dia telah janjikan sewaktu berkempen tempoh hari". Jangan biar dia goyang kaki dan duduk senang. Itu hak kamu. Hak untuk mendapatkan kemudahan asa tersebut. Tolong dan tolong lah jangan diam tunggu hingga  PRU Sarawak atau PRU14....nanti kita balik kepada takuk asal, "mengharap-dan terus mengharap".

Tuesday, May 7, 2013

Selepas 505

Keputusan PRU13 telah kita sama-sama ketahui. Komponen parti Barisan Nasional telah kembali membentuk kerajaan pusat dengan kemenangan majoriti mudah sebanyak 133 berbanding Parakatn Rakyat memenangi 89 kasawan Parlimen. tetapi perlu diingat, kemenangan BN ini adalah berkurangan sebanyak 7 kawasan parlimen berbanding PRU12 yang sudah. tetapi biar keputusannya, rakyat telah memilih yang terbaik dan inilah keputusannya.

Tahniah juga kepada PR kerana telah menambah 7 lagi kerusi parlimen untuk kem mereka. Ini merupakan satu peningkatan yang boleh dikatakan baik selepas10 tahun mencuba untuk menakluk Putera Jaya.

Sesamamu dan kekecewaan...

Selesai sudah satu sejarah PRU yang boleh dikatakan sangat hebat kerana "pelbagai" karenah mahupun cerita yang kita perolehi melalaui media massa internet ini. Ini telah membuka mata setiap rakyat Malaysia yang perihatian sehingga peratusan yang turun mengundi telah sangat memberansangkan. Syabas...

Ya, secara peribadi, keputusan PRU13 sangat-sangat melukankan hati dan mengecewakan. Sesamamu berharap kita dapat mengubah pemerintahan yang ada setelah sekian lama kita terperuk ditempat yang sama dengan isu yang sama sejak 50 tahun yang lepas. Tetapi, perubahan yang diimpikan itu sangat lah mendukacitakan. Sesamamu tidak tahu bagaimana menahan kekecewaan itu. Sudah lah malam pengiraan dan pengumuman kawasan-kawasan pengundian di umumkan sangat lambat. Seakan-akan sengaja diperlahankan!

Apatah lagi media massa banyak mempersoalkan SPR dan dakwat kekalnya yang tidak kekal itu dan laporan pengundi bangsa asing yang dibekalkan Mycard secara mudahnya masuk dalam barisan pengundi dan membuang undi...dan semasa pengiraan undi, "blackout"lah, peti undi lambat sampailah...dan banyak lagi laporan yang mencurigakan kita sebagai rakyat Malaysai yang inginkan pilihanraya yang telus dan adil ini!

Sesamamu dan Harapan...

Harapan? masih adakah sinar harapan itu? Harapan untuk apa?

Harapan?

Apa itu harapan setelah keputusan yang sangat mengecewakan ini. Ia seperti pepatah "menjirus air kedaun keladi". Atau dalam erti kata lain, langsung tiada Harapan la!

Itulah jawapan yang sesuai jka diberi kepada persoalan tentang harapan ini.

Tetapi, apabila dilihat dari segi  pengundi muda yang balik mengundi sejauh ke pendaaman di PRU13 ini, Sesamamu katakan...ya ini lah HARAPAN tersebut. Bukan hanya perkataan tetapi mereka ada dan sudah ada disekeliling kita. Mereka anak-anak muda itulah HARAPAN tersebut! Harapan yang dahagakan perubahan, dahagakan kebenaran, dahagakan keadilan dan dahagakan Malaysia yang B.A.G.U.S! (Bersih.Adil.Gemilang.Utama.Sejahtera)

Masih adakah Harapan?

Sesamamu tertanya-tanya dalam menangisi kekalahan ini, "Masih adakah Harapan?" "Masih adakah Harapan?"...

Dan...ketika air mata mengalir menangisi kekecewaan hati, Sesamamu melihat cahaya yang kecil hasil daripada bara kayu api tersebut. YES! "masih ada HARAPAN!", "Masih ada HARAPAN!". Walaupun hanya secubit bara tetapi apabila di tiup dan letakkan kayu api padanya,pastiakan menjadi api yang besar dan terus memberi cahaya yang terang!

