sesamamu

Monday, December 31, 2012

Senarai semak Sesamamu untuk tahun 2013

Sekarang tepat pukul 8.11pm,  31 Disember 2012 dan tinggal beberapa jam lagi untuk tahun 2012 melabuhkan tirainya. Dan sebelum itu, Sesamamu ingin menyatakan ucapan syukur kepada Tuhan kerana memberi kesempatan untuk melalui tahun 2012 yang penuh dengan onak dan durinya dengan jaya. Untuk tahun 2013, Sesamamu ingin menyatakan "Shalom".

Di dada-dada akhbar tempatan hari ini menyelitkan laporan perkara-perkara yang berlaku di tahun 2012 untuk para pembaca akhbar nya mengimbas kembali peristiwa penting yang berlaku pada tahuntersebut.

Tidak kurangnya dengan beberapa artikel tentang apa yang segelintir penulis akhbar tersebut ingin capai pada tahun 2013. Bagaiman pula anda? Apakah impian ataupun resolusi yang anda ingin kecapi pada tahun 2013? Sudah ada senarai semak untuk tahun 2013?

Senarai semak Sesamamu untuk tahun 2013...


Pertama: Teruskan dengan "Keep GREEN"- STOP! Chopping the tree"- Kempen. 

Agenda ini untuk menimbulkan kesedaran kepada manusia sejagat, ini harus terus dilakukan. Biar timbul kesedaran untuk setiap umat manusia untuk menjaga dan memelihara bumi kita ynag kian usang ini. Cukup sudah dengan kata-kata, sekarang kita harus segera BERTINDAK!

MEmakai baju warna HIJAU setiap hari rabu juga menjadi satu kemestian bagi Sesamamu untuk menambahkan lagi rasa tanggung jawab akan bumi ini.

Kedua: "Thursday in Black-STOP! violence against women, child abuse, rape and baby dumping"- Kempen

Memakai baju serba hitam setiap hari Khamis juga menjadi tema warna yang sudah pasti sama pentingnyya! Sikap "Ada ku Kesah" tentang hal ehwal sosial yang berlaku di dalam masyarakat kita yang semakin menjadi-jadi ini memberi satu kekuatan kepada Sesamamu untuk meneruskan kempen "Thursday in Black" ini. Sehinggalah pada suatu hari nanti, apabila kita keluar ke bandar mahupun pekan ataupun desa, setiap hari khamis orang akan berpakaian serba hitam untuk menyatakan kita perihatin terhadap masalah sosial ini!

Ketiga: Keadaan politik negara yang stabil.

Tidak dinafikan keadaan politik sesebuah negara memainkan peranan yang penting untuk memastikan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara itu. Jadi, dengan PRU 13 yang semakin dekat ini, Sesamamu berharap, rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi untuk mendaftar dan yang sudah mendaftar, ramai-ramai turun mengundi.
Juga harapan Sesamamu di tahun 2013, sesiapa pun yang akan memerintah, biarlah Negara diperintah dengan ADIL dan SAKSAMA. Dan biar RUKUN Negara benar-benar menjadi tonggak pemerintahan...terutama Rukun yang pertama!
Oleh yang demikian, Warna Kuning menjadi pilihan Sesamamu untuk diguna pada hari Sabtu. Setaip hari Sabtu!

Keempat: Tiada lagi sikap PERKAUMAN dan mengagungkan perbedaan yang ada.

Panggilan untuk Sesamamu menyokong kuat cabaran untuk membina Jambatan Anak Malaysia (JAM) serta menjadi agen kepada terbentuknya sebuah negara Malaysia yang pelbagai tetapi hidup rukun dan aman. Perbezaan yang ada pada rakyat Malaysia ini dibenarkan oleh Tuhan yang maha esa supaya kita BERSATU. Tiada perbedaan tiada ertinya perkataan KESATUAN itu. Tetapi terjadinya perbedaan adalah supaya kita bersatu. Jadi, menjadi kerinduan Sesamamu untuk melihat satu Bangsa Anak Malaysia yang hidup harmoni kerana perbezaan yang ada itu.
Hari Jumaat menjadi pilihan Sesamamu untu menggunakan pakaian yang melambangkan pelbagai warna. Jadi tema warna hari Jumaat ialah, Warna-warni.

Kelima: Setia untuk Warna-Warna setiap hari bagi Sesamamu...dan berdoa untuk nya.

Hari Ahad, Isnin dan Selasa warna temanya adalah bebas tetapi tertakluk kepada kempen yang Sesamamu akan terlibat bersama.

Rabu - Hijau (Keep GREEN)
Khamis - Hitam (Thursday in Black)
Jumaat - Warna-warni (JAM)
Sabtu - Kuning (Bersih-adil dan saksama)

Mari sama-sama mengingati tahun 2012 dan mendongak kehadapan untuk menjangkakan apa yang belum kita pasti akan berlaku pada tahun 2013 dan serahkan segalanya kepada DIA yang maha agung itu.

SELAMAT TAHUN BARU 2013 UNTUK KITA SEMUA SESAMA INSANI.

Wednesday, December 26, 2012

Kekejaman dan Diskriminasi terhadap wanita: Minda yang JAHIL

Minggu lepas, kita dikejutkan dengan satu kisah yang sangat menyedihkan berlaku di dalam zaman yang serba moden ini. Malah negara di mana perkara ini berlaku juga adalah negara yang terkenal dengan paka-pakar IT - nya.
Kisah ini berlaku di India, apabila sepasang kekasih yang baru pulang dari menonton wayang telah menaiki bas yang sebenarnya adalah naiki oleh 6 orang pemuda yang sedang "off duty" serta dalam keadaan yang mabuk. Sejurus pasangan ini memasuki bas tersebut, 6 pemuda yang mabuk ini telah melakukan kekerasan terhadap kedua pasangan ini dan berakhir dengan merogol si gadis berusia 23 tahun in. Mereka bergilir-gilir merogol si gadis ini dan kejaman itu tidak berhenti disitu sahaja, malah si gadis didera berkali-kali sebelum di lontar dari bas itu begitu sahaja bersama pasangannya. Nasib masih berpihak kepada mereka berdua, kerana mereka masih bernyawa lagi.

Rakyat bangkit  di India

Akibat daripada kisah tersebut yang tersebar luas, satu kebangkitan yang besar berlaku, terutama oleh kaum wanita supaya undang-undang yang lebih adil kepada wanita terutamanya digubal semula. Kebangkitan serta kemarahan rakyat ini sebenarnya menimbulkan satu rusuhan yang besar diantara pihak berkuasa India dan para pendemonstrasi.

Kebangkitan rakyat ini juga sebenarnya mendedahkan betapa kerajaan India masih mengamalkan diskiminasi terhadap wanitanya. Kali ini, kebanyakan rakyat yang bangkit terutamanya wanita bangkit menyatakan ketidak  puasan hati terhadap layanan yang berat sebelah kepada wanita.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa-POLIS India seperti merestukan perbuatan ini sehingga tiada tangkapan dibuat terhadap pesalah ini. Malah, apabila rakyta bangkit, terutamanya wanita di seluruh India, pendemonstrasi ini terpaksa melalui satu halangan Polis anti rusuhan.

Minda yang JAHIL

Oleh kerana sistem yang berat sebelah terhadap wanita ini telah bertapak di Negara ini di sokong pula dengan budaya yang memihat atau menganggap perempuan manusia kelas bawahan , maka 6 pemuda ini selain dikuasai alkohol, mereka sebenarnya mempunyai minda yang JAHIL.

JAHIL dalam erti kata konteks cerita ini, perbuatan dan perlakuan mereka adalah tidak ubah seperti BINATANG dan MINDA manusia tahap purba kala!

Sesamamu juga menyokong kebangkitan rakyat India ini dan menyeru adanya tindakan yang setimpal terhadap para pelaku ini. Ini adalah kemuncak KETIDAKPUASAN HATI terhadap DISKRIMINASI terhadap wanita ini.

Menyokong: Thursday In Black...gunakan baju warna HITAM setiap khamis...STOP violence against woman, Rape, Child abuse and baby dumping.

Tuesday, December 18, 2012

Selamat hari Natal di jalan Trunk Borneo...M.A.K.S.I.M.A strategi pemanduan jauh kita...