Cahaya yang kecilpada awalnya (bara kecil) ini sebenarnya semangat yang ada pada para pengundi muda di PRU13 ini. Mereka punya semangat untuk UBAH. Mereka punya semangat untuk Malaysia yang B.A.G.U.S ini, tetapi yang penting, semua pihak yang selari dengan visi dan misi mereka ini harus berjalan bersama-sama dengan mereka. Berjalan bersama-sama bermaksud, kita sama-sama mendokong serta menyokong jatuh dan bangun perjuangan mereka.

Jadi, YES!!! Masih ada harapan!


Dan soalan yang akhir tentang harapan;"Harapan untuk apa?"

Jawapan langsung dari Sesamamu ialah, "HARAPAN  untuk Malaysia Bagi Kemuliaan MU".

Generasi ini dan yang akan mendatang, terletak satu "amanat" yang amat agung dan mulia untuk kita sama-sama laksanakan di Bumi Malaysia. Nampak mustahil di mata manusia tapi tidak di mata Tuhan.

Tiada lagi kebencian, tiada lagi sak wasangka, tiada lagi perbezaan kaum mahupun kepercayaan kerana kita akan berpegang kepada amanat yang agung ini, yang menuntut kita melakukan keadilan dan kebenaran serta berjalan dengan penuh kerendahan hati dan penuh kasih!

Sesamamu dan masa hadapan...

Masa dean kita bermula dari sekarang!. PRU13 menjadi Sejarah dan menjadi ingatan kepada kita untuk menuju kepada Malaysia yang B.A.G.U.S ini.

Tiada lagi sedih, tiada lagi tangis, semuanya itu sebagai pengubat kedukaan.

Sekarang masa untuk melihat ke depan. Sebab segala sesuatu ada masa dan ketikanya, yang penting kita BERSATU! Katakan TIDAK kepada "PERKAUMAN!!!

Monday, April 29, 2013

505: Nombor abadikan dalam Sejarah?

Tidak lama lagi Malaysia akan membuat pilihan, menentukan siapakah yang akan menerajui negara mahupun negeri masing-masing. Di dalam minggu kempen yang hampir sampai ke penghujungnya, kita mendengar pelbagai teknik mahupun cara untuk para Parti-Parti politik yang bertanding untuk meraih sebanyak undi bagi pihak mereka.

Sesamamu berada di kasut PR

Jika Sesamamu di pihak PR pada ketika ini. Sudah semestinya Sesamamu akan mempertahankan apa pun ideologi yang tercetus daripada fahaman Politik yang dipelopori oleh PR. Slogan "Menuju ke Putra Jaya", menjadi satu kata semangat untuk PR mereka yang di pihak PR untuk mendongak ke langit tertuju kepada cahaya harapan yang sudah kelihatan.

Sudah pasti Sesamamu dan rakan-rakan PR terus mempertahankan apa pun impinan untuk mendapatkan "Putra Jaya". Mentera kempen PR, "UBAH" sudah menjadi duri dalam daging bagi pihak BN pulak sepanjang hari berkempen ini. Malah slogan BN 1Malaysia sudah menjadi tidka releven kepada pihak PR.

Apatah lahi, majoriti anak-anak muda Malaysia adalah menyokong  PR. Jadi, berada di dalam kasut PR pada ketika ini, Sesamamu dapat rasakan anging perubahan itu telah menjadi tekad untuk terus berjuang mencapai matlamat tersebut. Tidak semudah itu untuk menyerah, dan berjunag habis-habisan.

Sesamamu didalam kasut BN

Berada di dalam kasut BN, Sesamamu dapat rasakan betapa selesa dan mewahnya kehidupan. Seakan-akan tidur yang tidak diselubungi mimpi yang mengerikan. Apatah lagi dihari-hari terakhir kempen ini, dengan adanya sumber kewangan yang kukuh dan banyak, calon-calon di pihak BN ini akan bersedia untuk "melaborkan" wang yang ada untuk menentukan mereka terus berkuasa.