Sekali lagi Sesamamu ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan semua pengguna jalan Trunk Borneo yang akan balik ke kampung masingmasing dihari perayaan Natal ini. Dan sudah semestinya, kita kena gandakan perhatian kita di jalan yang tidak sepatutnya dipanggil "highway".

2 minggu yang lepas, seorang wakil Parlimen memperingatkan kerajaan pusat tentang betapa jalan trunk Borneo ini sangat berbahaya dan tidak selayaknya dipanggil jalan raya!

Dan baru - baru ini, seorang YB dari pihak kerajaan juga memberi peringatan bagi rakyat Sarawak yang menggunakan jalan ini balik ke kampung masing-masing supaya menggandakan sikap yang penuh berhati-hati semasa di jalan raya ini.

Apa yang kita harus buat?

Selain menunaikan tanggung jawab kita kelak di PRU13 nanti, bagi kita yang balik ke kampung, sejauh 26 jam dair Kuching ke Lawas, mahupun Kuching ke Miri, 14 Jam pemanduan, ada baiknya kita persiapkan diri kita mahupun kenderaan yang kita gunakan.

Di sini Sesamamu ingin kongsikan persiapan kita yang memandu berjam-jam jauhnya ini...Strategi Sesamamu UNTUK pemanduan yang jauh ini di jalan Trunk Borneo:...M.A.K.S.I.M.A

M - Minyak
Sebelum memulakan perjalanan yang jauh ini, setidak-tidaknya kita memeriksa dan menukar minyak kereta dan "break" supaya perjalanan akan berjalan dengan lancar.

A - Anda
Kita yang sebagai pemandu haruslah mempersiapkan diri kita supaya dalam keadaan yang "segar" - cukup tidur dan cukup rehat sebelum memulakan pemanduan yang jauh ini. Ini sangat penting beberapa jam sebelum memulakan perjalanan.

 K- Kereta
Selain menukar minyak kenderaan tadi, haruslah kita perhatikan dan membuat penelitian yang menyeluruh tentang keadaan kereta kita secara menyeluruh. Tayar-Lampu-Radiator semuanya dalam keadaan yang baik dan siap untuk perjalanan yang jauh tersebut.

S - Sahabat
Lebih baiknya ada teman yang bersama-sama dengan anda dalam perjalanan yang jauh ini. Sahabat yang boleh bersama dan dibawa bersembang. Lebih baik lagi kalau sahabat ini boleh dan mempunyai pengalaman memandu perjalanan yang jauh ini.
Tetapi, kalau anda memandu keseorangan, pastikan juga ada "sahabat" yang akan sentiasa memberi anda cergas dan "alert". Cth...kopi..gula-gula getah...lagu-lagu kegemaran...

I -IPHONE
emmm...semasa memandu, TOLONG-TOLONG jauhkan daripada berIPHONE atau dalam erti kata lain, bertelefon , bermesej, ber FB semasa memandu...teramatlah berbahaya!

M - Masa
Perancangan yang baik untuk perjalanan yang jauh ini amat penting. Masa sangat penting. Masa untuk memulakan pemanduan, masa untuk memandu, masa untuk rehat. Harus ada perancangan yang teliti tentang pembahagian masa yang baik untuk pemanduan yang jauh ini.

A -Amaran
Tolong ambil perhatian yang sepenuhnya kepada setiap papan-papan tanda jalan raya yang memberi AMARAN untuk kita PERLAHAKANKAN KENDERAAN-KAWASAN KERAP KEMALANGAN-SELEKOH TAJAM-JALAN KAMPUNG...sangat penting untuk mengambil perhatian yang sepenuhnya terhadap MARAN-AMARAN INI! Ada tujuan ia diletakkan AMARAN  di sana.

Dengan mengamalkan M.A.K.S.I.M.A  ini, Sesamamu mendoakan agar pemanduan kita untuk perayaan hari Natal ini akan membawa kesejahteraan pergi dan balik kita nanti.

Akhir kata dari Sesamamu, kalau orang lain tidak berhati-hati, kita pula gandakan supaya kita yang lebih berhati-hati...

"mana perginya sifat kemanusiaan"?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan penemuan 105 pembantu rumah yang dikurung di dalam sebuah bilik kecil. Dan kesemua mereka adalah rakyat asing yang datang ke Malaysia dengan menggunakan pas kerja yang sah melalui agensi yang sah.

Tetapi, cerita mereka ditahan, dikurung serta tidak diberi gaji yang sepatutnya yang telah dijanjikan kepada mereka telah menjadi satu penanda aras betapa kes pemardagangan manusia serta sikap kamanusian ini sangat goyah di dalam sifat dan sikap rakyat negara ini, terutamanya agensi-agensi yang terbabit membawa masuk orang asing untuk melakukan kerja pembantu rumah di negara kita.

Sangat memalukan...

Cerita tentang pembantu rumah serta bagaimana Malaysia menangani kes pemerdagangan manusia ini sangat memalukan. Malah kita juga digemparkan dengan satu tuduhan yang amat memalukan apabila perempuan asing diperlakukan dengan tidak beradab oleh penguatkuasa! sangat memalukan!

Sesamamu pasti, apa yang didedahkan diruang akhbar baru-abru ini adalah sebilangan kecila daripada beribu-ribu agensi pekerjaan pembantu rumah di Malaysia yang menyalahgunakan hak kemanusian sejagat. Masih banyak kes yang serupa tetapi tidak kita ketahui di mana dan siapa yang terlibat. Jika pun ada kes seperti yang berkenaan berlaku, Sesamamu pasti, tiada seorang pun "pekerja asing" ini yang sanggup membuat aduan kerana ugutan yang keras dari agensi pekerja asing berkenan.

Agensi pekerjaan yang tidak berperikemanusian...

Inilah yang berlaku jika wang telah menjadi raja dan menguasai manusia yang amat tamak ini. Sehinggakan manusia yang mencari sesuap nasi dan belas kasihan daripada mereka dilayan seperti binatang. Ya, layanan serupa ini bukan layanan terhadap manusia tetapi lebih kepada binatang. Adakah patut dikurung di dalam bilik yang sempit dan tidak diberi makanan sehingga mereka dipaksa makan kertas! manusia kah agnesi ini? TIDAK! mereka syaitan yang bertopengkan manusia! Ataupun manusia yang bertopengkan binatang!

Ya, alasan mereka ialah, Gaji di potong terhadap yuran untuk membawa mereka masuk  RM4k +++. Kalau ia pun, tak kan potongan 100% setiap bulan sehingga mereka tidak diberi sesen pun?

Gaji satu hal, bagaimana pula tempat tinggal serta makan minum mereka seperti yang (mungkin) termaktub di dalam perjanjian sebelum mereka di bawa ke nagara kita?

Bagai mana dengan pihak imigrasi negara kita? serta agensi yang memberi lesen kepada agensi pekerjaan asing ini? adakah pemantauan dilakukan? Atau apabila ada kes seperti ini, barulah kita mahu bertindak? Ini menyebabkan agensi kerajaan yang seperti ini terbabit bersama dan sama seperti mereka yang menindas tadi, tiada sifat peri kemanusiaan langsung!

Sebagai rakyat biasa, pemerdagangan manusia serta penindasan ini hanya dapat kita elekkan jika kita sama-sama ambil peduli dan membuat laporan jika ada perkara yang sedemikian rupa berlaku dikawasan kejiranan kita.


JOM Vote! : Suara kita hanya kedengaran pada pilihanraya seterusnya...

3.7 Juta rakyat Malaysia yang layak tetapi belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Kenapa?

Adakah kerana kesibukan kita sehingga langsung tidak ada masa untuk mendaftar? Kalau di lihat pada angka tersebut, Sesamamu dapat merumuskan bahawa 3.7 Juta ini kebanyakannya dari golongan generasi muda. Betul kan?

Adakah generasi sekarang tidak mahu mengambil kisah tentang apa yang berlaku kepada negara kita? Tidak mahu menyumbang kembali kepada negara Tanah Tumpah nya Darah Ku?

Adakah landskap politik kita yang penuh dengan cemuhan dan ugutan serta kekecewaan sistem yang telah lama diguna pakai sudah sekian lama ini menyebabkan kita tidak mahu mendaftar?

Tidak pedulikah kita tentang isu siu sperti;

i. Cadangan pembinaan 12 empangan di Sarawak?
ii. Kes Lynas?
iii. Tuduhan penglibatan orang teratas Negara tentang kematian gadis Mongolia?
iv. Naiknya harga barang keperluan harian?
v. Korupsi?
vii. Kes Pembuangan bayi dan pemerdagangan Manusia?
viii. kemiskinan tegar yang masih ADA di sana-sini?

dan banyak lagi...adakah kita masih tidak mahu kisah? Tidak mahu mendaftar? ataupun sudah daftar, tapi tidak mahu mengundi?

Undi anda sangat berNILAI...

Hanya dengan pencil dan kertas undi ini, dan tidak lebih 5 minit pun proses menanda serta membuat pilihan di atas kertas undi ini, sebenarnya sangat-sangat berNILAI dan berharga untuk menentukan hala tuju Negara kita. Jika selama ini kita terlalu kecewa dengan pemerintah yang sedia ada dan sudah berkhidmat buat sekian lama, semasa pilihanraya inilah waktunya untuk menyatakan kuasa yang ada pada kita.

Satu undi kita sangat berNILAI, bukan sahaja untuk diri kita sekarang tetapi generasi kita yang seterusnya. Tetapi amat menyedihkan apabila mengetahui 3.7 Juta rakyat Malaysia yang layak tetapi tidak mendaftar sebagia pengundi ketika ini. Ini tidak termasuk bagi mereka yang sudah mendaftar tetapi tidak membuang undi! Sangat menyedihkan.

Jangan, setelah apa yang berlaku kepada sosio ekonomi yang meninggalkan kesan kepada kita baru kita mahu bersuara? Suara kita tidak akan kedengaran sehingga pilihan raya yang seterusnya. Jadi, sekaranglah waktunya jika ingin bersuara. Daftar dan pergi mengundi! Jangan tunggu lagi!

Seruan Negara ku...

Kalau kita mahu hentikan sistem yang tidak guna pakai dan tidak lagi sesuai yang kerajaan yang sedia ada telah sekian lama aplikasikan, disinilah masa dan ketikanya, turun mengundi. Nyatakan suara serta pilihan kita keatas kekecewaan kita selama ini. Oleh yang demikian, kalau anda tergolong di dalam 3.7 juta ini, JOM DAFTAR dan JOM VOTE!

Kenapa harus berdiam diri? Manusia mana yang tidak tergerak hatinya melihat  negaranya di dalam kancah Isu yang tak habis-habis dan mungkin suatu hari nanti akan memudaratkan negara dan rakyatnya? Sesamamu berharap, kita mempunyai hati dan mata yang penuh Perihatin kepada apa yang berlaku kepada Negara kita.


Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 bagi sesamamu..."HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK DEMI DAN ATAS NAMA PEMBANGUNAN"


Pada tahun 11.11.11, 1002 pasangan, 10.10.10, 859 pasangan memilih tarikh - tarikh berikut untuk melangsungkan hari perkahwinan mereka tetapi tahun ini, tarikh 12.12.12 tidak begitu popular, hanya sebanyak  696 pasangan yang mendaftar melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Hong Kong, menurut satu laopran akhbar tempatan.

Apakah oleh kerana kepercayaan "fung sui" menyebabkan tarikh tersebut tidak begitu popular?

Bukan sahaja tarikh 12.12.12 ini menjadi pilihan kepada pasangan-pasangan yang ingin melangsungkan hari perkahwinan mereka, ada juga yang mengharapkan cahaya matanya lahir pada trikh ini. Dan banyak juga perkara-perkara yang menarik ingin dilakukan oleh kita untuk mengingati tarikh tersebut dan menjadikannya satu peristiwa yang Bersejarah bagi sesetangah kita.

Kenapa ya...???

Bagi Sesamamu, ada beberapa sebab kenapa 12.12.12 ini begiti istimewa dan dipilih;

1- Hanya sekali dalam seumur hidup dan usia dunia ini.
2 - Untuk senang diingati
3 - Mahu dipanggil "wah bertuah kamu", wah "untung kamu". ...Mahu pujilah!
4 - Bagi peniaga, ini adalah peluang meningkat "penjualan". teruatama package perkahwinan dan peristiwa-peristiwa yang penting.
5 - Tarikh BERTUAH bagi sesetengah pihak.
6 - Nombor yang menarik.

Ya...ada banyak 1001 sebab kenapa 12.12.12

 Tetapi bagi Sesaamu secara peribadi, 12.12.12 ini adalah tarikh dimana Sesamamu ingin memanggil manusia sejagat sama-sama 'MEMPERTAHANKAN KEHIJAUAN BUMI INI" dan 'HENTIKAN PEMOTONGAN POKOK DEMI DAN ATAS NAMA PEMBANGUNAN". Contoh; "HENTIKAN CADANGAN PEMBINAAN EMPANGAN-EMPANGAN DI SARAWAK'.

Jadi, apa kata anda?

BOIKOT pekedai menjual rokok kepada pelajar bawah umur!

Sesamamu sekali lagi ingin mengambil kesempatan untuk respon kepada petikan akhbar tempatan tentang isu penjualan rokok kepada remaja bawah umur dan terutamanya pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah.

Isu ini telah lapok dan lama sudah dipersoalkan dan ia menjadi semakin parah. Buktinya, mana-mana kita pergi sewaktu musim sekolah, kebanyakan pelajar yang kita temui baik di luar perkarangan sekolah sedang menunggu bas mahupun di pusat-pusat membeli belah tidak segan silu merokok dengan pakaian seragam sekolah nya.

Jadi, dari mana datangnya rokok tersebut? sudah pasti daripada kedai yang menjualnya kan?

Ada aku kesah? yang penting UNTUNG!

Sesamamu sendiri selalu melihat dan menegur beberapa pekedai yang secara terbuka menjual rokok ini kepada pelajar sekolah yang berpakaian lengkap sekolahnya. Pernah Sesamamu menegur pekedai ini kerana menjual rokok kepada pelajar bawah umur, tetapi dengan sinisnya di jawab, "wa apa peduli, bukan lu punya kedai!". Ini adalah segelintir sikap pekedai yang tidak menghiraukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh kementerian, walaupun terpampang poster besar melarang rokok dijual kepada pelajar bawah umur!

Tiadanya tindakan yang serius

kampen ataupun larangan ini hanya keluar seketika sahaja di dada-dada akhbar tempatan dan tiada pemantauan yang tegas mahupun tindakan yang dilakukan oleh kementerian yang berkaitan. Adakah gimik politik sahaja untuk menunujuk-nunjuk yang mereka "sibuk"?.

Tolonglah pantau pekedai-pekedai yang berhampiran dengan sekolah. Tak kan mau tanya sama pokok kenapa ia goyang? Secara lahiriah manusia normal ini, kita tahu bahawa, memang wujud pekedai yang berhampiran sekolah menjual rokok kepada pelajar sekolah!. Tak kan tak dapat mengenal pasti siapa bawah umur dan siapa tidak?  Mereka membeli rokok dengan baju sekolah  dan pekedai ambil tidak peduli sahaja.

Cukup sudah hanya dengan berkata-kata...

Zaman sekarang menghendaki kita lebih proaktif dan "melakukan" lebih sealain daripada bercakap-cakap yang penuh dengan kata-kata yang berbunga-bunga. Tetapi pada dasarnya, setiap tahun akan mengeluarkan laporan yang sama. Menuding jari sesamama kita. Ayoh! Berrtindak! Baik Penguatkuasa - Ibu Bapa - Guru - dan orang ramai, kita sama-sama katakan TIDAK kepada pekedai yang menjual rokok kepada pelajar bawah umur dan Boikot kalau boleh. Ini belum lagi rokok-rokok seludup dan tiruan!

Sunday, December 2, 2012

Indahnya laungan Malaysia-Malaysia di padang Bola



Sesamamu ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa berada bersama-sama lebih daripada 60 ribu penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia di stadium Bukit Jalil dan menjadi saksi kepada satu sukan yang berjaya ,menyatukan ribuan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung.

Syabas untuk pasukan Malaysia kerana berjaya meneruskan perjuagan mereka untuk mempertahankan piala AFF yang mereka julang dua tahun yang lepas. Tetapi pujian juga harus diberikan kepada ribuan penyokong setia Pasukan Bolasepak Malaysia tanpa mengira latar belakang seseorang itu, telah berjaya memainkan peranan sebagai pemain yang ke 12 pasukan bolasepak Malaysia.

Layaklah pemain ke 12 di puji...