Wang telah menjadi senjata yang paling utama dan senajta terakhir yang mereka boleh gunakan pada saat-saat terakhir kelak. " Kamu tolong saya, saya akan tolong kamu." Ini adalah salah satu teknik berkempen yang akan dialkukan.

Di dalam kasut Bn ini juga, Sesamamu dapat merasakan betapa sebagai penyokong tegar apatah lagi sebagai penjawat awam mahupun yang sudah bersara telah begitu terhutang budi kepada kerajaan yang terdahulu amat sukar untuk menyatakan pilihan mereka kepada PR. Bagi Sesamamu mu, hidup dan mati hanya bersama BN. 

505

Adakah sejarah bakal berubah dan tercatat semula di dalam buku teks Sejarah akan tarikh ini kelak? Rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk tidak mahu terlibat dalam process PRU13 ini kelak.
Bagi yang telah mendaftar serta mahu menunaikan tanggung jawab mereka untuk menentukan wakil ereka agar melaksanankan tugas dan tanggung jawab ini dengan baik.

Siapa pun yang akan menerajui kerajaan Pusat Mahupun kerajaan Negeri, pastikan itu adalah rahmta untuk kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus berjunag demi sebuah "HARAPAN.

JOM balik Undi!

Monday, April 8, 2013

Sempena "Earth Day": Panggilan untuk "S.I.M.P.L.E"

Sekali lagi, tahun ini, Sesamamu ingin membawa pembaca semua untuk sama-sama melibatkan diri secara langsung dengan melakukan beberapa perkara yang akan menyumbang kepada kelangsungan Bumi yang akan lebih baik lagi setelah sekian lama dan semakin menjadi-jadi masalah pemanasan global serta bencana alam semulajadi serta kemusnahan yang menimpa bumi kita.

Oleh yang demikian, Sesamamu ingin membuat satu panggilan untuk kita sama-sama terlibat dalam 2 minggu ini, bermula 8 April hingga kemuncaknya, 21 April nanti. 

"Earth Day" disambut pada 20 April tahun ini. bagi Sesamamu, sempena "Earth Day" tahun ini, Tema umum Sesamamu KEEP GREEN masih dikekalkan tetapi ada Sub tema yang menjadi panduan selama 2 minggu ini. Sub tema tersebut: S.I.M.P.L.E atau "Simplicity Is My Personality and Life stylE".

Bermakna, melalui sub tema ini, Sesamamu ingin memanggil kita bersama-sama menjalankan gaya hidup yang sederhana dan biarlah ia akan menjadi personaliti mahupun gaya hidup kita selepas ini demi Bumi Ku yang kian pudar ini.

Di bawah adalah beberapa cadangan yang yang mungkin kita boleh mulakan gaya hidup dan personaliti yang penuh dengan "Kesederhanaan" ataupun S.I.M.P.L.E selama 2minggu ini;

1 - FOOD (Makanan)
Tahukah anda, setiap makanan yang dihasilkan dan diproses untuk memenuhi kehendak manusia untuk terus hidup ini menuntut satu "Kehidupan" dan tenaga. Sebagai contoh, untuk seekor ayam dijadikan hidangan seseorang itu, nyawa ayam tersebut terpaksa dikorbankan untuk kita dan memprosesnya memerlukan penggunaan sumber tenaga yang juga terhasil daripada kitaran sumber bumi ini. 

Jadi, pembaziran adalah satu perkara yang kita harus elakkan. Bersederhana didalam pengambilan makanan dan ambil makanan yang kita betu-betu perlukan. Kalau memasak tu, masaklah dalam kuantiti yang "ngam-ngam" supaya mengelak membaziran.

2. ENERGY (Tenaga)
Kehidupan harian kita mengunakan tenaga yang banyak. Tenaga yang datang daripada elektrik, minyak, air dan sebagainya.