Sesamamu menjadi saksi sendiri bagaimana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum bersatu, berpadu suara memberi sokongan yang idak berbelah bahagi kepada pasukan Bolasepak Malaysia. Terlebih lagi apabila jaringan telah dlakukan, sorakan riang meraikan "goal" tersebut benar-benar mengegar stadium Bukit Jalil. Jelas terpancar diwajah setiap penyokong.

Perasaan riang-puas hati juga terus ditunjukkan sehingga diakhir perlawanan malah melarat hingga ke jalan-jalan raya.

Alangkah indahnya...

Sesamamu terus membayangkan betapa indahnya jika semangat sorakan ini berlaku di dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan yang ada. Nyata sekali, satu permainan yang sangat mudah dan sederhana ini dapat menyatukan rakyat Malaysia di sebuah padang bola! Tiada formula sains yang sangat canggih mahupun strategi politik yang begitu strategik pun dapat menyatukan ribuan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung!

Kesatuan masih ada peluang...

Ya, Sesamamu dapat merasakan bahwa masih ada peluang untuk rakyat Malaysia yang berbilang ini untuk terus bersatu. Buktinya, satu permainan yang sederhana dan mudah ini telah menolak apapun formula yang ada di dunia ini untuk menyatukan masyarakat yang berbeza ini.

Dalam erti kata lain, kesederhanaan itulah yang menyatukan kita yang sedia berbeza ini.

Friday, November 23, 2012

Sikap PERKAUMAN ada dalam "DNA" kita?

Deoxyribonucleic acid (DNA) atau pun "benda" yang membantu pembentukan genetik serta fungsi semua kehidupan.
Benarkah sikap perkauman ataupun "racist" itu sudah ada dalam DNA kita dan kita miliki sejak generasi ke generasi lagi? Ataupun ia dibentuk sejak kita dilahirkan lagi dengan apa yang kita dengar dari orang tua mahupun masyarakat sekitar kita tentang cerita-cerita yang berbaur perkauman serta gaya kita yang menyatakan rupa bentuk mahupun latar belakang seseorang yang dari kaum itu? Ini bermakna, kalau sudah di dalam DNA, amat sukar ataupun langsung tidak ada peluang untuk kita "buang" dari sikap kita?

Ataupun, penyataan diatas jauh sangat menyimpang? Sikap perkauman tiada kaitan dengan DNA?

Cerita perkauman di sana sini...

Lebih-lebih lagi di dalam arena liga Bolasepak antarabangsa. yang melibatkan orang kulit hitam. John Terry digantung permainan selama 4 minggu dan Luis Suarez digantung selama 8 minggu, akibat perbuatan dan bahasa yang berbaur perkauman. 
Malah di dalam arena bolasepak antarabangsa ini juga kita lihat objek seperti buah pisang dan gaya monyet dilakukan oleh sesetangah penyokong. Ini terbukti, biar pun dunia sudah maju dan moden, sikap mahupun perbuatan yang berbaur perkauman ini semakin menjadi-jadi. Bukankah ini sudah ada di dalam DNA seseorang itu? Dan sudah pasti sukar untuk dibuangkan?

Kisah Benar...

Pengalaman peribadi Sesamamu sendiri, banyak kali sudah berlaku dan Sesamamu telah membuat satu pemerhatian serta kajian sendiri setiap kali melalui kawalan keselamatan di lapangan terbang antarabangsa. Apabila  melalui kawalan keselamatan di lapanganagan terbang antarabangsa tersebut, Sesamamu akan ditahan dan diarah untuk ketepi untuk pemeriksaan keselamatan.(Kawalan keselamatan sebelum masuk pintu pelepasan) Dan perkara ini hanya berlaku apabila pegawai keselamatan yang bertugas ketika itu kulitnya berwarna "putih-kuning". Setiap kali melalui pegawai keselamatan yang berwarna "Putih-kuning", sudah pasti Sesamamu akan ditahan dan diperiksa. Dan, orang lain yang sama lorong dengan Sesamamu tetapi "sama warna" dengan pegawai keselamatan ini tidak akan di tahan. Walaupun bag mereka berkali-kali ganda dengan Sesamamu. Ini sering berlaku dan akhirnya setiap kali melalui mana-mana pegawai keselamatan, Sesamamu tanpa diarah akan terus ke tepi dan terus meng"scan" kan bag. :)
 Dan ada satu ketika itu, Sesamamu langsung berjalan ke kawasan mesin "Scan" sebelum diarah, tetapi ada suatu ketika itu dan buat pertama kalinya, Pegawai keselamatn itu memanggil saya dan kata kan "Tidak perlu". Nak tahu kenapa? Sebab pegawai tu pun "colour" macam saya dan bukan "putih-kuning"!

Juga pengalaman Sesamamu di sebuah Bank tempatan baru-baru ini, apabila Sesamamu masuk dan berdiri dihapadan sebuah mesin No. giliran untuk membaca setiap arahan dan memerhatikan butang mana yang harus di tekan dan tetiba seorang "putih-kuning" masuk berdiri dibelakang Sesasamu dan dia langsung disapa oleh seorang pegawai Bank dan bercakap dalam bahasa "mereka" dan melayan dia dengan baik. Melihat akan "drama" perkauman tersebut, Sesamamu terus teringat akan satu penyataan orang "putih-kuning" ini selalu cakap dan perolokkan kepada Sesamamu waktu ketika dahulu - "lak kia"- . Walaupun Sesamamu tidak tahu maksudnya, tetapi setiap kali "mereka" ini sebut perkataan ini, mereka akan ketawa terbahak-bahak sampai mahu pecah perut sambil memandang Sesasamu. Dari pengalaman itu lah, Sesamamu buat "selamba" dengan hati yang berat menyatakan "Sikap perkauman ini sudah ada dalam DNA kita la..."

Jadi DNA?

D - Darah; yang mengalir dalam diri seseorang itu, telah tercemar dengan cerita-penyataa-gaya ataupun dalam erti kata lain, SIKAP PERKAUMAN.

N -Nasi; Nasi melambangkan makanan rugi kita dan kebanyakan manusia didunia, jadi apa yang kita makan selama ini sduah sebati dengan hidup kita dan itu telah sedikit sebanyak mempengaruhi pembentukan sikap kita terhadap orang lain, yang berbeza makanannya dengan kita sehingga sikap perkauman ini wujud dalam diri kita. Emmm...

A - Ajaran; Ajaran ini kita boleh ambil dalam cara pendidikan formal mahupun tidak formal. Dan selalunya, kedua-dua pendidikan ini akan mempengaruhi kita dari awal lagi. Malah setiap ajaran yang kita dengar dari kecil baik formal mahupun formal besar pengaruhnya kepada pembentukan sikap kita.Apatah lagi bercakap tentang ajaran agama!

Itu lah DNA dalm kita bagi pendapat Sesamamu...

Thursday, November 22, 2012

Segala usul kemanusian dan alam sekitar di TOLAK !

Sesamamu sebagai rakyat biasa sangat terkejut dan sedih apabila membaca satu laporan di akhbra tempatan yang mengatakan beberapa usul yang dikemukakan oleh pohak pembangkang di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini di tolak bulat-bulat oleh Speaker DUN Sarawak.

Geram dan marah dengan hal ini membuat sesamamu ingin menulis tentang hal ini.

Usul-usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang adalah usul yang berkaitan dengan Negeri Sarawak pada amnya. Ia tentang Rakyat dan kemakmuran negeri Sarawak khususnya. Jika usul ini di tolak oleh kerana tingkah laku dan cara si pembawa usul tidak mengikuti peraturan persidangan, tetapi, hal dan usul yang berupa kepentingan rakyat ini haruslah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan yang memerintah!

Usul-usul kemanusian dan kehijauan Sarawak

Antara usul yang dikemukan ialah berkaitan dengan kehijauan bumi Sarawak.

Usul tentang 90% hutan Sarawak pupus akibat pembalakan yang dikeluarkan oleh Majalah "Economist".

Usul tentang pembinaan empangan - Empangan Mega di Sarawak.

Usul tentang Pekerja-pekerja sebuah syarikat pembuatan eletronik yang diberhentikan kerja.

Di atas adalah antara usul yang diketengahkan oleh YB dari pihak pembangkan, tetapi semua usul ini telah ditolak bulat-bulat oleh Speaker DUN!

Banyak persoalan timbul!