Jadi, 2 minggu ini, kita cuba untuk hidup dalam kesederhanaan di dalam menggunakan apa jenis tenaga. Sebagai contoh, kalau selama ini kita mengabiskan banyak masa kita menggunakan komputer, jadi pada 2 minggu yang akan mendatang ini, kita akan kuragkan penggunaan komputer yang mana akan menjimatkan penggunaan elektrik!

Pembakaran dan pembebasan penggunaan tenaga juga dapat kita kurangkan atau elakkan jika perlu! Contoh, bagi yang memandu, mungkin dalam 2 minggu ini,cublah cari alternatif yang bebas daripada pembakaran tenaga,pakai basikal ataupun jalan kaki la...

3. PAPER AND PLASTIC - LESS (Tidak kepada bag plastik dan kertas)
kalau kita pergi membeli belah, ingat-ingat lah selalu untuk membawa bag "shopping" kita sendiri untuk mengelakkan menggunakan bag plastik dan kurangkan penggunaan kertas untuk kerja pejabat harian kita. 

Sesamamu menyeru kita semua menyahut panggilan ini, hanya S.I.M.P.L.E dalam masa 2 minggu dalam 3 perkara utama yang kita boleh fokuskan untuk menyumbangkan kepada "PENYELAMATAN" BUMI  kita yang kian pudar ini. Iaitu; 

F.E.P...KESEDERHANAAN dalam FOOD-ENERGY dan penggunaan PLASTIK/KERTAS!

TAGLINE: "STOP Chopping the Trees".

Wednesday, April 3, 2013

3.4.13 bubar sudah!!!

Teka-teki yang sekian lama ditunggu akan jawapan nya sudah terjawab hari ini, 3 hb April 2013. Genap 4 tahun PM-Najib mengepalai Kerajaan BN memerintah negara Malaysia. Dan semua ini sudah tinggal kenangan dan sekarang adalah masa rakyat Malaysia untuk sama-sama keluarga nenetukan hala tuju negara kita seterusnya melalui kertas undi yang bakal kita tanda nanti.

PRU13 menjadi sejarah?

Selain tsunami politik PRU12 yang lepas, banyak pemerhati politik menjangkakan PRU13 merupakan yang paling sengit dan bakal mencipta satu sejarah PRU. Sudah pasti akan tercatat dalam lipatan lambaran buku sejarah suatu hari kelak!

Inilah masanya kita sebagai rakyat  Malaysia menyatakan "kuasa" yang kita miliki untuk memilih calon-calon yang benar-benar mampu menjadi suara kita yang sebenar kelak. Sekarang kita boleh bertanya kepada mereka-penyandang YB-YB kita, "Siapa boss sekarang?"

Sesamamu menjemput semua kita yang sudah mendaftar dan layak mengundi untuk turun mengundi di mana pun anda berada, biar jauh di sana dan berapa sekalipun kos nya, ini adalah peluang sekali dalam 5 tahun untuk kita menentukan arah tuju negara kita dan menjadi sebahagian daripada sejarah tersebut.

JOM undi!!!

Seruan untuk semua rakyat Malaysia untuk melaksanakan tanggung jawab kita, JOM undi!, turun beramai-ramai, mendokong negara yang tercinta ini. Demi masa hadapan anak, cucu-cicit bangsa Anak Malaysia ini.

JOM undi!

Monday, April 1, 2013

"Dayak adalah setinggan di tanah sendiri di Sarawak"?

Benarkah pendedahan video "Globle witness" ini?

Minggu yang sudah, kita dikejutkan dengan video pendedahan perniagaan keluarga Ketua Menteri Sarawak dan yang amat menyedihkan serta menraik perhatian Sesamamu untuk komen disini ialah, kenyataan yang diluahkan oleh salah satu keluarga "Besar" dan terpengaruh di Sarawak sendiri bahawa "Dayak adalah setinggan di tanah sendiri di Sarawak". Kalau pendedahan ini betul, sudah pasti Kenyataan ini amat tidak bertanggung jawab dan sangat memandang rendah Dayak Sarawak, penduduk asal bumi kenyalang ini !

Oi mana pemimpin BN Dayak yang lain?