Adakah para YB yang terlibat tidak mempunyai jawapan yang konkrit terhadap semua usul ini ataupun mereka ini sudah buta oleh kuasa "wang" itu sendiri?

Kenapa Speaker DUN Sarawak SANGAT berat sebelah? Seperti tiada mempunyai perasaan terhadap rakyat mahupun alam sekitar ini lagi?

Siapa "Boss"? Rakyat ataupun itu YB-YB?

Masih tidak puas hati...

Sebagai rakyat biasa, Sesamamu mahu penjelasan secara terperinci, apakah resional disebalik usul ini ditolak  untuk sebarang perbincangan demi rakyat dan bumi Sarawak ini.


Wednesday, November 7, 2012

Alam semulajadi Sarawak di tahun 2030...

Bagaimanakah keadaan alam sekitar Sarawak pada tahun 2030 nanti?

Sesamamu ingin kongsikan sedikit imaginasi sesamamu tentang apa yang akan berlaku kepada alam semulajadi Sarawak di tahun 2030 nanti. Imainasi ini hasil daripada pemerhatian sesamamu terhadap apa yang berlaku di Sarawak kebelakangan ini yang terus dengan agenda pembangunannya. (Bukan sesamamu menentang pembangunan tetapi perihatin terhadap agenda pembangunan yang rakus di bumi Sarawak ini).

Kebelakangan ini, kita banyak mendengar(Kalau perihatin, ada dengar lah) bagaimana penduduk asal Sarawak membuat halangan untuk tanah mereka terus diceroboh untuk memberi laluan kepada pembinaan empangan. Untuk pengetahuan, Kerajaan Sarawak bercadang untuk membina 12 empangan di Sarawak. Dalam ertikata lain, pembinaan empangan ini adalah untuk memberi laluan kepada pembangunan Sarawak yang menuju kepada sebuah negeri perindustrian.

Tetapi, tahukah kamu, pada tahun 2030, keadaan alam semulajadi di Sarawak akan berubah sepenuhnya.

Suatu hari di tahun 2030...

Tiada lagi pokok-pokok hutan yang terbentang luas yang ada hanya pokok-pokok komersial kelapa sawit. Sarawak tidak akan lagi berbangga dengan lagi dengan jenama HUTAN HUJAN TROPIKA  tetapai telah di ganti dengan HUTAN KELAPA SAWIT KEMERSIAL. Tiada apa yang dapat dibanggakan oleh generasi pada masa tersebut kerana semuanya telah bertukar kepada Hutan Komersial.

Pada ketika itu juga kita temui tompok-tompok KOLAM BESAR di merata-rata bumi Sarawak. Dan ini sebenarnya telah menjejaskan eko sistem flora dan fauna.

Pada tahun itu juga, Orang Utan hanya boleh ditemui di dalam bentuk maya...Google! dan kamu akan temui mereka dalam alam maya bukan lagi daam alam semulajadi yang sebenar.

Mahukah kamu ini menjadi realiti???

Satu soalan yang harus kita jawab pada hari ini demi kesinambungan alam semujadi kepada generasi yang seterusnya. Kita mempunyai tanggung jawab tersendiri yang telah diamanahkan. Hanya ...tinggal kita untuk berdiri dan bersuara demi alam semulajadi bumi Sarawak kelak...

KEEP GREEN!

Friday, November 2, 2012

"Pelangi senja...kecapi keindahannya biar seketika"


(I was 4 months old  the time this picture taken)
After my mum body was laid down into the ground, I turned to mountain and shouted “God…I hate you…I hate  you!” 

For the last few months before God called my mum home, this word was very cleared to me “Be prepared…”. Ya, with her condition, I asked myself to “be prepared” for any circumstances might be happened. The worst thing was, when I’m away from Malaysia or somewhere else. Yes…I did prepared myself, but honestly …I was very scared of the things might gonna be happened.

I could not sleep as usual ( Not yet back to the normal pattern till today). I called her early morning before I left for our-FES Jubilee day that Saturday morning. Just asked how she is doing. So, that was the last time I heard her voice. Mum reminded me about my traveling. I told her, “just why I brought Lakai and Diana here, to celebrate the ministry Jubilee, one way, how  I want to thanks both of them. I know they need to sacrifice  many things when I’m away.” She said, “Good, family first!”.  But , thanks God, I was here when this thing happen! I still remembered how my dad voice that early morning told me of the news. I know Dad was so sad because, he supposed to be there next to my mum but my mum asked him to stay back in Lawas and need not to go to see her since she had being moved to refer at Samarinda (Indonesia Kalimantan Timur) heart specialist. 

Ya…for now, if friends ask me, “How are you?”. Honestly, I don’t know how to answer that. Yes…I said OK or Bagus (Good)…but I don’t  really meant it. Ya, maybe I need some time to answer “Allah ku dahsyat, luar biasa, yes-yes-yes…” (Sarawak young people punya jawapan when you ask “apa khabar?”.
Through my own reflection of what’s happening to my family for the past 2 years. I have a lot of questions. Why? Why? Why?...and it remind me of my son Lakai, why this? Why that? And why-why-why? This story flashed in ( Luke 18:15-17). I know God really loves mum, and I can say that…”Mum you had finished the race, and now you are there with Him”. 

I met different people in town even on Facebook. They shared the same thought as me. Some commend really encouraged me and confirmed how my mum run the race with full of commitment and humbly enough. Thanks God, who is my mum strength, when she was really weak,  my mum companion when  she far away from the love one, my mum joy, when she was very sick, my mum friend, when no one to turn to and most of all my mum glorious and mighty God over the time of storm in our family. Now my mum knows and understands why these “tragedy” happened to the family. 

Thanks my Brothers and sisters for your pray and support during this time. Sangat diperlukan (Really need it). If you ask me today, “How are you?”, I think you may know what will be my answer kan? I think, only one thing I regret. I could not spend much time with mum even though I put In my calendar this year, my cuti go back to Lawas or Miri to see her. It is like “Pelangi Senja”- muncul hanya seketika…so, if we still have a time, please do spend your time with the love one…walau seketika. Because dia muncul hanya seketika…
And HE told me…”I know you Peter…I love you”. With smile…(after I said “God I hate you…”)

TANAHAIRKU II- Apa sudah jadi dengan Pemimpin Orang ulu?

(450-500 Orang keluar membantah)
Apa sudah jadi dengan pemimpin Orang Ulu kita terutamanya dari kalangan pemimpin Kerajaan seperti Temenggung Pahang Ding, Senator Lihan dan YB Dennis Ngau. Sudah terang-terang orang Baramg menolak cadangan pembinaan empangan Baram, tetapi masih ingin teruskan "pemusnahakn kazanah rimba anugerah Sang Pencipta" ini!

Penduduk di daerah Baram telah keluar beramai-ramai menyatakan bantahan terhadap cadangan pembinaan empangan Baram tetapi tidak lama setelah itu, pemimpin-pemimpin Orang Ulu yang menyokong keras akan pembinaan empangan ini mengadakan demonstrasi mereka menyatakan sokongan terhadap Temenggong Pahang Ding dan kenyataannya menyatakan "kebanyakan Ketua kaum Orang Ulu" di kawasan yang terjejas dengan pembinaan empangan ini.
(Pro menyokong Empangan Baram)

Tidak serik kah kita Orang Ulu???

Kenapa kita tidak belajar daripada kesilapan yang lepas? Kenapa tidak mengambil ikhtibar daripada kesengsaraan penduduk di Belaga akibat kehilangan tanah pusaka demi memberi laluan kepada pembinaan empangan Bakun? Demi dan atas Nama Pembangunan, digadaikan kazanah alam yang sangat berharga ini. Tidak serik kah kita wahai Orang Ulu???

Bukannya kita menentang ataupun menolak pembangunan, tetapi kenapa? Tiada cara lainkan untuk menjana bekalan elektrik kepada rakyat demi dan atas nama pembangunan sehingga korbankan TANAHAIRKU? Cukuplah dengan pengelaman targis dengan empangan Bakun. Hentikanlah pembinaan-pembinaan semua empangan ini.

Demi TANAHAIRKU...