Kalau "video" ini benar, di mana Pemimpin-Pemimpin BN dari kaum Dayak? Mereka seakan-akan menghalalkan kenyataan ini? Tiada seorang pun yang bersuara dan membantah akan kenyataan yang menjatuhkan mertabat kita anak asal Sarawak ini. Malah "Mereka" seakan-akan menjual bangsa mereka sendiri! Berdozen ahli Parlimen dari bangsa Dayak. Tetapi seorang pun tidak berani bersuara. Apatah lagi "Tokey besar" dari PRS-Masing, SPDP-Mawan...oi mana kamu?

Kalau benar pendedahan ini, kenapa berdiam diri? Cuba jelaskan kepada kami bangsa Dayak...Kami mahu satu penjelasan ... pendedahan video "global witness" ini sudah cukup menunjukkan betapa itu "Tokey Besar" dan keluarga serta kroninya mempunyai niat yang "rakus" kepada tanah - bumi penduduk asal Sarawak ini!?

Tolong jelaskan kepada Bangsa Dayak...

Sunday, March 31, 2013

Teka-teki Parlimen bubar...

Dari tahun lepas sudah bermulanya teka-teki ini. Sudah banyak tarikh diramalkan bila parlimen Malaysia akan dibubarkan dan memberi peluang kepada Pilihan Raya Umum ke-13 atau PRU13 berlangsung.
Tetapi, sehingga sekarang, teka-teki ini semakin menjadi TEKA-TEKI yang seakan-akan tiada penghujungnya, walaupun sudah banyak tarikh diberikan untuk PM akan membubarkan Parlimen. Pada dasarnya, Parlimen Malaysia akan dibubarkan secara automatik pada 28 April 2013, iaitu genap 5 tahun kerajaan pemerintah yang sedia ada memerintah Malaysia dalam satu penggal ini.

Tsunami berulang lagi?

2008 yang sudah, corak keputusan PRU12 dianggap sebagai Tsunami politik bagi negara Malaysia. Kerajaan yang memerintah hanya memiliki majoriti yang sangat tipis. Kalau tidak kerana Sarawak dan Sabah yang dianggap sebagai "Fixed deopisit" kepada kerajaan memerintah ketika itu.

Persoalannya sekarang, adakah PRU13 kali ini akan menghadapi satu Tsunami yang lebih besar lagi ataupun, ia hanya satu mimpi disiang hari bagi pihak Pembangkang?

Jom turun undi!

Apa pun bakal keputusan PRU13 kelak, sebenarnya, semuanya ada ditangan kita, rakyat Malaysia di mana sahaja kita berada. Undi kita menjadi penentu kepada masa depan negara kita. Walaupun kita semakin bosan dengan teka-teki PM Najim kita tentang pembubaran Parlimen, jangan biarkan ini menjadai penghalang kepada kita untuk turun mengundi!

Biar, teka-teki ini menjadi pendorong kepada kita untuk memberitahu kepada PMNajib bahawa, bukan dia yang BOSS tetapi kita sebagai rakyat. Beri satu mesej yang jelas kepada semua ahli politik baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang di luar sana, kita rakyta biasa ini adalah "BOSS" dan yang menentukan masa depan negara ini. Mereka hanya "YB" bukan Yang Berhormat, tetapi "Yang Bekerja". "Yang Bekerja" Untuk rakyat!

Jadi, Sesamamu menjemput kita semua, terutama anak-anak muda Malaysia yang sudah mendaftar sebagai pengundi untuk JOM Undi!. Tolak sebarang anasir yang cuba meluluhkan semangat kita untuk turun mengundi! Kalau bukan kita, siapa lagi yang menentutkan kelangsungan bangsa Malaysia ini.

Pilihan di tangan kita...

Kita mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi "Khalifah" kepada kepentingan negara kita. Kita sudah melihat disekitar saya, dan kita sudah dengar apa yang kedua belah pihak, baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang telah buktikan. Pilih lah "mereka" yang benar-benar telus, jujur dan bukan "PENIPU" bangsa Malaysia ini.

JOM undi!, pilihan ada ditangan anda!