Demi TANAHAIRKU...TANAH dan AIR ku yang tercinta dibumi kenyalang ini. Demi kesinambungan generasi penerus di Tanah Sarawak ini, Demi kepentingan BUMI anugerah Tuhan ini, cukuplah dengan pemusnahakan secara "halus" ini wakai pemimpin-pemimpin ku yang "buta" ini.
Dekatkan lah diri dengan Tuhan kamu yang kamu percaya itu (Kalau percayalah), dan dengar apa yang DIA bagi tahu kamu. Jangan terus "Buta" mahupun "Tuli" dengan harta kekayaan dan darjat di dunia ini. Tiada kemana dan tiada faedahnya. Kenapa harus musnahkan alam ciptaan Tuhan ini untuk memberi laluan kepada pembangunan. Sesamamu percaya, Tuhan telah memberi akal fikiran kepada anda untuk mengusahakan sesuatu demi agenda pembangunan mu dengan tanpa mengorbankan TANAHIARKU ini!

Demi Tuhan yang aku percaya...

Wahai pemimpin ku seperti Temenggong Pahang Ding, Senator Lihan dan YB Dennis Ngau, sesamamu tahu kamu prang Kristien yang komited. Percaya kepada Tuhan Yesus Kristus. Sebagai teman seagama, satu suku Orang Ulu, saya menyeru kalian, DENGAR APA KATA TUHAN KEPADA MU TERHADAP AGENDA PEMBANGUNAN ITU.  BENAR TUHAN MAHU KITA MAJU DAN TERUS MEMBANGUN, TETAPI SESAMAMU PASTI TUHAN TIDAK MEMBIARKAN KITA MEMBELAKANGI APA YANG DIA KATAKAN DI DALAM FIRMANNYA. Sesamamu tahu, kalian lebih arif tentang Alkitab itu daipada Sesamamu.

Damai sejahtera meneyertai kalian semua. DAMAI!

Wednesday, October 24, 2012

TANAHAIRKU

Tanah - Sungai - Hutan rimba itu adalah kehidupan. Jelas sekali perkara ini telah dipandang remeh oleh kebanyakan kerajaan sekarang. Lebih-lebih lagi kerajaan yang tamak dan rakus yang hanya mementingkan diri sendiri dan suku-sakat pemusnah alam ini!
(Gambar ehsan BP)

26 September 2012 menjadi satu titik sejarah hitam yang harus menjadi sejarah kepada negeri Sarawak yang kaya dengan sumber alamnya apabila sekumpulan peribumi yang keluar dengan membuta sekatan jalan menuju ke kawasan mereka menuntut hak yang sama rata mahupun seimbang terhadap pembinaan empangan Murum.
Hari ini, hampir sebulan sudah sekatan ini dan tuntutan mereka masih tidak diindahkan. Mereka hanya mahu tanah yang bakal hilang- hutan yang bakal lesap dan air yang bakal tercemar sekiranya empangan Murum yang separuh jalan kerja pembinaannya dapat menggantikan TANAHAIR mereka yang sangat bernilai itu. Malah tuntutan mereka tidaklah seberapa untuk menggantikan apa yang hilang itu kelak.

Dengar kah kerajaan?

(Gambar ehsan BP)
Pendapat sesamamu, kerajaan negeri Sarawak tidak mahu mendengar tentang keluhan rakyat peribumi ini. Buktinya, mereka terus dengan usaha mereka "memaksa" rakyat tunduk dengan kemahuan mereka. Kalau tidak, masakan tuntutan kaum Penan yang terjejas ini tidak dapat ditunaikan. Hari ini, 24 October, sekumpulan jurucakap kerajaan negeri akan membuat dengan rundingan dengan mereka. Kita tunggu hasil rundingan itu kelak!

Polis akan mengambil tindakan!

Ketua Polis Belaga, DSP Bakar Sebau telah menyatakan akan mengambil tindakan kepada semua yang terlibat dengan sekatana ini dengan mengenakan mereka didakwa di bawah Seksyen 143 atau 147 Penal Code, kerana berhimpun secara haram. Hellooooo....adakah ini satu perhimpunan haram dan merupakan jenayah yang besar yang harus pihak Polis tangani? Sepatutnya pihak Polis melindungi mereka, tetapi ketua Polis Sarawak, mengarahkan lebih anggota di hantar ke Belaga untuk mengawasi keadaan. Tak payah buang tenaga lah pak Polis...sanan sini jenahay berlaku di Kuching dan Sibu...jadi, jaga keamanan di sini dulu lah...

(Gambar ehsan BP)
Mereka Kaum Penan bukan penjenayah! Lain lah kalau diprovokasi oleh Polis nanti seperti apa yang berlaku ketika perhimpunan Aman BERSIH 3.0 tempoh hari!

Pesan dari alam ini...

"Keindahan ku ini hanya engkau nikmati seketika cuma,
Kalau di hati mu ada tamak haloba menguasai,
Esok tak perlu ditangisi akan pemergian ku,
Hilang musnah ku angkara kamu yang  memusnahkan!"

KEEP GREEN!

Wednesday, September 12, 2012

Maka...lahirlah MALAYSIA...selamat hari Malaysia 49 Tahun.

Sarawak - Sabah dan Tanah Malaya telah melahirkan Malaysia. Bermakna, penyatuan ketiga-tiga negara Merdeka ini telah menjadikan sebuah negara yang bernama Malaysia walaupun pada mulanya Singapura juga terlibat di dalam gagasan pembentukan negara Malaysia ini.

Seperti perayaan kemerdekaan yang sudah, perayaan itu telah menjadi satu pertembungan parti-parti politik, baik dipihak pemerintah-BN mahupun PR untuk mengemukan agenda-agenda ideologi politik mereka, dari tema hinggakan perhimpunan diambang kemerdekaan ini.

Jadi, untuk perayaan hari pembentukan negara Malaysia ini, sesamamu mohon mana-mana pihak dari parti-parti politik supaya tidak terlalu mempolitikkan perayaan yang sungguh bermakna ini.

Lahirnya sebuah Negara Malaysia...

Biar generasi ini merayakan hari pembentukan negara Malaysia ini dengan penuh "Minat" dan harmoni tanpa dicampuri dengan agenda-agenda politik ini. Sebagai contoh, perayaan hari Kemerdekaan yang sudah telah dicemari dengan pelbagai ideologi dari parti politik. Tindakan ini telah mengelirukan rakyat terutamanya generasi muda ini.

Sejarah negara kita mungkin sudah mengelirukan kebanyakan generasi ini, tetapi, jangan sekali lagi kita dengan ideologi-ideologi berkepentingan politik ini menambah kekeliruan generasi ini. Apa yang penting sekarang ialah, kita sama-sama berbangga hasil daripada penggabungan rakyat Sarawak-Sabah dan Tanah Malaya untuk melahirkan sebuah Negara Malaysia yang berdaulat ini.

Malaysia ialah kita!

Siapa Malaysia ini? Kita adalah Malaysia...kita menjadikan negara ini lahir...dan tanpa kita tanpalah sebuah Negara yang bernama Malaysia...satu gabungan yang melahirkan kepelbagaian ini. Dan yang pasti Tuhan menjadikan kita berbeza adalah untuk kita bersatu. Tetapi mereka yang cuba memecah-belahkan kita ini adalah satu perbuatan yang harus kita sama-sama hapuskan.

Apapun ketidak puasan hati kita terhadap sejarah asal-asal Kemerdekaan Negara dan Pembentukan Negara Malaysia ini...sama-sama kita luahkan didalam pilihanraya umum kelak. Kita akan memilih dan memastikan pemimpin yang benar-benar peduli akan sejarah Negara Malaysia yang bermaruah ini...jangan sampai sikap kita ynag ingin memperbetulkan keadaan dengan ideologi politik kita akan terus mengelirukan generasi muda ini...

Selamat Hari Lahir Malaysia!

Tuesday, August 28, 2012

JAUH perjalanan KEMERDEKAAN ini...

Sempena menyambut kemerdekaan negara kita - Malaysia yang ke 55 tahun, sesamamu ingin berkongsi pendapat tentang erti Kemerdekaan ini, baik kepada generasi selepas merdeka dan generasi yang akan mendatang.

Tahun ini genap negara Malaysia meraikan kemerdekaan yang 55 dan tidak keterlaluan sesamamu ingin katakan, 6 tahun selepas Tanah Melayu diwartakan sebagai sebuah negara merdeka pada tahun 1957 dan pada tahun 1963 menjadi satu sejarah apabila Sarawak dan Sabah serta Singapura(Keluar selepas itu) bersama membentuk gagasan Malaysia. Ini bererti, tahun ini adalah tahun yang amat bermakna kepada pembentukan Malaysia menuju kepada tahun Jubilee penubuhan nya.

JAUH perjalanan KEMERDEKAAN ini...

Ya, Sesamamu perhatikan begitu jauh perjalanan KEMERDEKAAN ini. Tidak dinafikan bahawa negara kita melalui pejung-pejuang kemerdekaan yang terdahulu telah menggadaikan nyawa mereka demi sebuah negara yang merdeka. Pejuangan mereka menentang penjajah serta musuh negara pada ketika itu amat kita hargai. Dan seharusnya generasi masa sekarang ini mensyukuri apa pejuang yang terdahulu telah lakukan.

Tetapi, zaman penentangan sehinggakan mengorbankan nyawa mereka itu telah berakhir. Sekarang generasi penerus Merdeka ini harus memanfaatkan kemerdekaan ini sebagai satu perjuangan yang berterusan dan tulen. Walaupun tidak setanding dengan perjuangan wira kemerdekaan kita yang terdahulu, tetapi sekurang-kurangnya dapat memperjuangkan hak kerakyatan yang saksama...

Sebagai contoh, hak untuk menikmati kemakmuran serta kekayaan negara dengan saksama tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang ideologi politik.
Perkongsian hak kekayaan yang saksama serta agihan yang lebih adil ini menjadi satu tembok penghalang erti KEMERDEKAAN  kepada kebanyakan rakyat di Malaysia.
Kadang-kala, perbezaan kaum - agama serta ideologi politik ini telah menjadikan hanya sesetengah pihak sahaja yang dapat menikmati pengagihan pendapatan negara, dan kebanyakannya menjadi mangsa kerakusan segelintir pemimpin yang beria-ria memberi tahu kita"kibarkan jalur gemilang", sedangkan mereka senang lenang melapah kekayaan hasil kemerdekaan ini.  Malah, demi sebuah pembangunan, sumber alam kita juga dimusnahkan begitru rakus tetapi hanya segelintir pihak merasakan hasil sumber kekayaan negara ini.

Oleh itu...JAUH perjalanan KEMERDEKAAN  ini...

Korupsi wang...Kekuasaan...Pangkat ... telah mengaburi mata mereka yang mengambil kesempatan terhadap kemerdekaan negara kita.
Cuba kita lihat pola politik negara kita, kebanyakan parti politik Kerajaan lebih kepada parti Politik yang berbentuk PERKAUMAN.  Oleh kerana Parti Politik menurut kaum ini sebenarnya melahirkan rakyat Malaysia yang masih bersifat perkauman...apabila kita katakan BANGSA ANAK MALAYSIA...mereka mula melatah! tidak setuju! Jauh lagi nikmat KEMERDEKAAN ini kawan!

Jadi...pada pendapat Sesamamu, dizaman serba maju dan moden ini, JAUH perjalanan KEMERDEKAAN  ini untuk kita kecapi...masih jauh lagi...erti merdeka 50 tahun yang lalu telah hilang SERInya setelah mereka yang mempromosikan perjuangan mereka kepada rakyat sekarang ini lebih kepada "lakunan politik" semata-mata demi menjaga periuk nasi mereka.   Jauh....perjalanan Kemerdekaan ini...Jauh!


Tuesday, August 21, 2012

"Orang luar jangan sibuk pasal Dam Baram".

Itu dia cakap hari ini dalam satu akhbar tempatan Sarawak. Satu amaran juga untuk sesiapa sahaja orang yang luar Baram yang cuba untuk masuk campur, terutama menghalang pembinaan empangan Baram.

Jadi, sesiapa sahaja yang dari luar Baram, tidak dibenrakan mencampuri urusan memajukan dan dalam masa yang sama akan menaikkan taraf hidup penduduk Baram. Dalam erti kata lain, rancangan untuk meneruskan pembinaan empangan Baram ini akan diteruskan di atas dan dalam nama Pembangunan yang mana menurut pandangan "beliau" ini akan memberi manfaat yang berlimpah kepada penduduk Baram.

Sesamamu orang luar Baram...tapi...

Ya, sesamamu mengakui bahwa dia adalah orang luar Baram. Dan tidak layak untuk bersuara menentang kerasa pembinaan empangan Baram ini sebenarnya. Hanya orang Baram sahaja yang layak bersuara dan seakan-akan mereka "setuju" dengan cadangan pembinaan empangan Baram ini.

Tetapi! Walaupun Sesamamu orang luar Baram, Sesamamu ada hak untuk bersuara sebagai seorang PENGHUNI BUMI ini. Ini hak Sesamamu sebagai manusia yang tinggal di bumi ini, yang mahukan Bumi ini tidak terus diancam lagi dengan rencana untuk memusnahkannya dan memberi laluan kepada "PEMBANGUNAN" yang akhirnya mengorbankan kazanah alam yang begitu berharga ini.

Sesamamu bersuara mewakili juga hutan pokok yang menghijau itu, mewakili juga suara si burung di udara, mewakili juga suara si orang utan dan mewakili juga segala hidupan air yang ada. Jadi, sebagai manusia yang diamanahkan oleh Tuhan untuk memelihara alam semulajadi serta isinya ini, dan sebagai manusia yang menghuni bumi ini walaupun bukan dari Baram, TOLONG hentikan pembinaan empangan Baram ini. Cukup sudah dengan Empangan Batang Ai- Bakun-Murum...cukup sudah dengan emapangan besar ini!

Menjadi suara sebagai penghuni Bumi walaupun bukan dari Baram! HENTIKAN PEMBINAAN EMPANGAN BARAM!

Tuesday, August 14, 2012

Selamat hari Orang asal sedunia! Tapi...

9 Ogos yang lepas, adalah sambutan perayaan Orang Asal sedunia. Satu pengikhtirafan yang tertinggi yang diberikan oleh PBB. Ini bertepatan dengan Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) yang diterima oleh badan dunia itu pada 13 September 2007 dan disokong oleh hampir semua negara termasuk Malaysia.

Tetapi identiti Orang Asal di Sarawak ini dan negara kita amnya mungkin akan tinggal kenangan apabila hak Orang Asal ini telah hilang. Sebagai contoh, hak untuk memiliki tanah adat yang semakin menjadi rebutan diantara PEMBANGUNAN yang dijanjikan oleh kerajaan yang memerintah dengan HAK MEMILIKI tanah adat ini. Orang Asal di Sarawak terpaksa memperjuangkan hak mereka ini, dan kebanyakan nya terpaksa menggadaikan hak mereka begitu sahaja demi memberi jalan kepada "PEMBANGUNAN" yang dikatakan sebagai keperluan untuk masa depan yang baik. Tetapi kebenarannya, Orang Asal telah hilang harta pusaka yang menjadikan identiti mereka begitu istimewa tergadai begitu sahaja.

Tapi...Identiti Orang Asal hilang ...

Identiti Orang Asal itu akan hilang apabila tanah adat nenek moyang pusaka turun temurun ini menjadi hak milik "pembangunan". Kita sudah belajar dengan apa yang berlaku dengan Orang Asal yang memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun itu. Minta maaf sesamamu katakan, sebenarnya Identiti Orang Asal mereka di Bakun ini sudah hilang sebenarnya setalah semua apa yang mereka miliki tenggelam bersama-sama tanah adat yang menjadikan mereka Orang Asal di kawasan tersebut. Minta maaf sekali lagi, Tanah adat, peninggalan harta pusaka nenek moyang Orang Asal di Bakun sudah dan tidak akan dapat digantikan walaupun sejauh mana pembangunan yang mereka miliki sekarang. Tiada lagi pusaka nenek moyang peninggalan mereka yang terdahulu yang menjadikan mereka "Orang Asal".

Pertahankan identiti itu...

Identiti Orang Asal ini hanya akan dapat dipertahankan jika Orang Asal dapat terus mempertahankan Tanah Pusaka Nenek moyang mereka. Kenapa perlu Empangan yang besar sedangkan kita boleh membina mini hidro bagi setiap kampung dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan keindahan serta kehijauan bumi Tanah Pusaka Orang Asal Sarawak!!!

HENTIKAN EMPANGAN BARAM

Hentikan cadangan pembinaan empangan Baram adalah suara hati dan pandangan sesamamu secara peribadi di sini.

Sesamamu bukan berasal dari kawasan Baram yang akan tenggelam jika empangan  ini dibina, tetapi mewakili suara hati sesamamu yang perihatin kepada alam semulajadi bumi ini yang akan musnah sama sekali. Bukan itu sahaja, kemusnahan alam akibat pembinaan empangan Baram ini hanya sebenarnya mendatangkan kemudaratan kepada bumi ini secara amnya.

Jikapun tiada kesedaran bagi pihak yang tersangat melihat empangan Baram ini menjadi realiti yang akan menyumbangkan kepada satu kehidupan yang senang lenang kelak atas nama pembangunan, tetapi cuba fikirkan kesannya kepada bumi ini secara keseluruhan. Demi sebuah kehidupan yang lebih harmoni antara alam dan kita, begitu juga gegerasi penerus kita kelak.

HENTIKAN lah!!!

Jadi, hentikanlah empangan Baram ini.

Minta maaf kepada masyarakat orang asal di Baram, bukan sesamamu anti kepada pembangunan, tetapi Sesamamu sudah BOSAN dengan exsploitasi terhadap alam semulajadi bumi ini. HENTIKAN! Tolong dengar jeritan batin bumi ku yang kian musnah ini wahai manusia yang diciptakan untuk memelihara dan menjaga kehijauan bumi ini.

HIJAU ku cari...HIJAU ku impikan...HIJAU ku lihat...

Cukup sudah dengan mentera "Pembangunan" demi bumi ku ini...

Cukup sudah dengan mentera "pembangunan" itu wahai manusai yang rakus serta tamak ini. Kenapa demi sebuah pembangunan, kita sanggup menggadaikan tanah kazanah tertua bumi ini, yang diamanahkan kepada kita yang bernama manusia.

Di sana sini kita dengar masalah kes-kes tanah adat yang tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berakhir, malah ia semakin menjadi-jadi. Malah ada mentera "pembangunan" ini seakan-akan sudah menguasai fikiran sehingga manusia yang terkena akan mentera ini kabur matanya, sehingga melihat betapa pentingnya pembangunan itu kepada mereka.

Tanah adat yang dimiliki selama ini seakan-akan tiada nilainya sehingga cadangan untuk membina empangan mega di Sarawak dipersetujui demi sebuah pembangunan. Malah mereka yang terlibat dengan mentera "pembangunan" ini sanggup menggunakan isu pembangunan sebagai kosa kata yang digunakan untuk "menakutkan" mereka yang termakan mentera ini.

Cukup-cukup sudah...

Cukuplah dengan mentera "pembangunan" itu jika ia hanya bertujuan untuk menyenangkan satu-satu pihak. Sesamamu tidak mahu bersekongkol dengan sifat manusia yang tamak ini sehingga mengorbankan bumi yang semakin hancur ini.
Kalau tidak sekarang, bila lagi kita mahu bertindak untuk menghentikan segala kemusnahan ini demi mengejar pembangunan yang dibanggakan oleh kebanyakan mereka yang pada dasarnya, "Pentingkan diri sendiri".!

Cukuplah sudah bumi ku ini hilang hijaunya untuk memberi laluan kepada pembangunan yang memusnahkan. Cukuplah...dengan penyalah gunaan mentera "pembangunan" ini.

Wednesday, July 11, 2012

"Janji ditepati" -Tema tahun kemerdekaan Malaysia?

Apakah ini benar?

Tema kemerdekaan negara kita - "Janji ditepati". Biar betul tuan Perdana Menteri?

Kenapa Tema ini berbau Politik?

Kenapa Tema ini seperti "tema lagu" kempen Pilihan raya pulak?

Kenapa Tema ini seakan-akan menunjukkan kerajaan yang memerintah sekarang ini kehabisan modal?

Kenapa dan Kenapa?

Mohon jawapan yang munasabah dari  PM kita? Kenapa ya?


709-Selamat ulang tahun kebangkitan rakyat

7 Julai 2011, rakyat Malaysia yang tidak dapat lagi duduk diam dengan sistem pilihan raya di negara kita telah berdiri - satu suara melaungkan satu pilihan raya yang bersih lagi adil. Ia juga meruapakan satu titik permulaan kepada satu perjuangan "rakyat yang tulen" apabila ia menjadi satu perkara yang negara di bawah kerajaan yang memerinat ini "phobia".

Kerajaan pemerintah BN tidak dapat duduk tenang apabila melihat warna rasmi Kuning ini serta perkataan Bersih dilaungkan. Malah lautan Kuning ini telah kita saksikan terjadi lagi pada 28 April yang sudah. Menjadi satu bukti lagi bahwa Rakyat sekali lagi Bangkit dan bersuara untuk sebuah negara yang tercinta ini.

Ulang tahun kebangkitan rakyat...

Ulang tahun pertama Bersih 2.0 adalah satu mercu tanda kebangkitan rakyat sebenarnya. Tanpa mengira latar belakang fahaman politik, kaum mahupun agama, rakyat Malaysia bangkit dan menyatakan "kerinduan" untuk melihat satu pilihan raya yang BERSIH lagi ADIL di negara kita. Tidak dinafikan, publisiti yang diberikan kepada BERSIH 2.0 ini sangatlah berat sebelah oleh kerajaan yang memerintah. Malah Publisiti yang diberikan melalui media utama yang dikuasai oleh kerajaan yang memerintah sangat tidak adil dan melampau. Tabiat menakutkan rakyat dengan cerita-cerita yang belum tentu kebenarannya telah menyebabkan rakyat yang terpedaya dengan media mereka ini tidak duduk senang apabila mendengar perkataan Bersih mahupun T-shirt berwarna kuning.

Wira untuk generasi Malaysia akan datang...

Banyak yang terguris perasaanya, ada yang cedera fizikal dan mentalnya, dan tidak lupa, ada yang terkorban demi satu pilihan raya sebuah negara yang adil dan bersih ini. Tetapi tidak ramai yang menghargainya. Bagi mereka yang telah menghadiri Bersih 2.0 ini, mereka tahu akan inti pati perjuangan mereka. Mereka tahu menghargai akan pengorbanan mereka yang terkorban itu. Kerana mereka tahu, mereka adalah wira untuk generasi Malaysia akan datang...

Sunday, July 8, 2012

SYABU-Konflik kebenaran di Bahagian Limbang tentang isu ini

Sesamamu ingin respon kepada laporan dan kenyataan akhbar baru-baru ini dari ketua Polis di Bahagian Limbang setelah menjawab kenyataan YB Baru Bian terhadap masalah gejala Syabu di Bahagian ini.

YB Baru Bian juga telah melaporkan tentang gejala sosial ini di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada persidangan yang lepas. Namun demikian, kenyataan beliau juga dipersoalkan akan kesahihannya. Ini menyebabkan berlakunya konflik kebenaran akan setiap laporan dan kenyataan.

Jangan sampai nasi jadi bubur...

Kalau benar pun laporan mahupan kenyataan pihak yang membuat isu ini diketengahkan kepada umum itu tidak benar dan belum tentu akan kesahihan nya, mana-mana pihak yang berkenaan yang bertanggung jawab keatas isu ini haruslah mengambil setiap kenyataan dan aduan ini dengan serius dan berpadangan lebih positif. Tindakan sewajarnya bagi memastikan laporan mahupun aduan mereka yang perihatin terhadap perkembangan tidak sihat ini bukan retorik politik ataupun mengaut publisiti pihak yang membuat aduan.

Sikap ingin mengelak dan mempertahankan kedudukan satu-satu institusi yang dipertanggung jawabkan dalam hal ini akan mengakibatkan semua pihak akan mengambil sikap acuh tak acuh tentang isu ini. Akhirnya, jika semua aduan dan loporan ini ada kebenarannya, sudah terlambat untuk bertindak- Nasi sudah jadi bubur alamatnya!

Bertindak sebelum terlambat...

Sikap perihatin YB Baru Bian setelah mendengar sendiri laporan dari sumber yang terdekat ini dan mengambil tindakan dengan mendedahkannya isu ini kepada masyarakat umum khasnya sudah cukup untuk membuat semua pihak mengambil ikhtibar untuk bertindak, mana yang patut. Tetapi sikap yang cuba "mengelak" mahupun "menafikan" isu ini seakan-akan membiarkan atau MEMBENARKAN perkara ini terus berlaku dikalangan masyarakat kita.

ayoh!...cukup sudah kita melihat bangsa kita digadai maruah hidupnya dengan hal ini...

Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya....